Thursday 31 January 2013

Setahun berlalu~

Salam..

godek-godek, jumpa pic ni.. masih rasa sakit tengok :D

guess what.. it already a year.. hehe.. 31 Januari 2012 yang lalu.. 12.45 tengah hari, pet eksiden.. dah setahun rupanya.. another 2 years to go.. hopefully everything will be fine and pet pun fully recovery.. InsyAllah.. :)

bulan ni banyak entry pasal pet eksiden.. haha.. tapi pet memang suka ingat sesuatu yang bagi pet kenangan la.. walaupun kenangan ni bukan la sesuatu yang indah untuk diingati.. tarikh tu tak salah.. haha.. 

sebenarnya ada benda lain yang menarik untuk pet cerita sebenarnya.. beberapa hari yang lepas, ada lecturer bercakap dengan pet.. beliau salah seorang yang tahu kisah pet.. bukan la kisah sangat.. haha.. kes eksiden.. dan ada la something yang beliau tahu.. dah lama dia tahu rasanya.. bulan 10 or 11 tahun lepas.. pet tak bajet beliau ingat lagi.. haha..

then beliau panggil pet.. bercakap dalam bilik.. "pet, lepas ni kalau sakit ka, apa ka.. jangan nak p klinik biasa.. rujuk pakar ortopedik.. dah tahu keadaan macam tu.. jangan suka-suka ja.. nanti jadi ............." gitu la ayatnya.. panjang lagi.. tak perlu la pet huraikan.. haha..

lepas tu pet senyum je la.. sambil angguk-angguk.. panjang juga la cerita masa tu.. pet paham apa yang beliau ingin ingatkan.. supaya perkara macam tu tak berulang.. dan takut effect macam somebody.. 50-50 paralyzed.. so memang dia ingatkan pet..

seharian juga pet fikir.. haha.. entah la.. hope everything will be fine :) InsyAllah..

Wednesday 30 January 2013

Kes selesai~

Salam..

Alhamdulilah selesai.. tapi entah la.. pet masih tak puas hati kot.. perbicaraan diputuskan pet menang kes tu.. kerana kecuaian dia, sebabkan pet eksiden.. pet akan dapat pampasan.. tapi sepatutnya lebih lagi.. tapi orang yang langgar pet tiada roadtax.. jadi dia tiada insurans..

jadi mahkamah akan keluarkan perintah untuk dia bayar pampasan secepat mungkin.. tak kisah la macam mana pun dia akan kena bayar jumlah yang telah ditetapkan.. kalau nak fight lagi, ambil masa 4-5 tahun.. memang boleh sebut lagi kesalahan dia.. kerana kecuaian melanggar dan memandu tiada roadtax.. tapi disebabkan mak pet tak nak panjangkan lagi.. lagi pun dia dah kena saman sebab memandu tiada roadtax dan membuat laporan bercanggah daripada yang asal..

bagi pet, pet nak fight lagi.. sebab kerana orang tu, pet extend satu sem.. pet patah 4 tulang.. bukan duit yang pet nak.. tapi pet nak pet diadili sewajarnya.. sebab pet tahu pet tak salah.. ramai saksi tengok kejadian tu.. 
pet tak marah.. tapi pet geram.. kerana kecuaian dia, teruk pet eksiden.. sedangkan dia hanya moto terbakar.. pet patah paha, patah jari-jari, patah lengan.. dia just luka! cuma moto pet tak terbakar.. tapi dah tak rupa moto la.. haha.. 

harap sangat lesen dia kena tarik.. haha.. geram betul pet.. haha.. tapi apakan daya, kes telah ditutup.. mak dah buat keputusan.. hehe.. sekadar geram je la.. haha

sekian :D

Tuesday 29 January 2013

Life begin at 24 :D

Salam..

Alhamdulilah.. 24 years already.. so, life should begin now.. haha.. orang cakap life begin at 40.. tapi untuk pet life begin at 24.. haha.. muda lagi kan 24.. bukan 44.. hehe.. rasanya life pet sentiasa begin every years.. hehe.. just wondering, since umur kian meningkat, maknanya mati tu pun kian dekat la.. haha..

Alhamdulilah juga.. all my stories since birth until now will be my greatest memories.. sementara masih bernafas.. hehe.. dan yang paling penting, im happy with my life.. seriously :) haha..

entah apa motif pet post ni.. pet pun tak paham.. haha.. 

sekian ^^

Monday 28 January 2013

Spore Harvesting Part 3

Salam..


sambung part semalam.. disebabkan spore counting ni tetap kena run SAS.. jadi pet balik dan senyum sorang-sorang kat bilik.. haha.. pet pun keliru apa yang pet nak run.. sebelum balik, sempat la pet jumpa supervisor pet.. dalam pukul 5.15 macam tu la.. tanya dan dapat keputusan untuk run T-test..

main problem pet, t-test kan ada paired dan unpaired.. jadi pet pun bertambah-tambah blur.. haha.. balik sambil berfikir, sambil buka sas dan check balik amali dalam kelas guna sas.. disebabkan sas pet dah expired date, memang bila nak buka kena tukar tarikh dalam laptop.. haha..

serabut kepala pet.. esok nak hantar ke supervisor pet.. pening kepala pet.. haha.. data dah print out.. unpaired t-test.. pastu pet dah tak tahu apa nak buat.. err.. haha..

sekian :D

Sunday 27 January 2013

Spore Harvesting Part 2

Salam..

Homogeneous kali ni :)
Hemocytometer untuk kira spore..

Alhamdulilah.. siap juga spore harvesting pet.. dari pukul 8.30 pagi sampai 5.00 petang.. macam nak tercabut pinggang pet.. serius.. penat sangat-sangat.. completed on 22 January 2013.. dah tak lama semester baru buka.. 18 February 2013.. banyak lagi benda tak siap.. pet masih tak dapat berehat dalam bilik! grr.. haha..

literature review pun tak fully complete lagi.. tak lama lagi nak present thesis.. hati dah mula tak tenang.. haha.. tapi malas nak tido lambat.. setiap malam 10 lebih pet dah tido.. sebab pet penat sangat hari-hari.. banyak benda nak fikir.. hari minggu pun masuk lab.. haha..

yang pasti minggu depan pet kena siapkan semua compatibility test between semua fungus-fungus pet.. dan yang pasti lepas present thesis dan submit final year project, pet masih kena siapkan semua analisis.. walaupun tak masuk report pet.. tak pasti la bila boleh balik bercuti.. haha..

pet belajar macam-macam.. from isolation, inoculation, identification, harvesting, field dan macam-macam lagi.. pet pun kadang-kadang pening fikir.. haha.. senior-senior pet tak henti-henti bagi moral support.. maklum la, pet tak henti-henti dalam lab.. haha.. dah tak kenal siang dan malam.. luckily, ada yang teman pet dan guide pet setiap masa :)

dan soalan paling feymes sepanjang beberapa minggu ni "pet, nanti dah habis belajar, kamu nak sambung ka kamu nak kerja?" haha.. dan jawapan pet, biarlah rahsia.. haha.. just wait and see, apa akan pet buat in few months :)

Sekian!

Saturday 26 January 2013

Theif~

Salam..


just a story.. tentang seorang pencuri.. err.. haha.. tak kisah la macam mana.. hehe.. beberapa menjak ni, kejadiaan kecurian kian menjadi-jadi di kampus pet.. dah 3 blok diserang.. ada 1 blok di aras 0 a.k.a tingkat 1 dan ada 1 blok lagi di aras 3 a.k.a tingkat 4.. ada lagi 1 blok aras 0.. blok pet tu..

yang menariknya, si pencuri ini agak bijak.. dia tak berminat ambil laptop or apa-apa.. dia cenderung kepada duit dalam bilik tu.. $$ gitu.. haha.. yang menarik perhatian pet lagi, tiada kesan pecah masuk.. tiada kesan cap jari.. di aras 0, beliau masuk melalui pintu.. aras 3 melalui tingkap.. dan bilik yang diserang bilik-bilik yang ada duit la.. macam aras 0 bendahari salah satu society dan macam aras 3 bendahari blok..

sangat bijak pencuri tersebut.. skill yang hebat.. haha.. apa-apa pun pet harap cepat la pencuri tu ditangkap..  walaupun pet bukanlah bendahari dan tak simpan duit dalam bilik, tapi pet tetap risau laptop pet.. haha.. 1 of important thing in my life :)

sekian :)

Friday 25 January 2013

Akhirnya! :)

Salam..

2 items arrived safely :)
Alhamdulilah.. penantian telah berakhir.. few items already sampai ke tangan pet.. hehe.. 17 Januari hari tu dah sampai Bintulu.. tapi belum sampai ke tangan pet lagi.. tapi masa tu dah lepas kastam.. ada lagi barang yang ada di kastam dan on the way ke kastam.. haha..

that is my planning for year 2013.. only my sister and few friends tahu pasal new planning pet.. haha.. still dalam proses.. 

wish me luck! :)

Thursday 24 January 2013

Perbicaraan kes

Salam..

just a simple entry.. besar kemungkinan pet akan pulang.. tapi masih 50-50.. kes eksiden pet akan dibicarakan dalam masa terdekat.. peguam pun dah hubungi mak pet.. pet kena hadir waktu perbicaraan tersebut.. tapi masih 50-50.. kalau boleh pet tak nak hadir.. sebab pet sedih.. haha..

pet juga dikehendaki buat semula pemeriksaan terhadap keempat-empat tulang yang patah tu.. untuk check semula.. dan semestinya, pet tak berminat.. haha.. sepupu pet dah 3 kali operate.. first macam pet.. pasang besi.. second sebab tulang tak tumbuh.. third sebab skru bengkok.. jadi tentulah pet takut.. andai kata skru bengkok, tak pasal-pasal operate lagi.. haha..

kalau boleh pet nak operate 2 kali ja.. sekali time pasang besi.. sekali lagi time keluarkan besi.. tu ja impian pet.. sebut pasal perbicaraan kes eksiden pet, 1 ja yang pet nak.. pet dapat keadilan yang sewajarnya.. salah tetap salah.. pet tak marah, tapi pet nak keadilan.. 

sekian :)

Wednesday 23 January 2013

Ahli bilik

Salam..

mari meneruskan sesi update.. memperkenalkan ahli baru bilik pet.. haha.. tak la baru.. sejak awal sem dan cuti sem la.. hehe.. entah la apa nama dia.. pet pun tak pasti.. hehe..

comelkan dia :D
setiap kali basuh cadar, dia la yang rasmi dulu! haha
buat muka baik sebab nak minta makanan.. hehe

bagi pet, sayang haiwan ni ikhlas daripada sayang manusia.. walaupun kucing tak la sesetia anjing, tapi kucing tak pernah lupa dan menyakiti orang yang menyayanginya.. walaupun kucing tidak dikurniakan akal, tapi mereka ikhlas menyayangi sesiapa sahaja.. :)

sekian ^^

Tuesday 22 January 2013

Perancangan

Salam..

Just simple entry.. apa perancangan pet.. haha.. few days ago, time pet sibuk-sibuk di unit hortikultur.. ramai staff yang sembang-sembang dengan pet.. salah seorang pegawai pertanian di situ, ada la suggestkan pet apply pegawai penyelidik once pet habis belajar..

pet pun cepat-cepat cakap.. pet nak berehat setahun lepas habis belajar.. haha.. pet tak nak kerja.. pet penat sangat buat final year project.. sangat-sangat penat.. haha.. dia pun ketawa.. dia cakap, dia tak caya pet akan berehat setahun.. haha..

entah la.. dengan keadaan pet macam ni, pet ingat pet nak berehat ja.. penat berfikir.. fikir final year project memang stress sangt-sangat.. haha.. cuma stress tu tak nampak la depan mata.. macam pet selalu cakap, senyum tu dah memadai untuk mengambarkan semua perasaan pet.. haha.. sebut pasal final year project, everything need to be settle earlier! :D

i) Hantar draf akhir = 3 Mei 2013

ii) Present thesis = 17 Mei 2013

iii) Hantar draf ke supervisor = A week after present thesis

Monday 21 January 2013

Kenduri kawen

Salam..


sabtu yang lalu, pet ada invitation kenduri anak makcik kedai RM5.. haha.. pet agak closed dengan makcik kedai tu dari sem 2 rasanya.. dah lama dia jemput pet dan kawan-kawan.. siap bagi kad sendiri.. sebenarnya pet malas nak pergi.. tapi pet kenangkan kebaikan makcik tu, pet pergi lepas lab.. kira sopan la hari tu pergi lab pakai baju kurung.. hehe..

disebabkan kelemahan terbesar pet, pet tak pandai sangat bawa kereta manual, nak dijadikan cerita.. kawan-kawan pet semua ada di kolej kediaman.. pet di lab.. kereta di lab.. disebabkan semua menanti di sana, pet beranikan diri pet bawa juga dari lab ke kolej kediaman.. dan berjaya la.. tapi pet bawa gear 4 ja.. haha.. tu pun mati enjin 3 kali rasanya.. malunya pet XD

tak tahu la nak cakap macam mana time drive tadi.. haha.. harap sangat 1 day, pet mampu bawa kereta manual sama macam pet bawa kereta auto.. haha.. kembali cerita kenduri.. pet punya cerita banyak.. bercabang-cabang.. haha.. uniknya kenduri di sini majlis bermula 10 pagi sampai 2 petang.. 2 hari la.. hari jumaat akad nikah dan adat bergendang.. ni kira berjoget sampai 4 pagi la.. pet tak pergi.. haha.. pet pun tak sihat sangatkan.. haha..

so pet dan kawan-kawan pergi kenduri ja pukul 11.30 hari sabtu.. makcik pun cakap la, kami semua tak datang semalam.. dia pun cerita la apa yang ada semalam.. simple ja kenduri.. pukul 1 dah habis kemas semua.. tapi serius la.. sedap betul catering yang masak tu.. ayam dia, daging dia dan umbut kelapa sawit.. tu la keunikkan kenduri kawen di Bintulu, Sarawak :D

p/s: pet pun pening apa yang pet cerita XD

Sunday 20 January 2013

Spore harvesting

Salam..

Masih meneruskan update.. haha.. kisah hari jumaat.. haha.. siapkan spore harvesting.. penat betul nak buat semua ni.. tak sempat siap.. sambung sabtu pagi untuk ambil keputusan.. haha..

vortex lab pet hilang entah ke mana.. jadi pinjam la vortex lab sains tanah.. layan gambar je la.. haha..

Before vortex
Tengah vortex.. habis bergegar semuanya.. haha
selepas dan sebelum vortex
tone kaler lepas vortex.. haha.. sah ralat besar run SAS nanti.. haha

yang pastinya semua ni tak jadi! haha.. spore melebihi 600 dan pet tak buat dilution dan cheese cloth terlalu rapat.. haha.. sambung hari selasa.. buat dari 1 until finished.. nak beli kain cheese tu dulu XD.. Sekian :)

p/s: Have a safe journey my sister :) we always pray for you :)

Saturday 19 January 2013

Field days

Salam..

Fuh.. baru bekesempatan nak update hari ni :) bangun subuh, duduk-duduk kejap baru start update :P semalam tak dapat tidur.. lepas subuh pun tak dapat tidur juga.. haha.. sakit kepala betul semalam.. pukul 10 lebih nak tidur.. pukul 11 dah tak dapat tidur.. macam nak pecah kepala rasanya.. hehe.. bangun subuh pula, sakit kepala dah hilang, sakit perut la pula.. haha.. asyik ulang ke toilet pula.. hehe..

macam-macam dah beberapa hari ni.. dari hari rabu tak henti-henti buat kerja.. khamis dah masuk field.. dari pukul 8 pagi sampai 5 petang.. tercangak kat greenhouse siapkan kerja.. balik tu, sakit bukan main la.. haha.. nak bawa moto balik pun tak boleh.. hehe.. balik tu, tido tak dapat, macam nak guling-guling dalam bilik.. sakit melampau betul.. haha..

proses masukkan tanah campuran dalam polibeg
on the way siapkan 150 polibeg
nak apply treatment dulu.. hehe
5 block dalam RCBD
label-label dulu.. baru siap :D

last makan ubat.. sejam lepas tu, hilang sakit semua.. baru dapat tido.. hari jumaat sakit lain pula dapat.. nak jalan pula masalah.. haha.. banyak betul dugaan ni.. pet pun seret je la kaki.. haha.. keja banyakkan.. buat je la.. hehe.. hari ni pun masih sakit.. solat pun duduk ja.. nak berdiri memang tak larat.. haha..

ni pun pukul 9 pagi dah kena ada di lab.. penatnya pet.. haha.. pagi buat keja, malam balik bilik.. mohon sakit cepat-cepat hilang.. hehe :)

sekian

Tuesday 15 January 2013

Hari yang sibuk~

Salam..

tiba-tiba rasa nak update pula hari ni.. hehe.. minggu ni sampai minggu depan adalah hari yang paling sibuk.. semalam sibuk buat agar, sterile bekas-bekas, selesaikan tanah-tanah yang belum sterile.. penat.. malam pun tido sebelum pukul 12.. sempat la main game 2-3 jam..

finally siap untuk next kerja
hari ni pun sibuk.. sibuk dengan blok kayu yang contaminated.. nasib baik la blok kayu control.. kalau yang diinoculate tu tak demam pula pet.. hehe.. autoclave barang-barang untuk harvest spore.. kira hari ni belajar harvest spore dengan senior-senior.. serius.. penat betul.. tenghari check tanah.. boleh pula student buang puntung rokok kat situ.. betul-betul mangkuk the hayun sungguh.. habis koyak plastik autoclave tu.. tak pasal-pasal autoclave lagi hari ni.. grr..

pindahkan tanah yang dah diautoclave ke greenhouse
rumate pun dah balik semenanjung hari ni.. tinggal la pet bersendirian.. hehe.. habis kerja tadi pet pun ke pasar.. bajet nak memasak la cuti sem ni.. pergi 3 supermarket.. beli 1kg beras, ayam sikit, crab stick dan lain-lain.. then masak la.. menu tomyam.. haha.. ingat nak buat spagetti tadi.. tapi malas..

pinjam meja rumate jadi tempat memasak :D
tomyam pun cair.. lupa letak garam lak tu.. haha
esok.. hari yang paling sibuk.. nak liminate label treatment dan data-data.. nak angkut baki tanah autoclave, blok-blok Ganoderma spp, mass production Trichoderma spp, analytical balance, polibeg dan macam-macam la.. serabut kepala.. harap-harap siap sebelum pukul 2.. sebab pukul 2 nak kena masuk lab.. selesaikan spore harvesting.. 

banyak benda kena siapakan sebelum supervisor pet pulang dari Japan.. cepat la habis final year project ni.. haha.. dah macam kekasih hati pula.. 24 jam nak kena fikir XD

sekian ^^

Sunday 13 January 2013

Aktiviti cuti sem

Salam..

rasanya lepas ni makin kurang la pet online.. haha.. online check email, buka facebook kejap, on twitter, buka forum dan lain-lain.. then kembali main game.. haha..

sepanjang cuti sem ni.. pet ada 2 objektif.. maklum la tak dapat pulang ke kampung tercinta.. hehe.. objektif pertama, siapkan final year projek pet.. masuk field dan habiskan In vitro dual culture yang kedua.. objektif kedua, main The Sims 3 the latest.. haha..

finally.. hari ni dah berjaya install semua 16 packs.. tak sabar tunggu next pack release hujung bulan Januari ni.. hehe.. kesemua pack ni memang tak ada error langsung.. pure pack ni.. memang smooth.. satu expansion install dalam 1-2 minit ja.. hehe.. nak update tu dalam 5 minit la.. hehe..

desktop pun bersepah-sepah.. sibuk nak print screen.. haha
pack The Sims 3 Seasons <-- :=":" latest="latest" paling="paling" td="td">
ada banyak town dalam ni.. ada lagi yang pet tak install :D

Sekian dari pet ^^ pemain tegar The Sims 1 - The Sims 3..

Sunday 6 January 2013

Celcom rebate

Salam..

finally! dapat pun rebate rm12.. hehe.. pet pun tak ingat bulan berapa ntah pet pernah buat post berkenaan rebate yang diberi oleh celcom.. finally dapat akhirnya.. haha..

25 Disember 2012, pet tak pernah buka email notification ni.. tapi nak dijadikan cerita, pet buka hari tu.. macam tak percaya.. dah dapat rebate broadband rm12! hoyeah.. hehe


Saturday 5 January 2013

25 December 2012

Salam..

dah pekasam dah entry.. haha.. sebab penat semua.. malas nak keluar cari makan.. jadi pet pun beli la McDonald chicken hot and spicy.. haha.. sedap! pedas woo.. hehe



Friday 4 January 2013

Soil mix

Salam..

haih.. semua entry dah jadi tak fresh lagi.. haha.. sebab pet buat semua entry autopublish dan entry ni jadi bertindan-tindan.. haha.. tak pe la.. nak buat macam mana, sibuk final dan final year project.. tak da masa nak update or baca blog lain..

24 Disember 2012, time ni tengah study week.. pet busy siapkan mix tanah.. 3:2.. 3 top soil, 2 peat soil.. serius.. dari pukul 11 pagi sampai 4 petang dapat siapkan untuk 100 polibeg je! grr.. masih berbaki 50 polibeg lagi.. kena sieve tanah, mix tanah.. berpeluh-peluh..

pet just sediakan tanah dan letak dalam autoclave plastic.. nanti setiap hari pet autoclave tiap-tiap plastic.. dah lewat ni.. kena masuk field cepat.. grr.. penat woo.. haha..

plastik autoclave
guni-guni top soil dan peat soil
top soil lepas sieve
peat soil lepas sieve
hasil campuran 3:2
satu autoclave beg dapat menampung 4 polibeg
baru siap beberapa beg autoclave.. semua kena siapkan 40 beg
malam makan SCR sebab tak makan dan tak minum seharian buat kerja!

sekian^^

Thursday 3 January 2013

Highlight~

Salam..

pet ada 1 hobi sekarang.. hehe.. highlight nota.. hehe.. maklum la final.. rajin la buat nota.. kalau nak mengadap nota yang setebal-tebalnya memang tak la kan.. haha.. buat nota pastu highlight bagi cun.. tapi tak cun juga.. saja la nak buang masa.. haha..

gabungan 3 warna highlight.. haha

Wednesday 2 January 2013

KFC Medan Jaya

Salam..

baru pet sedar, blog pet ni dah macam hebahan tempat-tempat makanan pula.. haha.. sebelum McDonald Bintulu buka, KFC Medan Jaya tutup untuk renovation.. jadi kfc opening semula untuk branch Medan Jaya masa 22 Disember 2012..

pet pun tak pasti tepat atau tak tarikh tu.. tapi yang pasti, pet bersama-sama kawan pet pergi.. sebab banyak maskot kat dalam tu.. saja la cuci mata.. hehe.. yang best, dapat cheesy wedges free! tu yang pet suka.. haha.. ada kupon.. valid until 31 Januari 2013 dengan pembelian apa-apa sahaja benda kfc, akan dapat free cheesy wedges.. haha

on the way balik, sempat la grab kupon tu banyak-banyak.. hehe :D

ni la cheesy wedges free :D

Tuesday 1 January 2013

Hi 2013!

Salam..


selamat tahun baru! kejap je masa berlalu.. dah masuk tahun 2013.. hehe.. masuk tahun baru, bakal bertambah la setahun kepada umur sedia ada.. haha..

walaupun sekarang adalah tahun baru, tapi pet sedang bertarung dengan final.. err.. bertarung ke? entah la.. haha.. no komen :D

sempena tahun baru, azam pun baru.. tapi entah apa azam pet.. pet pun tak pasti.. haha.. tapi pet harap, pet sentiasa happy, enjoy life pet dan buat apa yang pet suka kot.. tu la impian pet.. err.. bukan la impian sangat.. biasa-biasa ja.. but i wish, i will be happy and always happy! haha..

sekian ^^