Wednesday 24 June 2015

8

Salam..

Selamat menyambut ramadan al mubarak.. hehe.. lewat pula rasanya, dah hampir seminggu kita berpuasa di bulan ramadan.. cepatkan masa berlalu.. hari ni je dah 7 ramadan 1436 H.. malam ni juga malam ke 8 terawikh.. sebut pasal terawikh ni, pet berazam nak terawikh betul-betul semester ni.. haha.. bukan mudah nak nampak muka pet di Pusat Islam, UPM.. haha.. Alhamdulilah, masih gigih pergi dan semoga pet tetap gigih sepanjang pet di sini..

oh ya.. proposal presentation/proposal defense pet pada 15 Jun yang lepas.. tiada yang istimewa tentang proposal pet.. kena cincang dengan lumat.. haha.. pet present dalam 10 minit, pet disoal dalam 25 minit.. nampak tak? haha.. berdebar pet kena hari tu.. bertimpa-timpa la juga.. :P

pet juga minggu ni secara official bertukar supervisor.. official di peringkat fakulti, belum sgs serdang lagi.. tapi Alhamdulilah, urusan pertukaran dipermudahkan.. permohonan pertukaran baru submit minggu lepas dan minggu ni baru tahu jawapan.. isu pertukaran ni dah berbunyi dari bulan April.. tapi keberanian nak bagitahu supervisor lama adalah di awal bulan Jun.. haha.. kenapa pet tukar? biarlah pet sahaja yang tahu.. bukankah berhijrah itu lebih baik? hehe

sekarang pet lebih kepada draft kerja-kerja pet sebelum balik beraya.. Alhamdulilah juga, cuti dah approved! yeay! insyAllah pet akan pulang pada 8 Julai dan kembali ke UPM pada 29 Julai.. 3 minggu cuti! lama dah pet tak balik semenanjung.. just balik untuk konvokesyen bulan November tahun lepas.. sekarang playlist dah jadi lagu raya.. haha..

ok la.. pet kena siapkan banyak benda hari ni.. till we meet again :)

taaadaaaa.. kad matrik baru :)