Monday, 23 September 2013

Weekend 21 September 2013

Salam..

pet baru lepas mengemas bilik dan basuh baju.. penat betul hujung minggu ni.. haha.. dengan macam-macam benda berlaku dalam sekelip mata.. rasanya entry ni mungkin dah jadi entry travel kot.. haha.. penuh gambar entry ni.. ringkas dan mungkin mengarut.. haha.. mulakan dengan kisah semalam.. 21 September 2013..

pet tak tahu jam berapa staff nak datang ambil dan hantar ke bandar Chiang Mai.. kami semua plan nak tido di tempat biasa.. Kalare Night Bazaar.. macam biasa.. 500 bath semalam.. staff datang time pet baru sudah mandi.. baju pun tak kemas lagi.. apatah lagi tempat tido yang masih berselerak bantal.. haha.. memang macam lipas kudung la pet.. main campak-campak dan sumbat-sumbat..

dalam sejam sampai la kami di tempat yang nak dituju.. kebetulan semalam janji dengan staff untuk jalan-jalan.. May cakap kalau datang Chiang Mai tak pergi Doi Suthep Temple tu bukan datang Chiang Mai la.. haha.. jadi kami naik van ke Chiang Mai University dengan kos 80 bath.. May dan lagi 2 kawan dia yang pet lupa nama adalah graduan situ..

sampai ja sana, memang lapar.. May cari kami yang entah pintu mana kami berhenti.. haha.. kami pun makan dulu di kedai islam.. makan tom yum seafood dengan kos 69 bath dan nasi putih 10 bath.. tu kira menu pet la.. ada la dalam 5 minit kat kedai tu, May dengan 2 lagi kawan dia sampai.. kami pun makan bersama-sama..

Tom Yam Seafood dan Nasi Putih menu lunch pet

lepas makan, kami gerak naik.. dalam 10 km kata May.. kos seorang 80 bath pergi dan balik.. best! dah sampai kena mendaki 300 anak tangga.. bergambar puas-puas.. dan mereka bertiga solat kejap.. err.. agama diorang.. pet tak pasti macam mana.. hehe.. lepas sampai di kampus diorang, 2 kawan May balik.. tinggal May dan kami bertiga..

dalam perjalanan mendaki 300 anak tangga
sikit lagi nak sampai.. hehe
pemandangan separuh Chiang Mai dari temple ni..
ada tarian dalam kawasan temple
pet suka gambar awan tu :D
kami ber-6.. edy, mok, pet, lupa nama, lupa nama, may.. haha

May bawak kami naik kereta elektrik dalam kampus dia.. free la kan.. haha.. besar tu jangan cakap la.. semua ada.. haha.. turun la kat pintu mana ntah untuk makan ais krim.. sedap aiskrim tu.. hehe.. sambil makan sambil tunggu seorang lagi kawan May.. nama dia Duck.. sebaya May tapi tengah further Master dalam Environmental Science.. InsyAllah bulan 5 tahun depan dia akan ke Sabah.. jadi gigih la belajar bahasa kita :P english dia memang fluent! haha..

Chiang Mai University
Homemade Ice Cream.. sedap :)

Duck bawa kami ke restaurant sushi halal di kawasan kampus dia.. kampus diorang la senang cerita.. haha.. macam biasa guna kenderaan free kampus diorang.. haha.. lepas tu makan la kat situ.. Bento Sushi.. sedap! hehe.. pet lupa harga pet makan tom yum special udon tu.. rasanya dalam 55 bath kot.. haha.. lepas tu kami jalan-jalan di sekitar pasar situ.. Duck belikan kuih tradisional untuk kami rasa.. hehe.. oh ya.. datang lagi seorang kawan May.. pet lupa lagi nama.. yang ni cikgu.. semua ni sebaya.. sekelas.. haha.. baru habis belajar.. Januari tahun depan konvo.. cuma Duck further master.. May dan seorang lagi terus kerja.. hehe..

Tom Yum Special Udon 55 bath
Duck dan May.. licin kami makan :D
Kuih Tradisional Thailand.. pet lupa nama :P

lepas penat berjalan-jalan.. kawan May yang pet lupa nama bawa kereta hantar kami ke Kalare Night Bazaar.. kat sini diorang ajak makan McDonald.. memang kenyang la.. pet just minum Chocolate Fizz ke apa ntah nama.. 100 bath kot.. mahal.. haha.. lepas tu dalam 10.30 pm waktu Thailand, diorang pun balik ke kampus.. tinggal la kami jalan masuk tempat tido.. haha.. tapi pet sempat la tapau Rotee Sweet dengan harga 20 bath.. tu la cerita semalam.. hari ni punya cerita, esok pet taip.. hehe.. 

mahal ni.. 100 bath.. lebih kurang rm10 kita
sesi tengok gambar dalam henpong :P
Rotee Sweet 20 bath

sekian ^^

2 comments:

King Ayam said...

Fuyoooo!!! Makanan banyak maaa :D Sedap2 lak tu nampak semua :D

Khairil Anuar said...

meleleh air liur tgk makanan banyak2..haha