Sunday 30 June 2013

Cuti-cuti semenanjung

Salam..

lama tak update blog.. tapi tak la lama sangatkan.. haha.. yang paling penting, pet selamat sampai ke semenanjung.. hehe.. seperti yang telah pet war-warkan before ni.. pet balik semenanjung 28 Jun 2013.. flight dari kuching.. semestinya 27 Jun 2013 flight dari bintulu.. dengan pagi tu nak submit thesis lagi.. ingat lagi hari tu flight jam 10.45 am.. pet memang tak dapat tidur.. siapkan correction dan kemas bilik.. tu tak kira main tarik-tarik je baju yang nak bawa balik.. haha..

pagi 27 Jun tu boleh berada dalam keraguan nak balik or tak ke kuching.. takut thesis kena reject lagi.. haih.. sempat usha tiket flight mas.. dalam rm299 untuk 2 flight.. tapi kena turun KL.. memang lagi la pet malas.. haha.. tapi flight tu hari sabtu.. memang tak la.. sabtu kenduri kat rumahkan.. last sekali pet kuatkan hati pergi hantar thesis dan bayar untuk jilidkan thesis tu.. pastu pergi airport jam 9.10 am macam tu la..


masa kat airport.. susah betul hati pet.. tak tau la nak cakap macam mana.. haha.. tapi bila dah sampai kuching, perasaan takut tu dan berkurang dah.. sikit-sikit ja tinggal.. maklum la effect aura nak balik tu dah tinggi dah time kat situ.. hehe.. tu tak kira hampir tertinggal flight 28 Jun.. haha.. lagi parah keadaan pet hari jumaat hari tu.. haha.. bila ingat balik rentetan peristiwa balik, macam nak ketawa pun ada.. maybe keadaan menakutkan.. lepas tu pet gelabah lagi.. bertambah-tambah la dramatik kejadian tu kan.. haha.. tapi tu semua tak penting pun sebenarnya.. haha.. tapi tetap kelakar la.. haha..

apa-apa pun jejak je kaki kat airport penang.. hilang la semua perasaan susah hati walau pun hakikatnya memang pet susah hati pun.. haha.. dan kalau di imbas kembali peristiwa hari khamis tu, pet dalam keadaan gembira walaupun penuh dengan kesedihan.. haha.. 

sekian ^^

Sunday 23 June 2013

Fire Drill :D

Salam..

masih mengisi masa yang lapang dengan menyiapkan Final Year Project bersama-sama menghabiskan sisa-sisa masa yang ada dengan makan tanpa henti.. haha.. disebabkan makan tanpa henti berat badan pun naik macam belon la.. hehe :P

oh ya.. semalam pet keluar dengan kawan-kawan dan lecturer dan makan bersama-sama di Ayam Asia Steamboat.. tak berapa jauh dari Kedai RM5 yang pet selalu lepak dan makan.. hehe.. jujur la pet katakan, pet selalu lepak makan Steamboat Jun Rong berbanding Ayam Asia Steamboat sebab yang pet sendiri malas nak taip.. haha.. tunggu la kalau pet rajin pet bagitahu kenapa.. haha..



dan malam semalam juga first time pet jejak kaki ke salah sebuah *** la.. jujur juga pet katakan pet dalam ketakutan masa jejak kaki masuk situ.. sempat kawan pet tanya pet "kita tak berdosa kan masuk sini" err.. pet pun cakap tak la.. sebab sekadar ingin tahu kan.. tak lebih dari itu.. huhu.. pening kepala pet masuk dalam tu.. silau mata pet.. huhu..

malam semalam juga boleh pula ada Fire Drill.. berdrill-drill la pet dalam bilik.. haha.. dalam 12.30 am macam tu adik pet mesej cakap ada Fire Drill dan wajib turun.. pet time ni rasanya dah tertido dengan aman dan damai.. pet baca dan reply dalam jam 2.50 am macam tu la.. dalam 3.15 am ke 3.30 am macam tu mula la bunyi Siren Kebakaran dan Healer blok.. tu tak kira main suis utama elektrik ditutup dan bilik diketuk dengan sekuat hati -.-" pet yang kepanasan dalam bilik bangun la.. pakai tudung bagai.. then busy cari kunci bilik.. ntah mana pet campak atas meja pet.. haha..

dah jumpa kunci, pet pun buka la pintu bilik.. buka ja, tercegat adik pet depan pintu bilik.. ingatkan dia nak ajak pergi ke macam mana.. rupanya-rupanya dia ajak pet masuk bilik dan tido.. haha.. pet pun buang la tudung, buka tingkap dan tido atas katil.. haha.. kejam-kejam.. dan paling kelakar, adik pet takut gelap.. pet agak tak percaya la pada mulanya.. tapi bila tengok keadaan dia pagi-pagi tadi, betul la dia takut gelap :D

ok la.. tunggu entry esok pula.. esok nak submit Final Year Project untuk check format yang digunakan.. mohon lulus.. nak balik ni hari khamis.. hehe :)

Saturday 22 June 2013

Postage Days!

Salam..

semalam pet dengan kawan-kawan busy postage barang balik ke negeri masing-masing.. haha.. ada ke Kedah, ke Johor, ke Sabah dan sebagainya.. melalui laut.. haha.. murah sikit.. maklum la di Sarawak kan.. kena cari alternatif untuk dapat kemudahan yang murah.. even ambil masa yang lama kan :P

pet ada 2 kotak.. dalam 41 kg lebih la.. satu tu 24 kg dan satu kotak lagi 17 kg.. lebih kurang la.. total dalam RM68.. dia cakap paling lama sebulan lebih la.. tapi hari tu adik pet pos dalam seminggu dah sampai ke Pahang ke Selangor ntah.. lupa nak tanya :)

ada 2 kotak barang pet.. yang lain kawan-kawan pet :D
ni semua barang kawan pet yang baru sampai.. hehe

kitorang pergi 3 kereta.. kereta pertama barang pet.. adik pet pergi dengan kereta tu, pet dengan moto.. then kawan pet naik teksi dan moto dan yang seterusnya dengan teksi juga.. lama la juga proses nak menimbang dan sebagainya.. haha..

then jam 2 petang busy balik kampus.. adik ada kelas.. jam 2.30 petang juga pet jumpa second examiner Final Year Project pet.. then 3.15 petang ada perjumpaan dengan Penyelaras Final Year Project.. jam 4.15 petang jumpa Supervisor pet.. haha.. nampak gayanya burn lagi 2 tiket terbaru pet.. 27 Jun dan 28 Jun 2013.. haha.. 

ok la.. kekenyangan waktu ni.. esok update entry hari ni :)

sekian ^^

Friday 21 June 2013

Sesi habiskan masa :D

Salam..

selamat pagi! haha.. semangat hari ni pet bangun.. dari jam 4 am tadi.. bangun awal macam jadi je balik flight hari ni.. haih.. sabar je la.. haha.. tiket flight Bintulu ke Kuching hari ni jam 10.45 am - 11.35 am burn macam tu je.. haha.. effect Final Year Project.. haha..

semalam.. jam 11.00 am ada taklimat internship dan pengagihan kit internship.. dengar ngeri pun ada.. tahun 2010, ada seorang student meninggal dan seorang lagi cedera parah di tempat internship.. hmm.. ngeri la.. menakutkan pun ada terutama kalau kena handle jentera-jentera ni.. oh ya.. kami semua semester 6 ni ada 17 orang.. daripada 17 orang ni, 9 orang akan ke luar negara untuk proses internship.. nanti kalau pet rajin, pet buat pecahan ke mana 9 orang ni.. :P


lepas sibuk internship bagai dan submit borang-borang, pet dan kawan-kawan pun makan la di food court UPM.. semua orang excited la semester akhir.. pet je la tak terlalu excited.. haha.. maklum la nak kena habiskan 15 jam kredit extend ritu.. haha.. seksa weiiii.. haha.. tapi before datang taklimat pagi tu, pet nak tukar duit syiling pet sepanjang 2 semester kat food court.. ada la dalam RM140 total duit syiling tu.. jadi la kaya sat :P


then petang pet plan nak pos barang balik semenanjung.. tapi tak jadi.. atas sebab-sebab yang memang salah pet pun.. haha.. maklum la bila dah beli tiket baru, dia macam malas nak kemas sangat dan pos barang.. rasa geram kot.. haha.. then tukar plan untuk ke airport.. nak settlekan tiket BTU ke KCH.. malangnya hampa juga la.. dah lebih 48 jam kan.. hehe.. so burn gitu je la.. haha.. egat malam ni kot nak beli tiket flight balik Kuching sebab 28 Jun dah flight balik Penang.. haha..

on the way balik dari airport, sempat la singgah Kg. Jepak.. pusing-pusing cari bot balik sana.. sekali hampa gitu je la.. tapi kira cuci mata je la.. tengok pakistan jual karpet hensem (adik, 2013).. pet tak cakap hensem pun :D pakistan tu ke mamat sorang lagi ntah dia cakap hensem.. tak sempat nak tengok.. haha..

then malam pet kuar makan stem the boat dengan adik.. dah 2 hari janji nak bawa dia pergi.. tapi busy sikit dan pet asyik tukar-tukar plan sesuka hati pet.. haha.. biasa la pet ni kan.. haha.. patutnya juga malam semalam pet keluar beramai-ramai dengan semester pet untuk makan di SEDC/food court shell.. tapi tak jadi sebab pet dah janji awal lagi dengan adik pet.. haha.. malam ni pun dah siap plan nak makan mana.. haha.. stress tiket burn.. nak makan je tiap-tiap hari.. 3,4 kali juga la sehari.. haha..





sekian ^^

Thursday 20 June 2013

Hari-hari yang mencabar

Salam..

rasanya dah agak lama juga pet tak update.. macam biasa.. final kan.. haha.. dan atas beberapa sebab yang tak dapat di elakkan.. haha.. habis final pun pet tak dapat nak update disebabkan ada beberapa benda yang dah hilangkan kegembiraan pet.. err.. tak la hilangkan sangat pun sebenarnya.. haha.. 

18 Jun 2013 - hari terakhir exam dan last paper jam 8.30 am sampai 10.30 am.. ok.. dah habis, pet nak jumpa second reader Final Year Project pet.. tapi beliau tak ada.. then jumpa Penyelaras Final Year Project.. nak tanya correction tapi masih tak ada.. just dapat kata putus sahaja.. tiket burn atau final year project :') pet senyum ja.. dan turun jumpa Supervisor pet pula.. paling kelakar, boleh pula pet silap print Literature Review zaman jahiliah *tak editing lagi*.. haih.. macam-macam berlaku kan..

19 Jun 2013 - pet masih tak putus asa.. pagi dalam 8.30 am.. pet jumpa second reader.. pet tanya bila dapat corrected paper Literature Review.. then Dr. cakap paling lambat hari Isnin (24 Jun 2013).. pet senyum ja.. lepas tu Dr. cakap lagi paling awal hari Jumaat ni (21 Jun 2013) lepas solat Jumaat.. pet pun senyum lagi.. tapi masa tu kecewa juga la.. sebab macam berharap dapat feedback positive kan.. 

20 Jun 2013 - semalam pet tak dapat tidur.. fikir nak modify tiket la, sakit la.. malamnya pet kemas barang untuk pos hari ni.. tapi nasib baik adik bantu pet kemas kan semuanya.. membebel-bebel la dia pet tak pandai kemas.. haha.. biasa la.. pet tengah serabut.. haha.. pet tengok ja.. haha.. senyum juga pet tengok dia.. sebab awalnya dia marah pet.. sampai nak tak nak je bercakap dengan pet.. haha.. tapi biasa la.. perempuan kan.. sampai bila nak marah bila pet senyum kambing tak henti-henti.. haha.. 

conclusion dari 3 tarikh di atas - akhirnya pet tukar juga flight pet dari Kuching ke Penang pada 28 Jun.. patutnya 22 Jun ni balik sana.. tapi dah macam-macam jadi.. pet pun mengalah.. family pet pun suruh tukar.. haha.. baru la 3 jam yang lalu pet tukar.. haha.. sekarang tiket Bintulu ke Kuching tak dapat modify daripada akaun flight pet.. sebab sebarang pertukaran tarikh mesti 48 jam sebelum flight.. jadi pet ingat nak pergi airport hari ni lepas perjumpaan dengan lecturer jam 11 am nanti.. 

mahal kot tukar tiket T.T

tu la rentetan peristiwa yang berlaku sepanjang habis final.. pet rasa yang paling tertekan dengan pet sepanjang beberapa hari ni adalah adik pet.. haha.. rasanya dari hari pet habis final lagi dia marah pet tak henti-henti.. kemuncaknya malam semalam.. memang dia marah sangat-sangat.. haha.. mungkin sebab pet ni degil.. sebab tu jadi macam tu.. cakap orang tak nak dengar kan.. haha.. pet banyak susahkan dia kan.. buat dia risau, marah, geram dan semuanya.. tapi pet tahu, marah macam mana pun adik pet tetap sabar juga.. haha.. untung kan ada adik kat sini :P

sekian ^^

p/s: semalam semua warga UPM kampus Bintulu dikejutkan dengan pemergian salah seorang lecturer Jabatan pet.. Dr. Faizal.. rasanya 7 Jun hari tu pet ada mention pasal beliau dalam blog post pet.. muda lagi.. kalau tak silap kawan pet cakap umur 39.. pet dengan kawan-kawan plan nak pergi melawat dia kat hospital Bintulu time petang semalam.. lepas bincang, terus dapat panggilan cakap dah meninggal.. kami semua terus pergi hospital dan penuh lecturer, staff dan student di hospital.. sebab time tu semua sibuk nak uruskan jenazah untuk disolatkan di masjid UPM jam 3 petang dan akan dibawa pulang ke semenanjung pada malam semalam.. kalau tak silap, dikebumikan di Melaka.. takziah untuk keluarga Dr. Faizal.. Al-Fatihah..

Friday 14 June 2013

Dia menjadi hensem :D

Salam..

Morning :) senyumlah anda di pagi yang ceria ini.. haha.. teringin nak update pagi ni.. nak update gambar je pun.. haha.. sepanjang hampir 10 bulan pet berada di Bintulu tanpa pulang ke Semenanjung.. haha.. lama kan.. semuanya gara-gara final year project la ni.. haha..

moto pet pun dah lebih kurang 7-8 bulan tak basuh.. before ni tiap-tiap 2 minggu pet mesti hantar kedai untuk cuci dia.. haha.. sekarang dah tak ada masa kan.. kalau tengok rupa dia, tak lalu nak naik XD tapi semalam dah ada masa sikit dan dah nak balik semenanjung, jadi cuci la sikit.. biar hensem sikit rupanya.. haha..




even dah cuci, tapi tak la sehensem zaman dia muda-muda dulu.. jadi pet ingat before pet balik nanti, pet nak cuci lagi sekali.. biar hensem lama sikit.. haha.. 

pet ^^

Wednesday 12 June 2013

Hard copy FYP

Salam..

akhirnya berkesempatan mengupdate blog.. haha.. 2 paper dah berlalu.. tinggal 3 lagi paper untuk hari isnin dan selasa minggu depan.. oh ya.. pet berjaya minta penangguhan hantar 2 hard copy FYP (Final Year Project) pet.. sebab kekalutan exam pada hari isnin dan selasa lepas.. penyelaras setuju.. jadi tadi, hantar la 2 hard copynya.. setelah berhempas pulas siapkan editing sikit.. termasuk la final editing untuk abstrak pagi tadi..

kerja editing dari malam semalam
finally! 2 hard copy sedia di hantar je JST

masa pet serahkan 2 hard copy ni.. pet tengah blur rasanya.. sebab time ni la pula ink printer kaler hitam habis.. memang 12 page kaler gray la.. terdesak sangat dah.. haha.. time submit, pet tak double check.. tertinggal abstract kat bilik.. pergh.. berlari la pet ambik kat bilik.. dan.. berlakulah sesuatu yang telah melebamkan dan ada bengkak sikit di kaki.. haih.. detik-detik cemas la ni..

then waktu pet di pejabat JST (Jabatan Sains Tanaman), pet tengok la FYP kawan pet.. serius pet cakap, pet takut nak hantar.. tiba-tiba, supervisor pet masuk.. dia tanya kenapa muka risau je.. haha.. pet senyum dan cakap la kenapa.. maybe supervisor pet nak tenangkan hati pet, dia cakap la pet dah buat yang terbaik dan macam-macam la.. haha.. malas pet nak ingat balik.. :)

oh.. supervisor pet macam tak berapa nak bagi pet balik ja.. dia nak pet buat PCR (Polymerase Chain Reaction) untuk confirmed species isolate pet hari tu.. ada 6 culture.. supervisor pet nak pet belajar buat semua benda tu.. dia cakap lagi, dia nak publish FYP pet.. pet pun diam je la dan dengan muka selamba senyum dan cakap "boleh tak saya buat tahun depan? 2014".. supervisor pet pun diam.. ok.. pet faham la maksud tersirat disebalik diam supervisor pet.. haha..

then.. sedar la diri ni dah tak berlesen.. lesen pet expired 6 Jun hari tu.. tapi time pet pergi pejabat pos, dia offline bagai.. lepas tu pet takut nak keluar dari UPM sebab takut terserempak dengan senior.. maklum la.. tak siap kerja.. haha.. tapi tadi dah ada masa sikit, keluar la pergi renew lesen.. 2 tahun RM77.. rasa nak pengsan bayar.. sebab sekarang dah kena expired waktu birthday.. huhu.. patah hati.. dan nak dijadikan cerita, guard UPM hari ni buat sekatan.. nasib baik la pet dah renew lesen.. selamat :P

lesen pet sentiasa tamat pada 6 Jun.. tapi sekarang dah jadi 29 Januari

sekian ^^

p/s: supervisor pet suruh pet balik dan berehat.. tido dan sebagainya.. pet cakap dengan dia, minggu depan pet exam.. lepas tu dia ketawa dan tetap suruh pet berehat.. *mungkin pet ni dah macam zombi kot* haha..

Sunday 9 June 2013

Final!

Salam..

sekarang ni tengah mood final.. eh.. bukan mood lagi.. tapi dah memang tengah final.. haha.. esok pula tu bermula final pet.. hehe.. apa-apa pun.. tekanan masih dirasa untuk submit final year project untuk penilaian lecturer kedua pada hari selasa.. kenapa ntah bukan hari rabu.. pening la kepala pet.. dah la isnin dan selasa minggu ni penuh exam.. huhu..

wish me luck! ^^


fesbuk pun tukar tema untuk memberi laluan kepada final.. haha.. buang tebiat semester ni :P

p/s : sweet kalau ada orang mesej tiap kali nak masuk exam "good luck"! hehe :P

Final Year Celebration!

Salam.. 

lewat entry hari ni.. terlambat post.. haha.. sempena habisnya presentation kemuncak untuk final year project.. kami semua pergi la menikmati makan malam di steamboat.. haha.. kenyang sampai gemuk la pet.. dapat la kawan kat belakang ambil kesempatan jadikan bantal busuk time on the way balik kampus.. haha.. *dah selalu jadi bantal busuk* XD







sekian dari pet ^^

Friday 7 June 2013

Alhamdulilah! :)

Salam..

pet adalah presenter ke 13 daripada 17

Alhamdulilah.. berakhir sudah presentation final year project pet.. pet sangat-sangat nervous sepanjang hari.. supervisor pet banyak bantu pet.. senior-senior dan kawan-kawan pet.. 2 hari pet tak tido siapkan final year project presentation final.. tapi lepas apa berlaku, pet bersyukur sangat.. 

supervisor pet.. hehe.. dan beberapa lecturer ada dalam dewan..
kawan-kawan pet semua tengah prepare sambil tunggu turn masing-masing..

lepas presentation pet.. ramai lecturer ucap taniah.. confident, interesting and briefly explain everything.. masa tengah minum petang, ada lecturer lain datang ucap taniah.. dia cakap interesting presentation sepanjang pet present.. then habis semua presentation, pet jumpa supervisor.. sebab pet minta maaf.. pet tak dapat nak explain banyak benda dalam slide sebab kesuntukkan masa..

supervisor pet pun puas hati.. tu yang penting.. bila supervisor puas hati.. tiba-tiba datang lagi lecturer ucap taniah ke supervisor pet.. kepada pet juga.. serius.. pet terharu sangat-sangat.. pet tak sangka, presentation pet dapat perhatian hampir semua lecturer dalam dewan.. siap suruh sambung master.. haha.. pet senyum je dengan supervisor pet.. haha..

serius pet cakap.. pet sangat-sangat happy.. terutama bila ramai lecturer puas hati.. dan paling penting, supervisor pet.. tanpa dia, pet tak mampu pun buat semua benda tu.. dan benda ni buat pet rasa puas hati sepanjang 2 hari pet kurang tido.. mak pet pun sama-sama la jadi penggerak semangat pet sepanjang 2 hari ni.. hehe.. 

muka before present.. gelabah ni.. haha..
ni time pet present.. sempat record video sepanjang presentation :)

sekarang fokus final dan final editing final year project untuk submit selasa ni.. tabahkan hati.. dah tak lama nak habis.. :)

p/s: terima kasih Dr. Joseph, Dr. Patricia, Dr. Ong, Dr. Osumanu, Dr. Faizal, Dr. Marina dan semua lecturer dalam dewan :)

Thursday 6 June 2013

Slide final year

Salam..

harap-harap semuanya dalam keadaan baik sahaja.. haha.. di tengah-tengah pagi ni.. macam biasa.. tengah serabut siapkan slide presentation final year project pet untuk sekian kalinya.. haha.. sampai dah kena kejar-kejar dengan senior.. baru la pet buat.. haha.. effect supervisor tak ada sebenarnya.. haha..

dari hari selasa, senior pet mesej, call tanya slide.. bukan sorang.. tapi dah dua orang.. huhu.. last semalam.. esok, tepat jam 8 am mesti ada di lab patology.. pergh.. berdebar kot.. nak keluar beli makan pun dah terbantut.. ketakutan.. haha.. takut senior terserempak dengan pet.. mati la pet.. haha.. nak renew lesen pun batal serta merta.. haha..

salin mesej diorang untuk siapkan slide presentation

esok pagi kena present slide depan senior.. jam 8 am.. nak kena bawa laptop, full report, hardcopy dan sebagainya.. tengahari pula kena call supervisor.. dia depart dari kuching dalam tengahari.. dia dah pesan untuk pet call dia once dia sampai bintulu.. ok.. jadi esok seharian akan bersama senior dan supervisor.. huhu.. takutnya..

pet main buat je.. dekat 60 slide.. awalnya la.. main sumbat-sumbat je berdasarkan proposal presentation semester lepas..

1st kronologi slide
siap dah lewat.. pastu boleh pula pet melepak bilik kawan pet.. haha.. tengok diorang buat slide.. gosip kejap.. dinner la, balik la.. internship bagai.. balik la pet.. buat lagi slide.. cut few points.. then tinggal dalam 30 lebih la.. tapi tak masuk reference dan appendix pun lagi.. haha.. tengah buat, kawan mesej pula.. cakap esok kena hantar hardcopy full thesis.. lagi la cacing kepanasan dalam bilik..  terus keluar pergi farley dengan kawan..

tapau makanan untuk jadi peneman tak perlu tido

then tengah-tengah membeli belah, kawan-kawan lain call pet.. untuk sahkan penghantaran hardcopy esok.. pet malas nak jawab.. pet angkat dan suruh kawan pet jawabkan.. haha.. sebab rasa macam tertekan.. suka-suka je ubah tarikh.. wuuu.. stress kot tadi.. dah la hujan.. dengan meja bersepah.. silap print bagai..

teruk betul meja pet.. hidup dengan kertas-kertas bersepah dalam sekelip mata
jeng jeng jeng.. siap 1 hardcopy.. tu pun banyak kali print.. perabih ink sungguh.. XD

jadi.. itulah kisahnya.. kepala dah pening.. tapi tengah editing slide lagi.. masih tak praktis lagi.. macam mana la nak present esok depan senior? huhu.. tabahkan hati.. esok nak kena ambil slip final lagi.. haih.. banyak kerja.. lecturer pun nak jumpa esok juga.. pergh.. berderet-deret esok.. huhu

sekian

Wednesday 5 June 2013

Wednesday blues!



Who cares when I hurt? you hurt me!

Tuesday 4 June 2013

Anjing Taman Li Hua

Salam..

ok.. ni entry sedih.. haha.. semalam.. dalam jam 8 pm.. pet boring kat bilik.. bercadang nak pergi kepsi yang dekat dengan farley.. then keluarlah pet.. berhenti dah kat kepsi farley tu.. ramai la pula orang.. terus tukar pergi kepsi kat town.. pun sama ramai.. last sekali singgah pizza hut kat pcm.. beli ayam je pun.. sangat-sangat tak value duit untuk pet.. haha.. *tapi ayam tu sedap* haha..


sebenarnya pet tak lapar pun.. sebab dalam jam 2 pm pet dah pergi makan kat singapore chicken rice.. the worst lunch ever! haha.. mungkin sebab gawai.. jadi ramai sangat.. meja tak kemas, ayam tak masak dan rasa sangat masam.. *pet tak toleran masam* haha.. dalam jam 6 pm memang sakit perut la.. haha..

ok.. bukan nak cerita pasal makan.. pasal lain ni.. sejak pet keluar malam beberapa hari ni, pet selalu kena kejar anjing kat taman li hua.. stress betul pet.. menjerit-jerit pet.. tapi semalam paling dasyat.. hampir tergolek dan eksiden kat situ.. rasanya tadi jeritan paling kuat dan panjang pernah dicatatkan oleh pet.. haha..

macam ni ceritanya.. haha.. pet tengah dengar lagu sambil bawa moto.. on the way balik la ni.. tiba-tiba.. datang seekor anjing kejar pet.. pet yang stay steady kat lorong tu mula cemas.. masuk lorong satu lagi dan sampai ke gigi jalan lorong satu lagi.. sikit je lagi nak tergolek.. dengan kereta kat depan siap high beam lagi.. anjing tu kejar kaki kiri pet.. disebabkan cemas, dengan menjerit.. dengan tak dapat kawal moto.. memang hampir eksiden.. kalau eksiden tu, memang sia-sia je la.. demi beli makanan yang tak lapar pun.. 

sampai je upm, of course tak dapat jalan.. sakit tangan sebab terpaksa bawa moto dengan kelajuan mengejut dan waktu hampir tergolek banyak guna kaki kanan time terkejut.. sakit tu jangan cakap la.. nak balik bilik, memang seret je la kaki.. haha.. nak typing blog ni pun sejam kot.. haha.. 

bila update ni, teringat kata seseorang.. kata dia.. pet ni sakit-sakit pun gigih nak update blog.. haha.. tapi tak la gigih sangat pun.. minggu lepas pet jatuh moto 2 kali tak pun pet update masuk blog.. haha.. blog ni ikut masa pet.. ada free dan terasa nak update, pet update.. haha.. tapi setiap hari nak update.. tapi tak ada masa nak typing.. haha

sekian ^^

Monday 3 June 2013

Open house_Gawai

Salam..

masih dalam mood gawai.. walau pun pet tak sambut pun gawai.. hehe.. semalam, lecturer pet jemput rakan-rakan sekelas pet ke rumah terbuka beliau.. pet yang kononnya tak nak pun pergi, last-last pergi la pula.. haha.. kitorang bertolak ramai-ramai dalam jam 1.10 pm macam tu la..

rumah lecturer pet, tak jauh pun sebenarnya.. dalam 15 minit sampai la.. dari UPMKB ni.. haha.. sampai je, terus la makan.. serius cakap.. sedap betul :)

ok.. sebenarnya gambar ni dah rotate.. tapi entah kenapa macam ni.. haha.. ni menu ayam lapis dengan cheese! sedap
ni feberet all the time.. seaweed kerabu! haha.. dari dulu kegemaran.. haha

sedap sangat menu kat rumah lecturer pet.. makan kek lapis lagi.. borak-borak pasal presentation final year project 7 Jun ni.. soalan-soalan yang berpotensi untuk ditanya dan sebagainya.. cara jawab juga.. haha..

ok.. ni kami semua yang pergi.. bersama-sama lecturer.. hehe

oh ya.. semalam juga dah start student diploma yang baru masuk.. tadi time pet nak keluar beli air kat farley, terserempak dengan ayah kepada student diploma yang baru.. kira adik tu stay blok pet la.. ayah dia sembang dengan pet.. dia risau anak dia sorang dalam bilik.. pet senyum ja.. tak tau nak respond apa.. pet just cakap, jangan risau.. sebab ramai BSBI sem 4 aras anak beliau.. hehe :)

p/s : minggu study week = minggu pendaftaran pelajar baru untuk diploma dan pra diploma.. *mohon keadaan blok dalam keadaan tenteram sepanjang kami final* :)


Sunday 2 June 2013

Strength~

Salam..


entah kenapa, rasa nak update lagi.. mungkin ni entry lebih kepada perasaan kot.. haha.. dah setahun lebih berlalu kes eksiden pet.. tapi sampai sekarang, pet masih tak pulih sepenuhnya.. kadang-kadang, bila sakit.. mesti akan hadir perasaan marah sebab kecuaian orang yang melanggar pet, buatkan pet cedera macam tu.. 

kadang-kadang.. bukan tak redha.. tapi kesakitan tu buat pet ingat semuanya.. walau pun pet tak dapat ingat sepenuhnya kes kemalangan tu.. tapi ramai saksi di tempat kejadian.. sudah cukup untuk buktikan kebenaran.. walau pun orang yang melanggar telah pun di denda atas kecuaian dia, tapi.. kesakitan yang pet dapat, entah bila akan hilang.. doktor cakap semuanya akan pulih dan fisioterapi cakap 3 tahun akan pulih.. tapi pet masih samar untuk nampak perubahan tu..

setiap hari pet berdiri dan bercakap dengan diri sendiri untuk jadi kuat.. sekuat-kuatnya.. walau pun kadang-kadang pet tersungkur juga.. bukan mudah nak mengharungi hari-hari yang penuh kesakitan.. kuatkan hati.. kuatkan semangat.. walau pun sakit, pet tetap bersabar.. pet tak nak pun orang tahu kesakitan pet.. terutama orang-orang yang pet sayang..

cuma.. pet berharap pet lebih mampu berdiri di atas kaki sendiri.. pet mampu jadi macam dulu.. pet kuat macam dulu.. haha.. tapi entah la.. cuma pet bersyukur, kekuatan yang ada masih kuat untuk terus menghadapi kesakitan yang sentiasa nak teman pet setiap hari.. baik sungguh kesakitan ni.. tak nak pisah dengan pet.. haha.. :)


Saturday 1 June 2013

Paraben

Salam..

hari ni, nak share tentang cik "paraben".. hehe.. ni la salah satu topik presentation pet hari rabu hari tu.. pernah dengar pasal paraben? haha.. feymes ni cik paraben ni.. boleh dikatakan dalam semua benda yang kita guna dalam daily life ada paraben..

paraben ni sejenis chemical or more to fungicides yang digunakan untuk extend life sesuatu product dalam mengawal percambahan or pembiakan bacteria, fungi dan sebagainya.. selalunya paraben ni wujud secara semula jadi juga.. macam dalam barli, tomato dan sebagainya.. tapi nilai yang ada tu sedikit berbanding yang kita buat dan letak dalam product..

paraben ni, selalunya banyak dijumpai dalam barang kosmetik.. sebenarnya makanan pun ada.. tapi mostly dalam kosmetik la.. krim, losyen, deadorant dan sebaginya.. zaman dulu kita guna folmadehyde untuk preserve barang tersebut tapi digantikan dengan paraben sebab kos rendah..

effect paraben ni, dia boleh mimic hormon estrogen dalam badan.. macam breast cancer, disebabkan estrogen kan.. jadi paraben ni mampu tingkatkan dan contribute to breast cancer.. dan banyak research dah dibuat untuk menunjukkan sumbangan paraben kepada breast cancer.. contohnya bila kita apply deadorant, dia meningkatkan 10x penyerapan paraben sebab sapu di kulit kan.. di masa yang sama, dekat dengan situ.. mohon paham sendiri.. haha..

walaupun isu paraben ni dah lama, tapi entah la.. banyak produk yang kita guna ada paraben.. jadi, mari sama-sama kita mengurangkan penggunaan product yang ada paraben.. nak cari "paraben free" bukan mudah.. ada.. tapi 2x ganda harga or maybe lebih lagi.. tapi prevention is better than cure right? and sharing is caring.. hehe

p/s: dapat messages dari lecturer "pet, thanks to ur presentation on paraben, i'm more careful on my choice of items"