Friday 31 May 2013

Rebat SKMM dan Digi

Salam..

morning! haha.. sambil-sambil editing semua chapter untuk hantar email ke supervisor, pet nak update blog.. haha.. maklum la kesibukkan semester ni dengan final year projek, banyak membataskan aktiviti blogging.. haha..

28 Mei hari tu, pet ke Digi Center, di Bintulu.. tujuan utama untuk rebat SKMM.. Handphone Alcatel dengan hanya RM50.. even little bit old untuk android version, tapi ok la kan.. sape nak bagi handphone rm50.. haha.. jadi hari tu pet just tanya apa dokumen yang diperlukan untuk dapatkan handphone tu..

29 Mei pet pun bawa la salinan ic, kad matrik, surat belajar dan juga SKMM rebat.. dalam jam 4.30 pm macam tu la.. staff situ cakap, 24 jam datang ambil.. dengan erti kata lain, esok la datang.. haha..

30 Mei tepat jam 4.30 pm terpacak pet kat situ.. dan dapatlah handphone Alcatel One Touch Glory 2S.. tak lupa juga dengan simkad Digi pelan internet la.. with free 1.5GB internet for 3 month.. kalau tak silap la.. haha.. 30 minit waktu berbual free ke semua rangkaian, 30 sms free ke semua rangkaian dan 30 or 20 mms free hanya ke nombor Digi..

once pet on, not bad la.. still smooth dan pet tak bercadang pun nak buat main game.. haha.. already have S3 for gaming.. haha.. dari segi skrin, dia besar sikit dari nokia 5800.. so.. berbaloi kot.. bagi pet la.. warranty selama setahun oleh Alcatel dan Digi seluruh Malayasia *pet tanya orang tu*..

oh ya.. pet pada mulanya nak tebus rebat ni di Digi Center semenanjung.. tapi sekarang stock handphone ni dah habis.. tapi di Bintulu, masih banyak.. so tukar je la kat sini.. dan Alhamdulilah.. dapat nombor Northern.. hehe.. sebab pet tengok yang customer lain dapat nombor Sarawak.. tapi yang pet tau nombor diberikan secara random.. tapi pet nak switch ke Digi Easy Prepaid.. sebab dapat call free antara buddy.. haha.. 

sempat la habiskan free call dengan call family.. haha.. pastu sekarang guna internet je la.. pet just download whatsapp dan tak register pun.. just download.. haha.. sesiapa yang belum tebus rebat SKMM boleh la try Alcatel ni.. sempat la suggest adik pergi tukar SKMM dia untuk handphone ni semalam :D

jeng jeng jeng :D
hanya RM50 
dapat sekali Digi Prepaid Smart Plan
Alcatel One Touch Glory 2S
pandang pertama mungkin! haha
pre loaded with 2GB memory card
hand on mungkin! haha
simkad Digi, handphone, charger, usb cable, 2GB memory, bateri, screen protactor *pet silap pasang*

Wednesday 29 May 2013

Tamat presentation untuk semester 6

Salam..


Alhamdulilah.. tamat sudah semua presentation untuk semester 6.. dengan kata nama lain, habis presentation untuk semester 6 je.. final year project masih menanti minggu depan.. haha.. yang tu lagi parah sebenarnya.. 6 jam kredit.. kalau A- pun dah cukup nak seksakan hidup.. haha.. 

oh ya.. pet dah pun selesai urusan Internship.. baru fasa permulaan la.. Alhamdulilah.. semuanya berjalan lancar.. paling pet terkejut, ramai dah tahu.. pet just tahu keputusan hari isnin lalu.. tu pun hanya keputusan dari lecturer yang menguruskan proses internship pet dan kawan-kawan.. then hari ni, habis semua orang tahu.. lecturer pun siap tanya dalam kelas.. 

paling tak boleh lupa, kelas jam 9 am tadi.. tengah pet berbincang dengan kawan dalam kelas, tiba-tiba ada cakap "hang tipu akak no.. hang praktikal kat ---------.." pet senyum ja.. dalam hati, macam mana diorang tau.. pet punya la keep as secret semua benda tu.. yang paling pet terkejut, diorang tahu nilai pembiayaan UPM kepada pet dan kawan-kawan.. sedangkan pet sendiri tak tau pun.. haha..

puas juga pet tanya macam mana diorang tau.. tapi end up "semalam akak mimpi, hang melambai-lambai kat -----" haha.. kelakar sangat.. kecoh dalam kelas pagi tadi.. sebab tu kelas pet dengan juniorkan.. kelas jam 10 am pun lecturer tanya.. suruh siapkan slide introduction pasal Malaysia.. lecturer minta kami semua practice untuk explain pasal Malaysia.. ok.. makin banyak kerja.. haha..

semoga semuanya berjalan lancar ^^

Friday 24 May 2013

Syria Care: Pertubuhan Penyayang Islam Membantu Syria

Salam..

ni entry mengejut di saat pet memang tak ada masa pun nak menjenguk apatah lagi nak update blog.. tapi pet rasa terpanggil or anything ayat yang sesuai la kat situ untuk share something.. benda ni realiti yang pet tak tahu dan benda ni buat pet duduk dan berfikir sepanjang hari.. dari semalam sampai ke hari ni.. bila pet on je laptop.. tu la perkara pertama pet baca..

ni la gambar pertama yang ditag kepada pet

terima kasih kepada kawan pet yang tag nama pet dalam beberapa gambar dalam facebook page tersebut.. bermula dengan gambar kucing semalam.. awalnya pet tak paham langsung.. pet just baca then pet balas komen tu.. tapi pet masih terpinga-pinga.. disebabkan sepanjang hari semalam pet sibuk, pet hanya akses facebook mostly by phone, then time malam baru pet berkesempatan akses guna laptop.. dan bila pet jumpa kawan pet.. dia ceritakan tentang semua tu..

malam semalam, dia ada tag lagi gambar kisah tu.. then pet rasa something yang cuba kawan pet sampaikan.. time pet jumpa, dia pahamkan pet.. sebenarnya pet tak tahu pun.. dan pet agak terkejut juga bila tahu.. semalam before pet sambung kerja pet, pet sempat la selidik, baca dan everything pasal page tu.. pet bersandar di kerusi.. memikirkan sesuatu..

dan ini adalah hari kedua pet habiskan masa baca page tersebut.. sedih dengan apa yang berlaku.. tengok gambar-gambar tu cukup buat pet gambarkan perasaan mereka di sana.. dan pet juga tak sangka, ada pertubuhan yang membantu mereka di sana.. kalau bukan kawan pet tag pet beberapa gambar tu, sampai sudah pet tak sedar apa yang ingin disampaikan.. terasa naif sangat diri ni..

apa-apa pun.. pet berdoa semoga mereka tabah dan meneruskan perjuangan.. pet yakin, mereka akan beroleh kemenangan juga akhirnya.. insyAllah.. 

p/s: boleh la hulurkan sumbangan ke Pertubuhan Penyayang Islam Membantu Syria di:

Emel: SyriaCareBeliDanDerma@Gmail.com

Akaun Maybank: 562106630487

PayPal: AlEhsidek@gmail.com

Pertubuhan Sinar Damsyik Malaysia

Saturday 11 May 2013

Terlalu



Jangan terlalu baik, kelak ada yang merindui

Jangan terlalu mengambil berat, kelak ada yang menyukai

Jangan terlalu sweet, kelak ada yang jatuh hati

moral of the post : tak perlu ada terlalu dalam setiap perkara.. lebih baik bersederhana dalam menjadi baik, mengambil berat dan sweet.. gunakan bila perlu sahaja.. bebaskan diri dari sebarang perasaan yang mungkin akan mengundang masalah di masa hadapan! hehe :D

Thursday 9 May 2013

Wordless in May



It take more than a year or won't heal forever! :)

Wednesday 8 May 2013

Choc unboxing

Salam..

semalam, sesi unboxing coklat.. haha.. pet peminat coklat.. kira addict tapi tak terlalu extreme :D

dulu, pet pernah buat entry pasal hadiah bear + coklat-coklat ni.. dari sem lepas rasanya.. pet punya la sayang nak makan, sampai dah expired coklat tu.. haha.. tapi hari ni tergerak hati nak makan juga.. biar je la expired.. janji coklat.. haha :P

fererro rocher + beryls + lolipop
unboxing Beryl's choc :D
even expired, sedap je :P
dah bogel pun teddy bear ni.. so sekarang ditempatkan di tempat tido.. haha

sekian ^^

Tuesday 7 May 2013

Pitch Perfect

Salam..

finally pet nak cerita satu movie yang best la bagi pet.. pet tengok time weekend hari tu.. best betul.. tentang muzik yang dibuat dengan mulut la.. tak ada instrument la.. hehe..

rasanya movie ni tahun 2012.. tapi serius best.. pet suka.. tak tau la ada yang suka or tak.. tapi memang best la.. hehe.. :)

scene final.. best! hehe

Monday 6 May 2013

Tayar pancit

Salam..

haih.. semua orang demam mengundi semalam.. pet demam tayar pancit -.-" sedih betul pet.. first time tayar moto pancit kat sini.. haha.. dah la lapar tadi.. bajet nak pergi Farley la.. beli buah ke, apa ka.. cuci mata juga.. haha.. tapi.. pancit la pula tayar :D haha

cari pam angin pun setengah blok tawaf.. dari blok I ke blok G.. naik turun cari pam.. lepas tu pergi kedai.. tutup la pula.. mujur ada KFC sebelah kedai tu.. tapau KFC je la.. haha.. petang jogging.. ok la kan.. haha.. 

pam tayar lepas pancit
kedai moto tertutup la pula.. sebelah KFC
kecewa kedai tutup, singgah KFC tapau
makan la KFC sebagai pengubat hati yang tak berapa nak lara.. haha

sekian ^^

Sunday 5 May 2013

Boring weekend

Salam..

boring sangat weekand ni.. walhal kerja banyak sangat.. tapi tak ada feel nak buat.. test pun ada.. tapi masih dalam mood nak balik bercuti.. letih dah belajar rasanya.. haha.. cepatlah masa berlalu.. haha..


disebabkan terlalu malas nak bergerak.. pet just tengok movie kat bilik sambil berpura-pura buat kerja.. haha.. tolong junior buka lock pintu.. tapi tak berjaya.. haha.. makan meggi.. dan dapat invitation untuk jogging dengan kawan.. haha.. tapi disebabkan semalam pet malas, jadi pet ajak kawan pet tukar jogging ke hari ni.. hehe..

kesian kawan pet.. pet tak sedar dia mesej pet.. haha.. bila check, semua nombor dia send mesej tanya nak pergi jogging.. hehe.. pet kan suka campak je handphone kat meja or katil, then tak sedar pun bunyi mesej or call.. haha.. selalu macam tu :P

pet ada satu movie nak share.. best betul.. tunggu la entry akan datang :)

sekian ^^

Saturday 4 May 2013

Happy Birthday Dr. :)

Salam..

harap-harap semua dalam keadaan sihat hendaknya.. semalam.. 3 May 2013, adalah hari lahir supervisor pet a.k.a lecturer pet juga.. hehe.. dari hari khamis lagi, senior pet bagitahu untuk attend kejutan untuk Dr.. haha.. pet yang tiba-tiba tiada kelas semalam, hampir pengsan bila terima mesej dari senior suruh datang segera.. haha..

sebenarnya janji dalam jam 11 pagi.. jadi pet yang sakit perut, malas la nak siap awal-awal.. dalam jam 10.10 pagi, senior suruh datang segera.. menggelabah la pet.. lari la dalam blok.. mandi la, basuh baju la.. hampir tergolek dalam toilet.. kalau tergolek tu, memang tak dapat join le.. haha..

dah la sampai 10.30.. malu tu jangan cakap la.. semua tunggu pet.. sampai je pet, terus diorang pasang lilin dan panggil Dr. turun ke bilik meeting jabatan.. haha.. suka hati pet je kan.. datang lambat.. haha.. bukan setakat mesej.. call juga.. mesti senior pet pening kepala dengan pet.. mesej tak reply.. nasib call angkat.. haha.. jom tengok gambar je la :)

senior-senior a.k.a student post graduate Dr. Joseph
dah siap dah.. tunggu Dr. turun :D
semua nyanyikan lagu Birthday untuk Dr. :)
Dr. tiup lilin dan potong kek :)
sesi tolong Dr. potong kek dan makan! haha

ok.. semua post graduate student.. tambah pet je la.. haha.. pet je kan degree student bawah Dr. Joseph.. haha.. malu la kan.. semua student Master dan PhD.. tiba-tiba ada sorang student Degree dalam ni.. haha.. Dr. happy sangat.. hehe..

Happy Belated Birthday Dr. Joseph :)

sekian ^^

Friday 3 May 2013

Wordless :)



p/s : renung-renungkan :)

Thursday 2 May 2013

Stomach ache

Salam..


rasa nak update hari ni.. haha.. walaupun dalam keadaan sakit perut dari semalam.. haha.. tak tahu la, kenapa melampau-lampau sakit perut dari semalam.. rasanya makin teruk hari ni..

pagi tadi jumpa supervisor dari jam 8.30 pagi sampai 11.30 pagi.. sabar je pet dalam lab.. sakit tu bukan main.. tapi pet tahan juga.. sampai siap perbincangan, pet duduk kejap then terus balik.. balik je, jadi la proses seterusnya.. tak perlu la pet cakap kan.. haha..

pet pun google la.. dia cakap, makan pisang.. pet pun keluar kejap beli pisang.. sama juga.. makin teruk ada la.. next solution, nasi pula.. yang ni terus tak dapat makan.. kalau pet makan juga, memang makin teruk la jadinya.. lepas tu macam-macam la cara yang ada kat google.. malas dah pet nak baca.. sanggup la pet singgah Farley beli pisang berangan yang memang tak sedap sangat la.. haha..

nak tido, tak mungkin la kan.. banyak benda nak siapkan hari ni.. esok nak submit assignment kumpulan lagi.. editing assignment tu, arrange lagi.. semalam even sakit perut, tido jam 12 pagi.. tu pun pet berhenti sebab dah bergolek-golek atas katil sebab sakit perut sangat.. serius penat sangat.. letih sebenarnya bila macam ni.. haha..

ok la.. time up.. kena kembali rutin sakit perut XD