Thursday 26 September 2013

Berita separa terkejut dari kampus

Salam..

pet baru sudah makan.. Alhamdulilah.. kenyang.. haha.. tadi time nak turun tolong kawan masak, pet terbau sesuatu.. sesuatu yang mengingatkan pet kepada menu yang pet suka somebody masak.. haha.. nampak tak deria bau bukan main kuat lagi sekarang.. haha.. rasanya kalau buka hard disk, ada kot gambar somebody punya masakan.. think so la.. tapi kalau buka nanti sedih.. dan lapar juga.. jadi jangan buka.. hehe.. gitu..

ok.. berpadanan dengan tajuk di atas.. pet dan kawan-kawan dapat berita agak mengejutkan dari kampus pet.. haha.. lepas selesai kerja incubate sample fungus dalam water bath.. kitorang sembang-sembang.. pet macam biasa, melayan May.. haha.. cerita tentang kampung dia.. maklum la esok lepas kerja dia nak balik kampung dia.. dalam 300 km dari Chiang Mai.. kampung dia nama Nan kot.. ke Nen ntah.. kira macam daerah la.. lebih kurang.. pet sempat la lukis minion kat kuku dia.. haha.. habis kuku dia pet conteng sebab dia yang beriya suruh lukis :D

rasa jari pet pun dah putih macam jari dia :P *perasan*

paling tak boleh lupa.. "this is awful minion!" nampak tak kejujuran dia.. haha.. mentang-mentang pet tak pandai melukis, teruk kena bahan.. haha.. ok.. meh sambung kejutan email tu.. email tu daripada staff Bahagian Hal Ehwal Pelajar, kampus pet.. dengan erti kata lain, unit HEP la tu.. haha..

dalam email tersebut, *pet ringkaskan*.. notis pemberitahuan la kiranyanya.. dekan fakulti pet, akan datang melawat pet dan kawan-kawan yang sedang berinternship di QSBG, Chiang Mai, Thailand pada awal bulan Oktober.. tarikh sebenar masih dirahsiakan.. err.. bukan rahsia, tapi akan diberitahu kemudian.. staff tersebut minta kami memberitahu staff yang jaga kami.. erti kata lain, supervisor yang handle kami di sini.. gitu.. haha..

nampak tak kejutan tu? haha.. dekan fakulti sendiri nak datang melawat kami kat sini.. haha.. serius cakap.. pet risau juga.. haha.. kawan-kawan pet cakap, dekan ok je.. haha.. entah la.. pet masih menunggu email balas dari staff untuk tarikh sebenar dekan datang.. oh ya.. disebabkan email tersebut dihantar kepada kami bertiga, jadi hanya seorang sahaja yang membalas email tersebut.. kita tunggu tarikh sebenar.. haha..

sekian ^^

No comments: