Tuesday 10 February 2015

3

Salam..


Hmm.. pet baru dapat call dari mak sejam yang lalu.. kucing kesayangan pet, Dabu dah tinggalkan pet untuk selamanya pagi tadi.. dia kemungkinan besar dilanggar tidak jauh dari pagar rumah pet.. hmm.. bercampur baur perasaan.. menangis pun dah tak boleh henti.. huhu..


Biarlah pet cerita tentang kucing kesayangan pet.. diberi nama Dabu sempena warna kelabu.. lahir dalam bulan 7, 2014.. kucing sepupu pet.. pet ambik masa bulan 8, 2014 selepas hari raya.. beberapa hari sebelum pet pulang ke Bintulu, Sarawak.. waktu ni, dia kecil lagi.. 3 beradik, dia paling kecik.. selalu kena buli dengan abang dan kakak dia.. masa tu, badan dia penuh gam dari pelekat lalat..


Time flies, he growing up fast.. pet jumpa semula penghujung bulan 10, 2014.. waktu pulang untuk pergi konvokesyen.. tapi tak lama.. seminggu lebih ja pet main dengan dia.. dia pendiam, tak akan berkasar dengan pet dan keluarga.. suka main, tido dengan orang dan sangat manja.. bila lapar baru la dia berbunyi.. pandai pergi toilet sendiri dan diam ja bila mandi.. oh dabu.. cepat kau pergi..


Mak dengan makcik tengah pujuk pet “nanti kita ambik adik Dabu ya.. sepupu bagitau tadi, mak Dabu tengah pregnant.. nanti mak pilih macam Dabu” hmm.. sedih sungguh.. tapi tula, macam mak dengan makcik cakap “ini perjanjian dengan Allah, dia dah masuk syurga” bengkak dah mata pet :(


Dabu, semoga kita berjumpa lagi.. Ogos 2014 – Februari 2015.. 

Sunday 1 February 2015

2

Salam..

entry kedua di tahun 2015.. tak tahu nak cerita apa.. haha.. just memikirkan tentang "3 years and still counting".. haish.. bosan-bosan..

maka marilah menjamu mata dengan menu lepas balik lab petang tadi :)

kerabu sotong
tom yam sotong bersama cendawan segar

maka berakhirlah entry hari ini.. sekian! :)