Sunday 1 September 2013

End of August

Salam..

akhirnya Ogos melabuhkan tirai semalam.. semalam juga Malaysia merdeka.. Happy Independence Day Malaysia :) tahun ni sambut di Thailand.. haha.. pet ada juga cari bendera Malaysia di Tesco Lotus.. tapi tak jumpa.. maybe tak ada rezeki nak kibarkan jalur gemilang dalam bilik :) *first time semangat nak sambut merdeka - mungkin sebab jauh dari Malaysia :D

jadi minggu ni just ke Tesco Lotus Kumtiang, Chiang Mai.. staff ambil semalam jam 1.10 pm macam tu.. ada la kot dalam 2.00 pm sampai situ.. *pet agak la*.. haha.. then sampai, macam biasa.. kawan pet berdua nak makan kepsi.. pet nak pergi toilet.. toilet dia tingkat atas sekali.. sekali pergi toilet, keluar tu ada show.. depan main entrance nak shopping barang.. duduk melepak la pet kat situ.. dari belakang sampai ke depan sekali.. haha..

dah siap cuci mata, pet pun masuk shopping barang.. tak tahu sebenarnya nak beli apa.. dah 2 minggu pet mark dart board.. ingat nak pasang dalam bilik buat main time bosan.. lebih kurang dalam 300 bath la.. sedang-sedang size dia.. tapi malas nak beli lagi.. haha.. InsyAllah hujung minggu depan kot beli.. haha.. last sekali pet beli susu kotak chocolate Foremost *packaging dia nak macam Dutch Lady* dalam 12 kotak lebih kurang 120 bath.. tujuan utama beli sebab kaki sakit sangat dah.. maybe tak cukup kalsium kot XD

tula susu Foremost :D
 balik tu, kawan pet nak memasak.. jadi pet terus naik ke bilik.. kemas-kemas bilik then terus mandi.. sempat la makan donut sebiji.. dah siap semua, kawan panggil makan.. siap makan, sidai baju semua, pet dah memang tak larat dah.. maybe demam kawan pet berjangkit dekat pet kot.. pet rasa la.. haha.. dari tengah shopping sampai ke hari ni, pet rasa tak sihat.. semalam pun jam 2.00 pagi baru dapat tido.. 2.00 pagi sini, 3.00 pagi Malaysia la jawabnya.. haha..

beli 2 biji donut semalam
boleh la kalau lapar donut.. haha

hari ni pun pet malas nak masak sarapan untuk semua.. haha.. pet turun kemas meja makan dan dapur, basuh tu, rendam ayam dan masak air semua.. then pet balik bilik, kemas bilik.. dah siap semua, pet minum susu sekotak dengan makan corn chip kot.. haha.. lepas tu habiskan sebiji lagi donut.. dah habis pet duduk melepak ja.. serius tak larat.. panas, sejuk, panas sejuk.. dah macam permainan suhu pula.. haha

ok la.. esok keja.. masuk week ke-6.. cepat la masa berlalu.. nak balik Malaysia la :D

sekian!

1 comment:

Anonymous said...

tergoda tengok donat tu.. hehehe :)