Saturday 29 September 2012

limitation~

Salam :)

jarang sangat pet dapat update blog dan membaca blog-blog lain.. banyak perkara yang membataskan pergerakkan pet.. limitation kiranya.. haha..

mungkin pet busy dengan fyp pet.. di samping busy, ada perkara yang lebih berat berbanding busy.. haha.. keadaan pet yang membataskan semuanya.. kadang-kadang bunyi macam putus asa.. tapi bukan la putus asa.. just emotion expression.. hope so :D

since pet balik sini, rasanya keadaan pet tak la sebaik cuti hari tu.. haha.. kadang-kadang terfikir, bila la sakit ni nak baik.. bila terfikir, secara automatiknya teringat masa yang telah diberitahu.. 2-3 tahun.. sekarang baru nak genap 8 bulan.. 2 tahun lebih lagi.. haha

persoalan yang ada sekarang, yakin ke pet 2-3 tahun akan datang semuanya akan menjadi baik? sedangkan sekarang, hari-hari pet sakit dan tahan sakit? haha.. bengkak yang ada dah tak baik lagi.. haha.. macam-macam nak difikirkan.. kadang-kadang rasa dah tak mampu nak buat fyp.. sebab limitation kaki dan tangan yang berleluasa sekarang~


Wednesday 26 September 2012

a million watermelon thanks! :)

Salam :)

selamat pagi! haha.. pagi ni berkesempatan nak update kejap before selesaikan beberapa kerja.. agak busy even tak ada kelas.. haha.. nak kejar itu, kejar ini :D

sebenarnya agak terkejut.. err perlu buat-buat terkejut? haha.. bangun pagi, ada sesuatu atas meja.. haha.. tak tahu nak cakap apa.. terharu sangat :) thanks!

thanks! :)
kemain mak dara! haha
keja nak buat hari ni before ke kalas :)

Friday 21 September 2012

Digi~

Salam :)

harap anda semua di dalam keadaan sihat hendaknya! :D dalam keadaan internet malu-malu nak connectkan diri, pet memang hilang mood untuk berblog.. ditambah pula dengan kekalutan final year project -fyp memang bertambah-tambah malas pet nak berblog.. tapi rasa tak best bila pet tak bercerita dalam ni.. even perkara remeh.. haha..

sebenarnya pet curi masa nak p kelas kul 2 petang ni.. haha.. sekarang ada peluang sikit nak menaip.. haha.. sekarang ni tengah berfikir untuk memiliki sim kad digi.. haha.. kelakarnya.. pet dah ada maxis dan celcom.. tiba-tiba nak wujudkan digi.. haha.. tapi pet still fikirkan lagi..

pet sebenarnya agak pening.. dengan fyp pet.. haha.. timeline dah bincang dengan encik rakib.. beliau baru sahaja selesai phd dan sedang writing phd beliau.. supervisor pet pun suggestkan pet berjumpa dengan encik rakib.. jadi semalam dekat sejam setengah berbincang, akhirnya keluarlah timeline fyp pet.. 

sample collecting, dilution, isolation and identified Trichoderma spp - 1 month
in vitro using dual culture between Trichoderma spp dan Ganoderma - 1 week
propagate Ganoderma on rubber tree *wood - 3 month
green house - 5 to 6 month

pergh.. dasyat pet rasa.. sempat ke pet nak buat? propagate + sample semua tu boleh jalan sama-sama.. macam mana kalau pet tak dapat 3 culture Trichoderma y berbeza tu? haha.. macam mana kalau propagate Ganoderma tak menjadi? huwaaa.. pening memikirkannya.. haha.. pet pun sedang mencari sv pet.. untuk final discussion untuk proceed surat-surat dan arrange masa untuk memulakan keja..

the main thing yang memeningkan kepala pet, pet dah kena start writing literature review.. sebab encik rakib cakap, literature review content dari introduction, method, result dan sampai ke discussion.. risau sungguh pet.. haha.. perlu kekuatan sungguh untuk buat semua ni.. wish me luck! :)

sekarang tengah hujan :D

Wednesday 19 September 2012

Basal Stem Rot (BST)

Salam..

err.. sambil-sambil baca journal-journal mengenai Ganoderma boninense, pet rajin pula nak update mengenai benda tersebut.. haha.. sebab fyp pet berkenaan perkara tersebut.. haha..

Basal stem rot (BSR) selalunya disebabkan oleh Ganoderma boninense.. penyakit yang hebat serangannya terhadap pokok kelapa sawit.. kawasan Asia ni tentulah di Malaysia dan Indonesia.. Ganoderma ni susah nak dikawal sebab dia ada banyak resting stages.. macam melanised mycelium, basidiospores dan pseudosclerotia.. 

selalunya untuk penanaman jangka masa panjang, kita akan gunakan variati yang resistan.. tapi untuk jangka masa pendek, selalunya kawalan biologi akan diguna pakai.. selalunya di tanah liat kawasan pantai kegemaran serangan ni.. progress penyakit ni perlahan sangat tapi second generation memang rapid betul.. dalam 50%.. Ganoderma ni tak memilih sangat.. dia serang semua peringkat umur sawit.. sebab tu Ganoderma ni penyakit yang agak digeruni dalam  production sawit.. sebab bila dia serang, pokok InsyAllah la mati.. haha..

maaf la.. agak susah nak translatekan dalam bahasa melayu penuh.. haha.. ni kira pemahaman pet sepanjang pet membaca journal-journal.. nanti pet share berkenaan agen kawalan biologi terhadap Ganoderma :)


Tuesday 18 September 2012

Keliru?

Salam..


malam ni sambil-sambil pet cari maklumat kelas pagi tadi, pet terdengar 1 lagu sebenarnya.. lagu tu ada kenangan tersendiri.. haha.. kadang-kadang kan, pet ni tak niat pun nak teringat sesuatu.. tapi kadang-kadang benda tu datang juga menghantui pet seharian.. dan pastinya bila perkara ini berlaku, mesti pet diam seharian.. bukan sebab kehilangan mood tiba-tiba.. tapi kenangan lalu tiba-tiba muncul.. mungkin pet teringat sesuatu kot :D

before ni.. life pet memang well organized.. sekarang bukan main serabut lagi.. sebab pet tak dapat nak adopt keadaan baru kan.. dulu sebenarnya ada yang tak henti-henti support pet.. waktu pet jatuh tergolek, sedih akan ada somebody yang setia mendengar dan memberi sokongan.. sekarang pun ada.. tapi pet lebih gemar bersendirian dan habiskan masa cuba tenangkan hati pet.. haha.. pet enjoy bersendirian.. :D

sampai satu masa, pet terpaksa buat jadual.. haha.. sebab pet tak nak terlalu banyak masa pet dibuang memikirkan sesuatu yang tak berbaloi untuk difikirkan.. haha.. kadang-kadang rasa kelakar.. dah tahun 3, siap buat jadual sendiri.. dah macam masa sekolah pula.. haha.. tapi paling teruk buat masa ni, tiap kali habis kelas mesti pet keliru.. keliru dengan perubahan.. haha.. kemain keliru XD

agak-agak bila line internet pet nak ok eh? haha..

p/s : harap-harap sesuatu yang pet fikirkan ni berada dalam keadaan sihat dan gembira hendaknya :)

Monday 17 September 2012

Hari Malaysia :)

Salam :)

tetiba pet dapat 1 idea nak update blog dalam keadaan internet yang giat membuat perangai.. haha.. berkenaan sambutan Hari Malaysia 2012 di Bintulu, Sarawak :D tempat pet tu.. haha.. meh nak share sikit berkenaan semalam punya cerita.. 

kepada sesiapa yang menonton tv semalam, mesti nampak pasukan koir kan? haha.. tu la rakan-rakan seperjuangan pet kat sini.. dari BSBI sem 3 dan sem 5 rasanya.. haha.. tetiba pet rasa rugi lak tak join koir :D kalau dak leh inter frame dalam tu.. haha..

plan pet dan rakan-rakan nak p airport lama dalam pukul 7.30 malam.. tapi disebabkan hujan, kami tangguh sat.. dalam pukul 8 malam kot baru kami gerak.. mula-mula jalan ok.. elok keluar dari gate utama UPM, sampai ja lepas traffic light, kemain sesak kot.. dengan hujan gerimis yang sepoi-sepoi bahasa.. haha..

tak pernah lagi Bintulu sesak macam tu.. jarang kot Bintulu sesak macam tu selama pet ada di Bintulu la.. dah dekat 2 tahun la pet kat sini.. sekarang pet dah sem 5 kan.. bayangkan nak p sana makan masa 30 minit.. selalu 10 ke 15 minit ja.. nasib la nek moto kan.. leh men cilok sana cilok sini.. haha..

ada beberapa jalan ditutup.. so susah la nak parking.. terpaksa berpecah.. pet parking kat lain, kawan pet kat lain.. then dalam keadaan gerimis mengundang tu, kena bertolak-tolak nak p sampai depan pentas.. kemain payah lagi.. habis kaki-kaki kena pijak.. seluar tu jangan tanya.. punya la kotoq.. adoi.. haha..

jom tengok gambar ja la.. biar gambar yang berkata-kata.. ceewah.. haha :)











Saturday 15 September 2012

1st week :)

Salam :)

diharap anda-anda semua sihat hendaknya :) haha.. rasanya seminggu kot pet tak update apa-apa kan.. nak cakap terlalu busy tu, nampak sangat la tipu.. tapi kalau cakap sederhana busy tu kira logik la kan.. haha.. banyak benda sebenarnya yang pet perlu uruskan.. most of them dah setel.. yang tak setel tu pet anggap on the way kot.. haha..

1st day pet sampai banyak sangat perkara dan ujian yang pet perlu hadapi.. jujur la pet cakap, sedih tu jangan di tanya.. rasanya kalau tak ada orang, dah selamat dah pet jerit-jerit geram.. haha.. dah la helmet kena kebas.. raga moto dijadikan tong sampah.. tu tak kira berlaku kebocoran dalam apa ntah nama dia.. tak kisah la.. haha..

cari mekanik suh baiki.. kebocoran minyak yang melampau.. haha
shopping barang-barang lepas moto dah siap :)

kalau soal kelas, macam sem-sem yang lepas.. cuma ada beberapa kekurangan.. ada satu kekurangan tu yang menganggu fikiran pet.. benda tu mengingatkan pet kepada sesuatu yang pet sendiri tak berminat nak ingat.. mungkin sebab pet rindu semua tu kot.. jadi angin teringat tu menjadi-jadi.. haha.. persoalannya adakah perkara yang pet rindu tersebut dirindui oleh orang lain? haha.. tiap kali pet teringat, pet mesti sibukkan diri pet dengan perkara-perkara lain :)

pet pun dah sibuk cari material untuk thesis pet.. pet masih stick dengan tajuk thesis yang pernah pet post dalam blog dulu.. berkenaan agen kawalan biologi iaitu Trichoderma spp terhadap basal stem rot oil palm atau nama manja beliau Ganoderma boninense.. haha..

sepahkan meja dengan macam-macam jurnal.. haha

maaf pet tak berkesempatan nak melawat mana-mana blog.. sejak perpindahan aras, pet mengalami masalah internet yang sangat teruk.. broadband tak nak connect 3g.. kalau connect 3g pun tak sampai 30 minit.. mesti jadi edge.. geram juga la time pet nak download journal mesti crash.. huhu.. 

sekian :) semoga bertemu lagi.. InsyAllah

Saturday 8 September 2012

Sayonara semenanjung T.T

Salam..


akhirnya dah sampai masa.. sedih pet rasa.. pejam celik dah 8 bulan berlalu.. 8 bulan juga pet tak jejak bumi Sarawak.. sepatutnya jejak kembali bulan 2.. tapi dah eksidenkan.. cuti sampai buka semester ni.. bila dah lama cuti, mula la perasaan nak balik tu tak da.. mula malas, sedih dan macam-macam perasaan..

apa-apa pun malam ni pet dah bertolak.. dari penang ke lcct.. dan esok pagi-pagi dari lcct ke bintulu, sarawak.. macam tak percaya cuti dah habis.. semester pun bermula.. banyak benda yang sudah berubah dan bakal berubah.. haha.. harap sangat pet mampu tempuhi semua tu :)

sampai sahaja ke sana, banyak sangat benda yang perlu pet selesaikan.. tak tahu la sempat atau tak pet buat semua tu.. tak dapat pet bayangkan kesibukkan pet.. sebab perancangan banyak untuk esok.. 

malam ni pet bertolak dari penang pukul 11.20 malam dan dijangka sampai pukul 12.20 pagi.. keesokkannya bertolak dari lcct pukul 6.45 pagi dan dijangka sampai pukul 8.55 pagi.. kira dalam pukul 9 pagi sampai pet di bumi sarawak.. pet siap listkan apa yang perlu pet buat..

firstly ambik teksi balik kampus, ambik kunci bilik dan kemas bilik since pet ditukarkan bilik dari aras 4 ke aras 3.. jadi barang-barang staff kampus yang ubah dan dibantu oleh rakan-rakan pet.. jadi banyak benda nak kena kemas.. haha..

then siap kemas semua, nak cari helmet.. katanya helmet moto pet dah hilang.. jadi pet nak kena keluar beli helmet, servis moto, basuh moto dan beli beberapa barang keperluan yang mungkin dah expired dan habis..

lastly balik dari semua benda, time to sleep :) since isnin dah start kuliah kan.. haha.. 

tak tahu la sempat atau tak pet buat semua benda tu.. sebab malam ni konfem pet tak cukup tido.. sampai sana terus nak uruskan macam-macam.. terutama hari isnin.. nak ulang alik ke admin untuk dapatkan sticker moto lagi, selesaikan banyak perkara lagi.. harap-harap dipermudahkan semuanya.. InsyAllah..

besar kemungkinan juga, pet dah jarang update blog sampai keadaan pet dah stabil.. dari segi masa pun dah berubah.. sana pagi awal sejam lebih kot dari semenanjung.. haha.. kira macam dapat la rasa perubahan masa pagi awai, malam awai :D haha.. doa-doakan pet dipermudahkan semuanya :) 

p/s : terima kasih datang blog pet.. berinteraksi dengan pet dan banyak share ilmu dengan pet :)

Friday 7 September 2012

sharing is smiling :)

Salam :)

rasanya rini topik general.. haha.. saja suka-suka nak updatekan diri.. sambil tengok cerita Hidayah-mu tv3.. hehe.. setiap hari jumaat mesti pet suka tengok cerita tu.. walaupun plot cerita sama ja.. hehe..

ha.. korang mesti dah selalu dengar mengenai Whatsapp.. hehe.. rangkaian sms dan panggilan free bila ada internet.. hehe.. dan orang yang dihubungi mesti mempunyai whatsapp juga.. haha.. begitu juga dengan Viber dan Tango.. more kepada video call.. haha..

tapi pet nak share mengenai Zello.. mungkin dah ramai tau mengenai aplikasi tersebut.. hehe.. menarik tau zello tu.. ala-ala FBI gitu.. hehe.. walkie talkie.. best woo.. pet rajin juga main dengan kawan-kawan.. buat group zello, whatsapp beramai-ramai.. meriah :)

if korang tak dapat install zello dalam henpon, boleh install kat pc/laptop korang :) best.. cubalah :)


Thursday 6 September 2012

Secebis kisah LYN

Salam :)

hye semua.. harap-harap anda semua sihat hendaknya :) hehe.. kerajinan mengupdate blog kian menyerlah.. maklum la.. nanti 8 september pet dah busy nak siapkan barang.. sebab malam tu pet dah terbang ke KL.. esok pagi tu baru terbang ke BTU.. haih.. cepat masa berlalukan.. haha.. update sambil ditemani batuk yang tak hilang-hilang.. hehe..

ha.. topik rini berkenaan Forum Lowyat or singkatannya LYN.. ada sesapa pernah lepak sana? hehe.. pet memang kaki lepak kat sana.. lepak dalam forum.. banyak section yang menarik :) pet selalu tengok aksesori handphone, check harga, cari maklumat dan lain-lain.. dia bukan sekadar gadget tp ada makanan dan lain-lain.. under 1 roof :)

pet dah pernah beli 2 barang dalam LYN.. pet selalu survey dulu harga baru beli.. hehe.. selalunya LYN jauh lebih murah berbanding kedai dan kedai online.. tapi kena rajin search dalam forum untuk dapatkan harga yang terbaik :)

first barang yang pet beli casing handphone samsung.. isnin lepas.. sampai khamis lepas.. second barang pet beli screen protactor dan earphone nokia pet.. order isnin ritu, sampai hari ni.. haha.. dah lama pet join LYN.. tapi membelinya hari ini.. hehe..

1st item brought from LYN
casing samsung :)
2nd item brought from LYN
nokia earphone and screen protector

haha.. sengalkan pet.. screen protector pun pet beli kat forum.. haha.. tapi earphone tu murah.. yang lama dah jahanam a.k.a rosak.. hehe.. nak cari macam time beli handphone tu dulu.. dapat.. tapi tak fully kaler hitam.. haha..

sekian cerita LYN :)

Wednesday 5 September 2012

oyen or oyein?

Salam :)

hye semua.. pet nak memperkenalkan ahli baru keluarga pet.. tak la baru sangat sebenarnya.. dah beberapa hari beliau berada di rumah pet.. hehe.. memperkenalkan oyen or oyein? err.. pet tak tahu nak wat ejaan dia macam mana.. haha.. kakak pet la bagi nama tu :D


kat umah pet dah ada kucen lain.. nama najib kan.. sekarang tambah lagi sekor.. nama oyein.. haha.. kemain marah la najib tetiba balik ada adik.. abang besar mengamuk sakan la.. haha :D

baby yang dah besar sikit ni kakak ambil kat umah kawan mak.. mak cik pet terbekenan la pula.. sebab baby lagi dan gebu.. beliau sangat pemalu :D haha.. tambah-tambah abang besar marah dengan kehadiran beliau di rumah pet.. haha..

sekian menghebahkan kehadiran ahli baru.. haha :D

mana ejaan yang betul? oyen ke oyein? haha..

Tuesday 4 September 2012

September is here!

Salam :)


salam 17 syawal.. hehe.. rasanya lebih seminggu pet tak update.. dan pet tak sedar, pet ada auto publish post masa 31 ogos hari tu.. haha.. terkejut pet time online tadi.. haha..

pet agak busy.. busy tido.. haha.. ntah bila batuk nak hilang.. demam dah hilang.. batuk pula tak hilang-hilang.. pelik sungguh.. haha.. banyak aktiviti pet.. busy ke rumah terbuka.. rumah sepupu.. shopping.. anak kucen baru dan lain-lain.. banyak sangat aktiviti pet sampai demam..

memandangkan hari ni dah 4 september, bermakna hanya tinggal beberapa hari lagi untuk pet pulang ke sarawak.. haha.. sedih woo.. best pula cuti 8 bulan lebih ni.. haha.. sampai dah tak ada feel nak masuk kuliah balik.. haha.. rasa macam tak enjoy sangat cuti ni.. haha..

macam mana pertengahan raya anda semua? mesti still menghadiri open house kan :)