Sunday 29 September 2013

Gelombang demam kedua

Salam..

terlepas entry semalam.. ingat nak buat entry penutup sempena week ke 9 berada di Thailand.. haha.. tapi demam.. dari office, pet diam je.. tido kejap juga di lab tempat kami discuss.. sebab terlalu sejuk.. tak buka aircond pun dah sejuk.. pet menggigil-gigil bila di rumah.. 

waktu di office, tak dapat la nak layan May.. haha.. pet diam dan iakan saja percakapan dia.. pet senyum ja.. lama-lama kawan pet bagitahu.. mula la adegan panas la, sick la.. panadol la.. haha.. budak kecil memang macam tu.. haha.. time lunch dia bagi buah apa ntah.. untuk legakan sakit tekak.. dia bagi dalam lab.. memang pet takut nak makan la.. haha.. lab tu dah la tercemar dengan Ethidium Bromide.. hehe.. tapi pet tak cakap macam tu la.. pet cakap makan nanti.. haha.. kawan pet makan memang kelat.. tapi bila minum air terus manis.. unik kan buah tu :)

balik ja dari office, pet letak barang semua dan buat apa-apa yang patut then terus ke atas katil.. basuh kaki, muka semua.. pakai stokin, pakai sweater, selimut bagai.. then letak kool fever.. ada la sejam dua.. lepas tu menggigil-gigil lagi.. tapi pet golek pula atas lantai.. haha.. style betul :P kawan buatkan bubur nasi semua.. pet pun makan dan makan panadol.. malam semalam memang tidur atas lantai la.. then bangun pagi makin teruk pula.. makan lagi panadol.. lepas tu pergi shopping.. sekarang, balik demam balik.. huhu.. mau habis sepapan panadol.. :(

oh ya.. pet sempat google cara sembuhkan sakit tekak.. sakit tekak memang seksa ya amat.. lepas tu batuk.. tambah lagi dengan demam.. haha.. 

pet baca listerine, lemon, madu dan strepsil mampu meredakan sakit tekak
in the making.. madu di kiri dan perahan lemon di kanan.. dalam air suam
bila dah dicampur madu.. pet letak satu sudu.. serius cakap.. seksa nak habiskan.. huhu
habis sudah seksaan segelas madu lemon.. haha

sekian ^^

Thursday 26 September 2013

Berita separa terkejut dari kampus

Salam..

pet baru sudah makan.. Alhamdulilah.. kenyang.. haha.. tadi time nak turun tolong kawan masak, pet terbau sesuatu.. sesuatu yang mengingatkan pet kepada menu yang pet suka somebody masak.. haha.. nampak tak deria bau bukan main kuat lagi sekarang.. haha.. rasanya kalau buka hard disk, ada kot gambar somebody punya masakan.. think so la.. tapi kalau buka nanti sedih.. dan lapar juga.. jadi jangan buka.. hehe.. gitu..

ok.. berpadanan dengan tajuk di atas.. pet dan kawan-kawan dapat berita agak mengejutkan dari kampus pet.. haha.. lepas selesai kerja incubate sample fungus dalam water bath.. kitorang sembang-sembang.. pet macam biasa, melayan May.. haha.. cerita tentang kampung dia.. maklum la esok lepas kerja dia nak balik kampung dia.. dalam 300 km dari Chiang Mai.. kampung dia nama Nan kot.. ke Nen ntah.. kira macam daerah la.. lebih kurang.. pet sempat la lukis minion kat kuku dia.. haha.. habis kuku dia pet conteng sebab dia yang beriya suruh lukis :D

rasa jari pet pun dah putih macam jari dia :P *perasan*

paling tak boleh lupa.. "this is awful minion!" nampak tak kejujuran dia.. haha.. mentang-mentang pet tak pandai melukis, teruk kena bahan.. haha.. ok.. meh sambung kejutan email tu.. email tu daripada staff Bahagian Hal Ehwal Pelajar, kampus pet.. dengan erti kata lain, unit HEP la tu.. haha..

dalam email tersebut, *pet ringkaskan*.. notis pemberitahuan la kiranyanya.. dekan fakulti pet, akan datang melawat pet dan kawan-kawan yang sedang berinternship di QSBG, Chiang Mai, Thailand pada awal bulan Oktober.. tarikh sebenar masih dirahsiakan.. err.. bukan rahsia, tapi akan diberitahu kemudian.. staff tersebut minta kami memberitahu staff yang jaga kami.. erti kata lain, supervisor yang handle kami di sini.. gitu.. haha..

nampak tak kejutan tu? haha.. dekan fakulti sendiri nak datang melawat kami kat sini.. haha.. serius cakap.. pet risau juga.. haha.. kawan-kawan pet cakap, dekan ok je.. haha.. entah la.. pet masih menunggu email balas dari staff untuk tarikh sebenar dekan datang.. oh ya.. disebabkan email tersebut dihantar kepada kami bertiga, jadi hanya seorang sahaja yang membalas email tersebut.. kita tunggu tarikh sebenar.. haha..

sekian ^^

Wednesday 25 September 2013

Cerita 25 September 2013

Salam..

kadang-kadang rasa blur nak create topic entry.. haha.. jadi letak topik macam tu.. haha.. biar mudah untuk mencampur adukkan entry.. haha..

jadi.. sepanjang hari ni, pet buat DNA Plant Extraction untuk 6 sample fungus.. kira kami bekerja 4 orang.. pet dan 2 kawan termasuk seorang staff.. tak lain tak bukan.. si May.. haha.. macam-macam jadi sepanjang hari ni.. pet tak dapat keluarkan botol dari tong liquid nitrogen la.. kawan pet tertumpah sample ada Buffer PL atas meja.. jam automatik tak berfungsi dengan baik.. result bawah suggestion Amino Acid concentration.. bla bla bla..


tu tak kira May menari dalam lab lagi.. haha.. siap bertango dengan kawan pet seorang lagi.. haha.. tambah pula dia staff yang muda.. ada degree.. kira pegawai la kan kalau kat tempat kita.. baru 22 tahun dah pegawai.. pet ni apa pun tak ada lagi.. belajar pun tak habis lagi.. muahaha.. :D 

May ni macam budak-budak.. pegawai mudakan.. haha.. kami pula seronok layan kerenah dia.. terutama pet la.. haha.. pet layan je dia.. ikut je dia.. haha.. pet ni tempat kena cubit, ketuk-ketuk, calit mencalit dan semuanya la dengan dia.. haha.. ikut suka dia la nak buat apa dengan pet.. tu tak kira dia usik pet time buat kerja.. haha.. May ni memang kelakar kot pet rasa... haha..

dalam masa yang sama, dia baik hati.. balik dari lunch, dia belikan kami kuih lapis makan sama-sama dalam lab.. sama-sama makan dengan fungus.. haha.. dah la banyak sample Fusarium spp. dan penyakit-penyakit lain.. haha.. tu tak kira lagi planning dia untuk minggu depan dan kedepan.. nak tengok wayang.. nak mandi air panas dan macam-macam.. tu tak masuk plan Duck lagi tu.. Duck lagi slumber.. depan orang ramai cakap pet awek dia.. haha.. pet pun layan je la.. adik-adik katakan.. haha..

May dan Duck ni 2 karekter berbeza.. walaupun sebaya.. Duck lebih kepada study.. nanti dia mesej cakap nak pergi library, nak buat homework.. kemain rajin orang yang buat master ni.. haha.. berbeza dengan May.. May mungkin sebab dah kerja.. life dia agak berbeza..

tapi jujur la pet katakan, pet happy kenal mana-mana staff or kawan di Thailand.. sebab dapat belajar macam-macam.. dalam masa yang sama, nampak keikhlasan dalam berkawan diorang.. time nak tolong, memang tolong sebetul-betulnya.. haha.. 

ok la.. sambung layan movie.. Curse of Chucky :)

Tuesday 24 September 2013

Week 9 story

Salam..

semoga anda sihat-sihat sahaja.. hehe.. pet pun tak pasti nak update apa hari ni.. plan banyak, tapi nak mengarang ayat tu yang membuatkan pet malas nak menaip.. haha.. gitu.. at least jujur dari hati :P

jadi hari ni masih lewat ke tempat kerja.. tapi awal sikit dari hari isnin la.. hari isnin masuk kerja dalam jam 10.30 am waktu Thailand.. stylekan.. haha.. hari ni dalam 9.30 am waktu Thailand.. haha.. nak dijadikan cerita pula, office pagi ni blackout.. memang tak dapat la nak run DNA Plant Extraction.. jadi ditunda ke esok.. 

hari ni just menghabiskan masa buat slide untuk check Miniloid Rhizoctonia spp.. malangnya masih tak ada.. jadi duduk dekat meja pegang buku fungus then mula la mengantuk.. haha.. nak di jadikan cerita, pet sempat terlelap dalam 5 minit kot.. sebab mengantuk tahap entah nak cakap macam mana.. haha.. tambah bosan mengadap buku-buku atas meja :P

oh ya.. kisah hujung minggu kami beberapa hari lepas dah sampai ke Dr. An.. siap dia tanya lagi pagi tadi pasal weekend kitorang.. haha.. kebetulan May sebelah pet, pet pun tanya la macam mana Dr. An boleh tahu.. dia dengan bestnya cakap dia yang cerita dengan Dr. An.. haha.. sabar je la.. May ni.. haha.. sampaikan Dr. An pun suggestkan tempat-tempat untuk kami makan dan berjalan-jalan :P

Minggu lepas, Dr. An bagitahu kawan muslim dia makan McDonald, Burger King dan lain-lain fast food.. tapi ayam dengan seafood je la.. sebab memang dari company yang halal.. kalau tak silap pet, CP punya brand.. pet pernah google pasal KFC dan lain-lain.. dia cakap, memang ayam yang digunakan ada logo halal.. cuma nak dapatkan pengiktirafan halal tu susah sebab kena ada pekerja Islam dan sebagainya.. so memang agak susah untuk mereka memperolehi logo tersebut.. dan pet pernah tanya sendiri dengan manager KFC sini dan jawapannya halal.. 

apa-apa pun semoga tiada makanan yang tak halal masuk dalam tekak pet.. amin..

sekian ^^

Monday 23 September 2013

Weekend 22 September 2013

Salam..

pet nak sambung entry semalam.. haha.. cerita cuti pet hari ahad pula.. haha.. i will make it short sebab tengah layan movie.. haha.. dalam masa yang sama, agak penat.. haha..

disebabkan terlalu penat hari sabtu hari tu.. dalam jam 12.30 pagi waktu Thailand baru tido kot kat guest house tu.. jadi bangun tu memang la lewat.. maybe dalam jam 11.00 pagi baru mandi kot.. jam 12.00 tengah hari baru gerak pergi makan lunch kat tempat selalu.. sedap la kan.. haha.. kalau tak silap pet makan nasi briyani ayam goreng.. pet tak ingat harga dan wanton sup dengan harga 40 bath.. sedap! haha..

Wanton sup tu sedap sangat! puas hati.. hehe

siap makan semua, kami naik tuk-tuk ke CIMB branch.. kawan pet nak singgah Cosway Thai.. lebih kurang 80 bath.. Cosway tak jumpa, jadi kawan selesaikan urusan dia di CIMB dan naik van ke Tesco Lotus Ruamchok.. dalam 100 bath.. sampai sana, shopping la.. haha.. makan ais krim Swensens juga.. sedap! haha.. pet makan Oreo Brownie 125 bath.. 

Tesco Lotus
Swensens
Oreo Brownie.. sedap!

dalam jam 6.30 petang staff datang ambil.. singgah Makro kejap beli ayam dan balik ke QSBG.. sempat la beli blender untuk memasak di rumah.. haha.. malam semalam juga kawan pet masak nasi ayam.. sedap juga! haha.. ok la.. sampai di sini entry hari ni.. haha.. 

ni barang pet borong di Tesco Lotus dan Makro.. 670 bath rasanya..

sekian!

p/s: sejak kenal May dan Duck, rajin betul diorang mesej dalam facebook untuk tempat makan halal.. Alhamdulilah.. walaupun mereka bukanlah beragama Islam, tapi baik betul :)

Weekend 21 September 2013

Salam..

pet baru lepas mengemas bilik dan basuh baju.. penat betul hujung minggu ni.. haha.. dengan macam-macam benda berlaku dalam sekelip mata.. rasanya entry ni mungkin dah jadi entry travel kot.. haha.. penuh gambar entry ni.. ringkas dan mungkin mengarut.. haha.. mulakan dengan kisah semalam.. 21 September 2013..

pet tak tahu jam berapa staff nak datang ambil dan hantar ke bandar Chiang Mai.. kami semua plan nak tido di tempat biasa.. Kalare Night Bazaar.. macam biasa.. 500 bath semalam.. staff datang time pet baru sudah mandi.. baju pun tak kemas lagi.. apatah lagi tempat tido yang masih berselerak bantal.. haha.. memang macam lipas kudung la pet.. main campak-campak dan sumbat-sumbat..

dalam sejam sampai la kami di tempat yang nak dituju.. kebetulan semalam janji dengan staff untuk jalan-jalan.. May cakap kalau datang Chiang Mai tak pergi Doi Suthep Temple tu bukan datang Chiang Mai la.. haha.. jadi kami naik van ke Chiang Mai University dengan kos 80 bath.. May dan lagi 2 kawan dia yang pet lupa nama adalah graduan situ..

sampai ja sana, memang lapar.. May cari kami yang entah pintu mana kami berhenti.. haha.. kami pun makan dulu di kedai islam.. makan tom yum seafood dengan kos 69 bath dan nasi putih 10 bath.. tu kira menu pet la.. ada la dalam 5 minit kat kedai tu, May dengan 2 lagi kawan dia sampai.. kami pun makan bersama-sama..

Tom Yam Seafood dan Nasi Putih menu lunch pet

lepas makan, kami gerak naik.. dalam 10 km kata May.. kos seorang 80 bath pergi dan balik.. best! dah sampai kena mendaki 300 anak tangga.. bergambar puas-puas.. dan mereka bertiga solat kejap.. err.. agama diorang.. pet tak pasti macam mana.. hehe.. lepas sampai di kampus diorang, 2 kawan May balik.. tinggal May dan kami bertiga..

dalam perjalanan mendaki 300 anak tangga
sikit lagi nak sampai.. hehe
pemandangan separuh Chiang Mai dari temple ni..
ada tarian dalam kawasan temple
pet suka gambar awan tu :D
kami ber-6.. edy, mok, pet, lupa nama, lupa nama, may.. haha

May bawak kami naik kereta elektrik dalam kampus dia.. free la kan.. haha.. besar tu jangan cakap la.. semua ada.. haha.. turun la kat pintu mana ntah untuk makan ais krim.. sedap aiskrim tu.. hehe.. sambil makan sambil tunggu seorang lagi kawan May.. nama dia Duck.. sebaya May tapi tengah further Master dalam Environmental Science.. InsyAllah bulan 5 tahun depan dia akan ke Sabah.. jadi gigih la belajar bahasa kita :P english dia memang fluent! haha..

Chiang Mai University
Homemade Ice Cream.. sedap :)

Duck bawa kami ke restaurant sushi halal di kawasan kampus dia.. kampus diorang la senang cerita.. haha.. macam biasa guna kenderaan free kampus diorang.. haha.. lepas tu makan la kat situ.. Bento Sushi.. sedap! hehe.. pet lupa harga pet makan tom yum special udon tu.. rasanya dalam 55 bath kot.. haha.. lepas tu kami jalan-jalan di sekitar pasar situ.. Duck belikan kuih tradisional untuk kami rasa.. hehe.. oh ya.. datang lagi seorang kawan May.. pet lupa lagi nama.. yang ni cikgu.. semua ni sebaya.. sekelas.. haha.. baru habis belajar.. Januari tahun depan konvo.. cuma Duck further master.. May dan seorang lagi terus kerja.. hehe..

Tom Yum Special Udon 55 bath
Duck dan May.. licin kami makan :D
Kuih Tradisional Thailand.. pet lupa nama :P

lepas penat berjalan-jalan.. kawan May yang pet lupa nama bawa kereta hantar kami ke Kalare Night Bazaar.. kat sini diorang ajak makan McDonald.. memang kenyang la.. pet just minum Chocolate Fizz ke apa ntah nama.. 100 bath kot.. mahal.. haha.. lepas tu dalam 10.30 pm waktu Thailand, diorang pun balik ke kampus.. tinggal la kami jalan masuk tempat tido.. haha.. tapi pet sempat la tapau Rotee Sweet dengan harga 20 bath.. tu la cerita semalam.. hari ni punya cerita, esok pet taip.. hehe.. 

mahal ni.. 100 bath.. lebih kurang rm10 kita
sesi tengok gambar dalam henpong :P
Rotee Sweet 20 bath

sekian ^^

Thursday 19 September 2013

Cerita 19 September 2013

Salam..

mari meneruskan sesi update sambil pause sebentar World War Z.. haha.. best cerita dia.. terbantut entry pet.. haha.. oh ya.. hari ni masih menyelesaikan kerja-kerja minggu lepas.. esok dah kena buat DNA extraction.. continue sample lain pula.. semoga esok baik-baik sahaja.. haha..

err.. sambung balik.. pause untuk sidai baju, solat dan tengok WWZ kejap.. haha.. boleh pause sebentar.. hilang feel layan WWZ.. haha.. meremang bulu roma terkejut adegan-adegan dia.. haha.. tambah pakai headphone pula.. lagi power la bunyi dia.. haha.. gambar pula BluRay.. memang cun melecun la kan.. haha.. 

oh ya.. esok genap 2 bulan pet menetap di Thailand.. awal bulan depan Visa pet pun tamat.. nak kena renew.. haha.. tu la.. sedar tak sedar dah 2 bulan.. 3 month to go la macam tu.. haha.. kejap pula masa berlalu.. bila sibuk ja di office a.k.a lab.. haha..

pet juga terlepas untuk kali kedua majlis Anugerah Kepujian Dekan.. haha.. kenapa la tak tunggu semester depan? haha.. terlepas 2 kali.. grr.. haha.. tak pe la.. tak ada rezeki.. haha.. nanti pergi tuntut sijil dekat Akademik je la.. haha.. tak dapat la scroll dekan tu.. hehe..


ok la.. nak sambung tengok WWZ dengan penuh kusyuk.. haha.. selamat malam :)

Wednesday 18 September 2013

Cerita Plant DNA Extraction

Salam..

lama pet tak update blog.. ni pun boleh tahan malas nak menaip.. haha.. buat masa ni agak sibuk di office.. hari isnin hari tu kena marah dengan supervisor a.k.a Dr. An sebab masuk kerja jam 10 am waktu Thailand.. haha.. tapi tu la.. dia nak marah banyak pun tak boleh sebab staff yang ditugaskan ambil kami lambat.. kami semua 8.30 am dah tunggu kat rumah.. sebab tahu masuk office jam 9 am.. haha..

kes kena marah ni berlanjutan ke staff bahagian muzium kot.. staff-staff yang memang rapat dan memang handle pasal kami pun call unit kenderaan untuk pastikan ambil kami on time dan elakkan kejadian "kena marah" terjadi sekali lagi.. haha.. tak la kena marah.. tapi kerja banyak dekat lab.. sampai lambat, lambat la siap.. sini 9 am - 4 pm kerja.. waktu Thailand.. sila tambah sejam untuk waktu Malaysia.. haha.. tu tak tolak waktu lunch lagi.. 12 pm - 1 pm..

oh ya.. dari hari selasa memang sibuk dengan Plant DNA Extraction.. macam nak menangis buat semua tu.. nak harvest fungus, letak liquid nitrogen, pecahkan, letak segala chemical itu ini, check kepekatan dan semuanya before run PCR.. kira semalam hari try and error depan Dr. An dan seorang lagi pegawai.. nama dia May.. yang ni muda.. baru 22 tahun.. baru habis degree dan jadi pegawai di situ.. dia agak kelakar.. suka betul cubit pet.. pet pun tak paham.. haha.. tapi dia tukang cover kalau kitorang silap step time tu.. haha.. sebab Dr. An ni tegas.. tapi kalau dia marah kejap je.. dalam beberapa minit dia buat lawak balik.. haha..

yang duduk tu Dr. An.. yang bantu kami ni May

jadi selepas proses try and error semalam, hari ni kitorang harvest 6 fungus.. Dr. An cuti.. jadi kitorang buat sendiri.. apa lagi kan.. check Purification dengan Amino Acid guna NanoDrop 2000.. boleh pula Amino Acid tu rendah.. May siap cakap lagi, esok mesti Dr. An marah sebab bacaan rendah.. haha.. kitorang pun senyum je la.. dalam hati terketar-ketar nak mengadap esok.. haha..

balik pula singgah pasar orang bukit.. ni memang borong sakan la.. pet pun habis 50 bath kat sini.. beli jajan dah 20 bath.. beli pak tunku 10 bath dan salad 20 bath.. ok la.. bila lagi nak membelikan.. haha.. sebenarnya banyak entry pet nak update dari hari jumaat lepas.. tapi pet malas nak menaip.. pet tengok movie dan main game.. dalam masa yang sama, pet sakit kepala.. mungkin penat bekerja kot.. haha.. 

ni la yang pet borong di pasar :D
salad yang ada macam-macam dengan sos mayonis ala-ala Thousand Island

sekian ^^

Thursday 12 September 2013

Cerita 12 September 2013

Salam..

mari meneruskan sesi update blog malam ni.. update sambil ditemani hujan lebat serta guruh dan kilat.. haha.. jadilah kan.. hehe.. hati pun best.. AIS boleh diselamatkan dengan VPN.. memang terbaik.. haha.. sebenarnya dah sampai kuota broadband sini.. tapi masih laju untuk download.. kira ok la kan.. hehe.. tak tahu la sampai bila selamatnya :P

hari ni, lepas submit report ke Dr. An, terus ke town.. ambil laptop kawan.. dia format.. yang menarik, siap ada instruction bahasa thai di laptop dia.. tak boleh disable pula tu.. haha.. dengan kos 2 500 bath.. dengan pecahan 300 bath format dan 2 200 bath tukar hard disk WD 750GB kalau pet tak silap.. gitu la..

on the way balik, singgah beli nenas manis-manis.. err.. tu bacaan yang telah di translatekan dari thai ke bahasa kita.. haha.. 20 bath sebiji yang telah selamat dikupas.. sedap.. memang manis-manis sahaja.. haha.. lepas tu singgah ke 7 eleven.. kat sini banyak duit pet habis.. haha.. lebih kurang 126 bath.. haha.. beli 3 jenis sosej dan Hershey's Nuggets Cookies 'n' Creme..



ok la.. tengah tunggu movie ni sebenarnya.. dan tengah menanti orang Malaysia call.. haha.. semalam ada orang Malaysia excited dapat call lepas hampir 7 minggu pet di Thailand.. haha.. mentang-mentang seminit 7 sen.. bukan main suka dia call pet.. haha.. sampai habis kredit.. haha..

bye :)

Wednesday 11 September 2013

In doubt

Salam..

ya.. masih penuh keraguan.. haha.. lepas habis kerja jam 4.15 pm waktu Thailand, pet bergerak keluar dari R&D Center.. setelah penat merenung slide-slide, bermain lactophenol, mengadjust microscope, merenung bertimbun-timbun buku fungus dan seangkatan dengannya.. *susah jadi intern bahagian ni* maka, pet berjalan dengan semangat waja untuk ke Museum Department.. tunggu P'Korn dan P'O datang ambil.. kira dalam keadaan hujan gerimis mengundang..

sebahagian buku.. banyak lagi sebenarnya

sedang berjalan tanpa membuka payung, tiba-tiba entah macam mana.. sakit tu datang.. sakit paha la.. grr.. terus tak dapat jalan dengan baik.. serius sakit.. nak cakap tergelincir, amat jauh sekali.. apatah lagi terjatuh sebentar tadi.. hmm.. maka baliklah pet ke rumah.. sampai rumah sibuk buat rutin harian.. siap semua pet terfikir.. macam mana proses buang plat besi dalam paha pet.. 

oh ya.. pet ada merancang untuk buang besi tersebut tahun hadapan.. InsyAllah.. sebab pet tunggu waktu pet habis belajar.. sebenarnya ada besi ni sangat mencabar.. terutama tiap kali nak lalu imbasan kat airport.. grr.. kalau kat Malaysia senang nak cakap "cik, paha saya ada besi".. habis dah airport Thailand, paham pula nak cakap gitu.. huhu.. pet tak suka disentuh di airport.. stress je pet..

jadi lepas solat maghrib tadi, pet pun mula mengoogle tentang benda-benda berkaitan dengannya.. pet tertarik dengan 2 entry dari blog tersebut.. berkenaan besi di airport dan keperluan membuang besi.. memang tak dinafikan, besi ni agak mencabar.. haha.. malas nak cakap menganggu.. haha.. tiap kali lalu, memang akan berbunyi.. terutama bila pet perlu lalu imbasan tu setahun mungkin 8 kali.. setahun 2 semester.. 1 semester 4 kali naik flight.. haha..

jadi konklusi dari entry pertama tu berkenaan besi di airport tu.. katanya boleh dapatkan memo or surat dari Dr.. ok.. rasanya nak minta kot.. pet agak rimas lalu mesin tu.. jujur pet cakap.. pet rimas ya amat.. terutama waktu di Bangkok nak ke Chiang Mai.. dah la kena asingkan, kena tu, kena ni.. serius pet stress je masa tu.. nanti nak balik, kena lagi tahan di Bangkok.. huhu.. 

konklusi untuk entry keperluan membuang besi pula.. pet pun tak pasti apa konklusinya.. cuma yang pet berjaya paham dalam entry tersebut, tidak digalakkan.. entah la.. time pet sembang dengan staff fisioterapi, beliau cakap mudah dan galakkan buang.. sebab masih muda.. beliau cakap lagi Dr. akan buat 3 tebukan untuk tarik plat besi dari paha pet.. ok.. keraguan sudah bermula.. haha.. Dr. pula cakap selepas 2 tahun boleh buang.. Dr. cakap majoriti yang muda memang akan buang.. 

bagi pet pula.. pet kadang-kadang rasa besi ni yang sakitkan pet.. tu pun pet tak pasti la.. haha.. entah la.. pet rasa sakit bila ada besi.. sebab dia hanya serang atas paha dan bawah paha.. tak ada pula dia serang tengah paha yang patah tu.. atau mungkin pet sendiri dah tak tau beza.. haha.. entah la.. pet dah makin konpius.. yang pet fikir, macam mana nak berdepan di airport Bangkok 4 Januari nanti.. kena tahan, asingkan.. check itu, ini.. pegang itu ini.. hmm..

ok la.. sekian..

rujukan : Orthopedik Blog

Tuesday 10 September 2013

Ketakutan sendiri

Salam..

rasanya nak update sesuatu sebelum tido.. tak tahu la macam mana nak ekpresskan dalam penulisan blogkan.. sedih.. takut semua ada.. bercampur baur perasaan.. entah dari mana nak mulakan.. hmm.. pet baru lepas bercakap dengan mak pet.. agak lewat pet call.. pet kalau boleh hari-hari nak call.. sebab memang pet call mak pet hari-hari.. sekurang-kurangnya sekali sehari pet akan call mak pet.. walaupun hanya bercakap beberapa minit.. malangnya nak hubungi dari Thailand ke Malaysia sangat mahal.. mak pet pun tak izinkan pet selalu hubungi dia.. selalu mak pet akan hubungi pet selang beberapa hari..

oh ya.. pet sekeluarga dah dilatih dari kecil.. dari arwah abang sampai ke kakak.. mesti akan call arwah abah dan mak.. perkara biasa.. walaupun sekadar bertanya khabar.. pet juga orang yang suka bercerita dengan mak pet.. semua benda akan pet cerita.. dari A sampai Z.. selalunya pet tak pernah penat bercerita walau pun hal-hal kecil yang kadang-kadang mak pet suruh stop.. haha.. she know everything about me.. kalau ada benda pet rahsia pun, mungkin 10%.. or tak sampai pun.. 

ok.. berbalik kepada tujuan asal entry ni.. tengah-tengah cakap dengan mak pet, tiba-tiba mak cakap "tok cik timah meninggal semalam".. terkejut pet dengar.. arwah tok cik timah ni kira belakang rumah pet.. walaupun arwah sudah berumur 80 lebih, tapi masih kuat bagi pet.. arwah selalu juga datang jalan kaki ke rumah.. masa pet nak datang Thailand, anak arwah datang bagi pet kuih raya dan beberapa barang yang lain.. sedih bila ingat.. ye la.. yang hidup akan mati.. 

perkara yang paling pet takut suatu hari nanti, pet call nombor mak pet, tapi mak pet dah tak angkat.. tu yang paling pet takut.. ye.. yang hidup akan mati.. tapi.. entah la.. pet pernah kehilangan 2 orang dalam masa 40 hari.. selepas 40 hari abah pet pergi, abang pet pula.. pet sempat berjumpa dengan abah dan abang pet selama 16 tahun.. tu saja.. selepas tu, pet membesar dengan mak, kakak, nenek dan mak cik pet.. selang beberapa tahun, pet masih diuji dengan kehilangan nenek pet.. kali ni pet tak sempat melihat arwah buat kali terakhir sebab pet di Sarawak.. beberapa minggu sebelum final..

oh ya.. ni adalah salah satu sebab kenapa pet tolak permohonan ke Canada.. sebelum pet datang Thailand, pet dah berjanji dengan seorang kawan pet yang lain untuk ke Canada.. tapi atas sebab ketakutan pet sendiri, pet dah buat kawan pet kecil hati.. entah la.. dah berbaldi-baldi air mata.. dah tak dapat menaip lagi..

sekian

Kekalutan 10 September 2013

Salam.. 

seperti tajuk di atas, tentulah intipati blog hari ni berkenaan perkara tersebut.. haha.. kemain penggunaan bahasa pada malam ni.. hehe.. ok la.. mari mulakan cerita.. kejap lagi dah nak main game.. hehe :)

ditakdirkan pagi tadi hujan yang lebat.. pet masih seperti biasa.. 7.15-7.20 am mandi.. macam biasa la mandi tu sejuk.. haha.. water heater dalam toilet tu kurang berfungsi.. kalau bernasib baik, panas la air.. kalau dak, sejuk la hendaknya.. selalunya pet jarang bernasib baik.. jadi mandi la dalam keadaan sejuk ya amat.. hehe.. dah siap basuh baju dan segalanya, maka pet pun turun ke dapur..

time pet turun tu dalam 8.10 am la.. lebih kurang.. plus minus bagai.. lepas pet habiskan few round main temple run 2.. haha.. terus pergi sidai baju.. then kemas dapur.. kawan pet buat sarapan dan masak ayam stim untuk dibawa bakal.. pet panaskan nasi dan sambil makan pizza ready meal tu dengan kawan..

ada la 10 minit.. makan dan minum.. kawan pet pun naik la atas untuk mandi.. tinggal la pet sorang.. mengemas lagi.. tuang milo baru dalam bekas, rendam periuk nasi dan sebagainya.. tiba-tiba.. dalam jam 8.35 am.. dengar bunyi kereta datang.. dalam hati terfikir la, tak mungkin staff dah datang ambil.. selalu paling awal pun 8.50 am diorang datang.. tapi selalunya 9.15-9.30 am la.. haha.. otai masuk office lambat ni.. haha..

tiba-tiba hati rasa tak sedap.. pet pun jenguk la melalui tingkap ruang tamu.. boleh pula staff dah tercegat depan pintu.. haha.. pet apa lagi, lari naik atas la.. panggil lagi 2 orang kawan pet.. cakap kereta dah sampai.. haha.. kawan pet yang masak memang tak mandi la pergi kerja.. pet dengan seorang lagi ja.. haha.. kawan pet tu tengah main game kat bilik.. tup tup staff sampai.. main pakai je apa yang ada.. haha..

sepanjang dalam kereta, membebel la kitorang bertiga.. tak la bebel.. macam merungut la juga.. tak pernah-pernah datang awal macam ni.. haha.. dalam bahasa kita la.. jadi diorang tak paham.. haha.. kawan pet yang tak mandi, stress je la sepanjang hari ni.. haha..

moral of the story, entah.. pet pun tak pasti apa moral dia.. sebab bila siap awal, staff tak datang ambil.. haha.. question of the story, adakah esok diorang datang ambil awal lagi? haha..

sekian ^^

Monday 9 September 2013

Cerita Kool Fever

Salam..

tiba-tiba terasa nak update kejap.. haha.. few minutes before main game.. haha.. tu hobi kekal lagi tak dapat di ubah.. haha.. beberapa hari yang lepas, senang cerita la minggu lepas.. gitu.. minggu Malaysia nak sambut merdeka.. hehe.. pet demam.. misterinya, demam lepas balik kerja.. haha.. time keja tak nak lak demam.. haih.. saje je.. haha..


dah tak dapat tido bagai, cari la apa-apa untuk hilangkan demam.. alternatif untuk malas makan ubat.. selongkar sana, selongkar sini.. jumpa la Kool Fever beli few month ago la.. dalam bulan 6 kot pet beli kat Farley.. ada balance 1 je pelekat.. haha..

dengan riang ria.. pet pun pakai la.. Alhamdulilah.. esoknya dah baik.. tinggal sakit kepala ja.. so moral of the story, pakai la kool fever jika anda malas makan ubat macam pet.. haha.. dan question of the story, mana pet nak cari kool fever kat Thailand ni? haha.. perlu simpan dengan harapan, selamat tinggal ubat-ubatan XD

sekian.. main game pula.. haha..

Sunday 8 September 2013

Cerita 7 September

Salam..

selamat menghabiskan sisa jam hari minggu.. haha.. pet masih busy dengan aktiviti harian pet.. entah apa aktiviti pun pet tak pasti.. haha.. busy main gameboy emulator dalam laptop.. tengah ketagih main Bustin Out.. dulu feymes game ni di Nokia N'gage.. pet pernah addict main ni tahun 2005-2006 guna handphone kawan.. haha..

jadi minggu ni pet dan kawan-kawan masih stay dalam rumah.. haha.. just keluar hari sabtu dan ahad masih habiskan masa di dalam rumah.. haha.. semalam keluar jam 3.40 pm.. pergi hantar laptop kawan format dan staff tinggal kitorang shopping di Tesco Lotus Kumtiang.. ada la dalam 2 jam kot shopping.. ke tak sampai.. pet dah lupa.. haha..


siap beli, singgah makan kepsi.. pet makan twister dia.. serius cakap.. sedap! haha.. isi ayam banyak betul.. besar.. pet rasa macam kepsi Malaysia punya twister kurang sikit kot.. sini banyak, sedap dan berbaloi-baloi.. haha.. kalau ala carte dalam 69 bath kot.. pet ambil set dengan fries dan pepsi tanpa ais 89 bath.. ok la kan.. dalam rm 8.90.. haha.. *tak yah rujuk currency sangat.. hehe*



oh ya.. akhirnya pet beli belt baru.. jelly belt.. 100 bath.. sebab tak larat nak angkat seluar.. belt lama dah tak efisyen.. haha.. tu pun belt tu besar.. nak kena adjust sendiri.. haha.. semalam juga buat kali pertama spent dalam 522 bath untuk shopping barang di Tesco, makan KFC, beli belt dan beli fast food di 7 eleven.. kira ok la kan.. haha.. groceries, maybe dalam 700 bath seorang.. baru bayar 500 bath.. lagi 200 bath tunggu kawan buat belanjawan berapa tambah.. sebab rasa semalam spending almost 2 100 bath kot.. 



setiap minggu kitorang keluar seorang dalam 500 - 700 bath untuk makanan.. kitorang masak makan lunch.. kira bawa bekal la.. masak sarapan dan masak makan malam.. hehe.. selalunya pet simpan siap-siap 3 000 bath untuk makanan rumah selama sebulan :)

sekian!

Tuesday 3 September 2013

Entry malam :P

Salam..

bertemu lagi di entry kedua di hari yang sama.. haha.. entah la.. rajin pula update pagi-pagi dan before tido.. dah macam orang yang tak ada life pet ni.. haha.. mungkin pet bosan kot.. nak cakap dengan dinding kang orang cakap tak siuman pula.. nak cakap dengan laptop, kang laptop bercakap.. pet pula terkejut.. haha..

pet sebenarnya baru sudah makan.. lewatkan pet makan.. haha.. perkara biasa la.. haha.. dan baru lepas bergayut dengan mak.. haha.. miss my family so much.. haha.. sembang-sembang, mak cakap keluarga pet nak datang Chiang Mai bulan 11.. InsyAllah la kalau tak ada sebarang halangan.. family pet dan sepupu-sepupu pet juga.. rombongan cik kiah la katakan :P

kat sini, bulan 11 sampai bulan 3 kot musim sejuk.. tapi tak la turun salji.. pernah la staff cerita, suhu kat sini fall below 15 celcius.. terutama tempat pet duduk.. atas bukit kan.. selalu blooming bunga bulan 2 kot.. time tu pet dah tak ada la kat sini.. haha.. tapi yang pasti, boleh nampak hujan ais.. kata mereka lagi.. haha.. ada juga yang pesan supaya prepare baju sejuk.. pet rasa tak sejuk sangat kot suhu macam tu.. lebih kurang suhu air cond kan :P *kita tengok bila sampai masanya*

oh ya.. sembang tadi dengan mak.. pet cakap la nak beli dart board.. mak pet gelak je.. haha.. dia pun iakan.. siap cakap nak baling-baling dart dalam bilik la tu.. haha.. maklum la pet bosan kat sini.. serius pet cakap.. nak keluar, tengok bukit.. larat pula mata nak tengok bukit petang-petang.. haha.. pet dah listkan barang apa pet nak beli minggu ni.. paling penting dart tu la.. lepas tu plan nak beli keta control.. boleh main dalam bilik.. stylo k.. haha.. ada juga usha helikopter control tu.. berkenan juga.. tak pasai-pasai habis duit untuk benda merapu.. haha..

ok la.. pet dah janji dengan diri pet, jam 11.00 pm (Thailand) pet kena off laptop.. kalau dak sampai 1.00 pagi sini baru pet off laptop.. ish.. esok keja.. morphology identification! 

sekian :)

Keep Calm and Enjoy Blogging

Salam..


tiba-tiba rasa stress je.. haha.. suka betul pet stress benda yang tak jadi lagi pun.. haha.. tapi serius.. stress betul fikir semester depan.. grr.. haha.. maklum la, orang extend ni memang kelam kabut sikit.. masih ada 15 jam kredit berbaki untuk bergraduat.. banyak tu.. 5 subjek elektif perlu pet ambil untuk semester depan untuk mencukupkan 33 jam kredit untuk elektif..

kes dia, ada salah satu subjek yang besar kemungkinan pet ambil semester depan.. tapi mungkin ditawarkan semester sekarang.. sekarangkan pet praktikal.. memang nganga je la.. haha.. risau pet.. pet takut pet tak dapat habiskan 15 jam kredit terakhir untuk konvo tahun depan.. haha..

tapi rasa macam, malas nak tanya banyak-banyak.. keep calm and move on.. tapi harap sangat dapat habiskan 15 jam kredit tu semester depan.. sebenarnya boleh ja.. tapi pet ni kan kes khas.. extend semester.. jadual pet yang susah.. haha.. tak kisah la.. janji dapat habiskan.. ada staff suruh email untuk daftar kursus semester depan.. tunggu la sesi daftar kursus semester 8.. minggu depan baru buka semester 7.. jadi mungkin bulan 12 ni buka untuk pendaftaran semester 8..

so.. tunggu dan lihat macam mana.. haha.. harap sangat dipermudahkan untuk daftar kursus semester terakhir.. amin..

Monday 2 September 2013

Thailand to Malaysia

Salam..

rasa teringin nak update awal-awal pagi ni.. haha.. ni namanya boring terlampau.. haha.. pet kan pengguna AIS di sini.. jadi pet rajin la google berkenaan prabayar yang pet guna.. pet ada 2 nombor AIS dan 1 nombor TRUE.. AIS tu satu untuk kegunaan pet di sini dan satu lagi untuk broadband.. TRUE pula simpan diam-diam dalam bilik sebab sim kad free.. haha..

di samping pengguna broadband AIS, pet juga dapat free wifi di mana-mana sahaja dalam Thailand selagi di bawah AIS atau 3BB.. selalu kalau scan wifi jadi @AIS atau @3BB.. gitu.. haha.. tapi kapak la kan.. sebulan dalam RM86 duit kita la.. haha.. tu pun 4GB je kuota broadband untuk 3G dan unlimited kuota wifi.. haha..


tapi bukan tu pet nak cerita.. pet nak cerita tentang panggilan Thailand ke Malaysia melalui AIS.. dia ada 2 cara.. pet dah try kedua-duanya.. method pertama, menggunakan + 60 01* ******* yang berharga 10 bath/minute exclude 7% VAT.. so dalam 10.70 bath/minute la.. method kedua, menggunakan 00500 60 01* ******* yang berharga 4 bath/minute exclude 7% VAT.. dalam 4.28 bath/minute.. jadi method kedua lebih murah berbanding method pertama.. haha.. AIS Roaming

beberapa hari lepas pet guna method pertama untuk call rumah.. habis la 100 bath kan.. ada la 9 minit kot cakap.. ke tak sampai.. so agak mahal.. jadi hari ni googling lagi sampai jumpa sesuatu.. kod kedua.. padahal masa pet google hari tu ada je.. tapi tak nampak kot.. haha.. so call guna yang tu.. dalam 4 minit lebih dalam 17.61 bath.. lepas pet call family pet, pet call la somebody ni.. call nombor celcom tak dapat.. jadi pet call nombor maxis.. tak dijawab dan masuk voice call.. kena potong kredit.. sabo je la.. haha..

frust betul bila kena potong kredit sebab masuk voice call.. rasa geram je.. haha.. dah la memang tengah berapi seminggu lebih dah dengan orang yang nak dicall tu.. haha.. tapi tak pe la.. tak nak dah call.. call orang lain.. haha.. 

ok la.. selamat pagi!

sekian :)

Sunday 1 September 2013

End of August

Salam..

akhirnya Ogos melabuhkan tirai semalam.. semalam juga Malaysia merdeka.. Happy Independence Day Malaysia :) tahun ni sambut di Thailand.. haha.. pet ada juga cari bendera Malaysia di Tesco Lotus.. tapi tak jumpa.. maybe tak ada rezeki nak kibarkan jalur gemilang dalam bilik :) *first time semangat nak sambut merdeka - mungkin sebab jauh dari Malaysia :D

jadi minggu ni just ke Tesco Lotus Kumtiang, Chiang Mai.. staff ambil semalam jam 1.10 pm macam tu.. ada la kot dalam 2.00 pm sampai situ.. *pet agak la*.. haha.. then sampai, macam biasa.. kawan pet berdua nak makan kepsi.. pet nak pergi toilet.. toilet dia tingkat atas sekali.. sekali pergi toilet, keluar tu ada show.. depan main entrance nak shopping barang.. duduk melepak la pet kat situ.. dari belakang sampai ke depan sekali.. haha..

dah siap cuci mata, pet pun masuk shopping barang.. tak tahu sebenarnya nak beli apa.. dah 2 minggu pet mark dart board.. ingat nak pasang dalam bilik buat main time bosan.. lebih kurang dalam 300 bath la.. sedang-sedang size dia.. tapi malas nak beli lagi.. haha.. InsyAllah hujung minggu depan kot beli.. haha.. last sekali pet beli susu kotak chocolate Foremost *packaging dia nak macam Dutch Lady* dalam 12 kotak lebih kurang 120 bath.. tujuan utama beli sebab kaki sakit sangat dah.. maybe tak cukup kalsium kot XD

tula susu Foremost :D
 balik tu, kawan pet nak memasak.. jadi pet terus naik ke bilik.. kemas-kemas bilik then terus mandi.. sempat la makan donut sebiji.. dah siap semua, kawan panggil makan.. siap makan, sidai baju semua, pet dah memang tak larat dah.. maybe demam kawan pet berjangkit dekat pet kot.. pet rasa la.. haha.. dari tengah shopping sampai ke hari ni, pet rasa tak sihat.. semalam pun jam 2.00 pagi baru dapat tido.. 2.00 pagi sini, 3.00 pagi Malaysia la jawabnya.. haha..

beli 2 biji donut semalam
boleh la kalau lapar donut.. haha

hari ni pun pet malas nak masak sarapan untuk semua.. haha.. pet turun kemas meja makan dan dapur, basuh tu, rendam ayam dan masak air semua.. then pet balik bilik, kemas bilik.. dah siap semua, pet minum susu sekotak dengan makan corn chip kot.. haha.. lepas tu habiskan sebiji lagi donut.. dah habis pet duduk melepak ja.. serius tak larat.. panas, sejuk, panas sejuk.. dah macam permainan suhu pula.. haha

ok la.. esok keja.. masuk week ke-6.. cepat la masa berlalu.. nak balik Malaysia la :D

sekian!