Wednesday 18 September 2013

Cerita Plant DNA Extraction

Salam..

lama pet tak update blog.. ni pun boleh tahan malas nak menaip.. haha.. buat masa ni agak sibuk di office.. hari isnin hari tu kena marah dengan supervisor a.k.a Dr. An sebab masuk kerja jam 10 am waktu Thailand.. haha.. tapi tu la.. dia nak marah banyak pun tak boleh sebab staff yang ditugaskan ambil kami lambat.. kami semua 8.30 am dah tunggu kat rumah.. sebab tahu masuk office jam 9 am.. haha..

kes kena marah ni berlanjutan ke staff bahagian muzium kot.. staff-staff yang memang rapat dan memang handle pasal kami pun call unit kenderaan untuk pastikan ambil kami on time dan elakkan kejadian "kena marah" terjadi sekali lagi.. haha.. tak la kena marah.. tapi kerja banyak dekat lab.. sampai lambat, lambat la siap.. sini 9 am - 4 pm kerja.. waktu Thailand.. sila tambah sejam untuk waktu Malaysia.. haha.. tu tak tolak waktu lunch lagi.. 12 pm - 1 pm..

oh ya.. dari hari selasa memang sibuk dengan Plant DNA Extraction.. macam nak menangis buat semua tu.. nak harvest fungus, letak liquid nitrogen, pecahkan, letak segala chemical itu ini, check kepekatan dan semuanya before run PCR.. kira semalam hari try and error depan Dr. An dan seorang lagi pegawai.. nama dia May.. yang ni muda.. baru 22 tahun.. baru habis degree dan jadi pegawai di situ.. dia agak kelakar.. suka betul cubit pet.. pet pun tak paham.. haha.. tapi dia tukang cover kalau kitorang silap step time tu.. haha.. sebab Dr. An ni tegas.. tapi kalau dia marah kejap je.. dalam beberapa minit dia buat lawak balik.. haha..

yang duduk tu Dr. An.. yang bantu kami ni May

jadi selepas proses try and error semalam, hari ni kitorang harvest 6 fungus.. Dr. An cuti.. jadi kitorang buat sendiri.. apa lagi kan.. check Purification dengan Amino Acid guna NanoDrop 2000.. boleh pula Amino Acid tu rendah.. May siap cakap lagi, esok mesti Dr. An marah sebab bacaan rendah.. haha.. kitorang pun senyum je la.. dalam hati terketar-ketar nak mengadap esok.. haha..

balik pula singgah pasar orang bukit.. ni memang borong sakan la.. pet pun habis 50 bath kat sini.. beli jajan dah 20 bath.. beli pak tunku 10 bath dan salad 20 bath.. ok la.. bila lagi nak membelikan.. haha.. sebenarnya banyak entry pet nak update dari hari jumaat lepas.. tapi pet malas nak menaip.. pet tengok movie dan main game.. dalam masa yang sama, pet sakit kepala.. mungkin penat bekerja kot.. haha.. 

ni la yang pet borong di pasar :D
salad yang ada macam-macam dengan sos mayonis ala-ala Thousand Island

sekian ^^

1 comment:

casuarina equisetifolia said...

aboi shopping sakan ye kat sane..nt jgn lupa ole2 sol, ckp kt che ngn edy sekali...