Tuesday, 15 January 2013

Hari yang sibuk~

Salam..

tiba-tiba rasa nak update pula hari ni.. hehe.. minggu ni sampai minggu depan adalah hari yang paling sibuk.. semalam sibuk buat agar, sterile bekas-bekas, selesaikan tanah-tanah yang belum sterile.. penat.. malam pun tido sebelum pukul 12.. sempat la main game 2-3 jam..

finally siap untuk next kerja
hari ni pun sibuk.. sibuk dengan blok kayu yang contaminated.. nasib baik la blok kayu control.. kalau yang diinoculate tu tak demam pula pet.. hehe.. autoclave barang-barang untuk harvest spore.. kira hari ni belajar harvest spore dengan senior-senior.. serius.. penat betul.. tenghari check tanah.. boleh pula student buang puntung rokok kat situ.. betul-betul mangkuk the hayun sungguh.. habis koyak plastik autoclave tu.. tak pasal-pasal autoclave lagi hari ni.. grr..

pindahkan tanah yang dah diautoclave ke greenhouse
rumate pun dah balik semenanjung hari ni.. tinggal la pet bersendirian.. hehe.. habis kerja tadi pet pun ke pasar.. bajet nak memasak la cuti sem ni.. pergi 3 supermarket.. beli 1kg beras, ayam sikit, crab stick dan lain-lain.. then masak la.. menu tomyam.. haha.. ingat nak buat spagetti tadi.. tapi malas..

pinjam meja rumate jadi tempat memasak :D
tomyam pun cair.. lupa letak garam lak tu.. haha
esok.. hari yang paling sibuk.. nak liminate label treatment dan data-data.. nak angkut baki tanah autoclave, blok-blok Ganoderma spp, mass production Trichoderma spp, analytical balance, polibeg dan macam-macam la.. serabut kepala.. harap-harap siap sebelum pukul 2.. sebab pukul 2 nak kena masuk lab.. selesaikan spore harvesting.. 

banyak benda kena siapakan sebelum supervisor pet pulang dari Japan.. cepat la habis final year project ni.. haha.. dah macam kekasih hati pula.. 24 jam nak kena fikir XD

sekian ^^

1 comment:

Hasrina said...

rindunya life as student..good luck