Sunday 29 November 2015

12

Salam..

..demotivated..
..give up..
..depressed..
..hopeless..

slowly, falling apart

-end-

Thursday 19 November 2015

11

Salam..

Lama rasanya berhenti menulis.. rindu pula nak menaip dalam ni.. sebenarnya saya baru balik daripada sampling beberapa hari lepas di sekitar Sri Aman dan Kuching.. menariknya tentang sampling ni, boleh tengok sendiri dengan mata bagaimana petani aplikasikan pemahaman dan kemahiran mereka di ladang masing-masing..

Oh ya, projek master saya berkisar tentang sains tanah.. nak cerita details pun saya sendiri confuse.. haha.. nak dijadikan cerita, sejak beberapa hari ni perasaan macam berbolak-balik.. rasa macam putus asa, kecewa dan inisiatif nak maju kehadapan dah macam kurang.. mungkin ini yang dikatakan “hilang momentum” di pertengahan..

Alhamdulilah, saya dapat supervisor yang terbaik setelah berlaku macam-macam benda.. cuma masalah sekarang adalah diri saya sendiri.. saya mula sedar, saya bukan orang yang layak untuk sambung master.. semakin saya buat sesuatu, semakin saya confuse dan hilang arah.. puas juga bertanyakan diri, kenapa memilih mode research daripada coursework? menulis benda-benda berkaitan research bukanlah sesuatu yang mudah bila melibatkan kreativiti dan fakta-fakta tertentu..

Sebenarnya, rasa bersalah membuang masa sebab banyak deadline yang perlu dipenuhi.. tapi, momentum sedang hilang.. huhu..

Till we meet again!

Monday 17 August 2015

10

Salam..

It has been awhile I didn't post any update.. raya pun dah habis kan.. tak menyempat nak ucap selamat hari raya.. haha.. busy la juga dan almost a month dah balik Bintulu.. rasa macam, bila nak cuti balik kampung ni?

banyak kerja sebenarnya tengah, sedang dan akan buat.. nak sampling, nak siapkan paper, siapkan poster juga, siapkan jurnal reading, siapkan itu dan ini.. pendek kata, tak tahulah nak cakap.. haha.. I have problem to write any paper even for short communication, apatah lagi review dan full length paper.. sejak mula projek secara tak langsung, banyak term-term paper saya belajar.. terima kasih sv (supervisor).. haha

I didn't expect too much for my research tapi I do hope, I can do it and put all the efforts on it.. bumping into academic field, is not easy for me as I have lot of problems such as writing, being organize and others (unpredictable).. currently, i'm in "safe and lazy zone' (not doing anything even through I have lot of work to do)..


For the time being, I should change myself.. being more organized and do all the work.. I should focus more and start built up my literature review.. I have read different method to summarize the important and not so important journal.. yaaa, I always get confused, every time I finish reading those journal.. 

eh.. buruk sangatlah menaip dalam english.. haha.. grammar ke laut, but I have to practice.. writing is my priority after conducting research and others.. oh ya, recently I have weekly progress meeting and currently we have to delayed it due to several reason.. I'm the one who responsible for the delay.. not because i'm not ready to present it, but i'm afraid my work didn't meet my sv expectation.. but this week, I can't delay it anymore..


maafkanlah entry celaru grammar tu.. tengah belajar.. kata Dr. T, banyak-banyak pratices for the english.. haish.. 

till we meet again!

Thursday 2 July 2015

9

Salam..

Hi July! cepat betul masa berlalu.. secara kasarnya, dah setahun pet habis BSBI.. final pet tahun lepas habis hujung bulan June.. cepat pula masa berlalukan.. pejam celik dah setahun tinggalkan BSBI.. to be honest, teringat zaman BSBI bila tengok batch kedua habis semalam.. happy betul diorang.. teringin nak rasa happy habis belajar tu lagi kalau diberi kesempatan.. haha..

2nd batch BSBI
happy betul diorang :)

jujur pet cakap, sambung master tak sama macam sambung BSBI.. bila kawan-kawan dah semakin tiada.. ada yang sambung di main kampus, ada di universiti lain dan sebagainya.. seolah-olah kelompok tu semakin mengecil.. kawan tu satu masalah.. masalah tekanan dengan keadaan sekeliling.. pening juga la kalau difikirkan.. kadang-kadang malas nak ambil tahu.. penat rasanya..

sebut pasal master ni, teringat peristiwa yang telah dan sedang berlaku.. haha.. oh ya.. pet pun dapat roommate intake diploma yang baru bulan lepas.. student diploma kejuruteraan pertanian.. pet tak jangka dapat roommate sebenarnya, tiba-tiba dapat.. tinggalkan soal roommate.. masuk chapter peristiwa ni.. disebabkan aras pet ni boleh dikatakan semua junior, jadi tiap kali jumpa di toilet mesti berlaku perbualan yang pet tak tahu nak jawab macam mana.. bila ditanya pet belajar jurusan apa, semester berapa pet akan susah nak jawab.. pet pernah jawab pet student master, tapi akan berlangsung lagi soalan-soalan lain seperti jurusan apa master, apa master dan lain-lain.. jadi sejak tu, pet prefer untuk senyum bila di tanya jurusan.. haha.. sebenarnya malu juga nak cakap student master.. haha

oh ya.. pet dah start masuk makmal untuk mula analisis.. pH je pun sebelum balik beraya.. hahaha.. bunyi macam analisis besarkan.. tak sabar nak balik 8 July ni! yeay! berbuka di rumah :)

sekian!

Wednesday 24 June 2015

8

Salam..

Selamat menyambut ramadan al mubarak.. hehe.. lewat pula rasanya, dah hampir seminggu kita berpuasa di bulan ramadan.. cepatkan masa berlalu.. hari ni je dah 7 ramadan 1436 H.. malam ni juga malam ke 8 terawikh.. sebut pasal terawikh ni, pet berazam nak terawikh betul-betul semester ni.. haha.. bukan mudah nak nampak muka pet di Pusat Islam, UPM.. haha.. Alhamdulilah, masih gigih pergi dan semoga pet tetap gigih sepanjang pet di sini..

oh ya.. proposal presentation/proposal defense pet pada 15 Jun yang lepas.. tiada yang istimewa tentang proposal pet.. kena cincang dengan lumat.. haha.. pet present dalam 10 minit, pet disoal dalam 25 minit.. nampak tak? haha.. berdebar pet kena hari tu.. bertimpa-timpa la juga.. :P

pet juga minggu ni secara official bertukar supervisor.. official di peringkat fakulti, belum sgs serdang lagi.. tapi Alhamdulilah, urusan pertukaran dipermudahkan.. permohonan pertukaran baru submit minggu lepas dan minggu ni baru tahu jawapan.. isu pertukaran ni dah berbunyi dari bulan April.. tapi keberanian nak bagitahu supervisor lama adalah di awal bulan Jun.. haha.. kenapa pet tukar? biarlah pet sahaja yang tahu.. bukankah berhijrah itu lebih baik? hehe

sekarang pet lebih kepada draft kerja-kerja pet sebelum balik beraya.. Alhamdulilah juga, cuti dah approved! yeay! insyAllah pet akan pulang pada 8 Julai dan kembali ke UPM pada 29 Julai.. 3 minggu cuti! lama dah pet tak balik semenanjung.. just balik untuk konvokesyen bulan November tahun lepas.. sekarang playlist dah jadi lagu raya.. haha..

ok la.. pet kena siapkan banyak benda hari ni.. till we meet again :)

taaadaaaa.. kad matrik baru :)

Friday 22 May 2015

7

Salam..

sedar atau tidak, seminggu lagi bulan May, 2015 melabuhkan tirainya.. bermakna lagi 3 minggu sebelum proposal presentation.. sepatutnya proposal presentation diadakan pada 5 June 2015 tetapi ditunda ke 12 June 2015 atas sebab-sebab tertentu yang pet pun kurang jelas.. hehe..

pet sebenarnya berfikir-fikir tentang beberapa benda penting yang akan berlaku dalam bulan June - July, 2015.. pet selalu berharap dan berdoa semoga apa sahaja keputusan yang akan dibuat dan diterima untuk bulan-bulan tersebut adalah yang terbaik.. jika mampu pet putarkan masa, akan pet putarkan ke hadapan supaya segala persoalan dapat terjawab dengan serta merta.. 

abaikan tentang perkara yang kononya penting tu.. haha.. hari ni, ada program daripada Fisher Scientific.. daripada jam 9.00 am - 11.30 am.. berkenaan instruments yang bernaung di bawah syarikat tersebut.. disamping promosi itu ini, ada juga kuiz.. ada 2 hadiah, di mana 1 dapat kepada pet.. haha.. soalan dia berbunyi "berapakah base pairs chromosome manusia", dan pet jawab "6 billion".. sebenarnya tu jawapan kedua lepas jawapan pertama pet adalah 3 billion.. haha.. 

lupa nama siapa yang beri talk ni, Dr. Lee mungkin?
free beg dengan note book dan pen
tadaaa.. ni la hadiah lepas jawab kuiz..
Eye wash bottles.. haha.. simpan dalam almari lah :D

oh ya.. awal bulan depan, masuklah intake baru diploma dan pra diploma.. selamat datang pet ucapkan.. semoga kedatangan adik-adik ke UPMKB ini bakal membuka lembaran baru dalam hidup masing-masing disamping matlamat utama adalah untuk belajar dan memperolehi diploma/pra diploma.. pet sendiri bermula dengan Diploma Pertanian (2007-2010) dan seterusnya Bacelor Sains Bioindutri (2010-2014).. sekarang tengah berjinak-jinak dengan Master.. berjinak-jinak je.. tak tahu berjaya ke tidak.. haha..

ok la.. melayan online tv streaming dengan ehsan uspot UPM.. haha.. sekian :)

Wednesday 29 April 2015

6

Salam..

pet baru lepas tolong siapkan assignment statistik kawan pet.. haha.. dari minggu lepas, pet bermain dengan nombor.. assignment diri sendiri dan assignment kawan-kawan.. rasa macam nak juling mata tengok command-command SAS 9.3 yang kadang-kadang buat pet nak menjerit dalam blok.. 

oh lupa.. beberapa hari lagi akan masuk bulan May.. kejap je masa berlalu.. banyak benda akan berlaku di bulan Jun tahun ni.. dengan presentation proposal dan beberapa hal yang agak penting.. yang akan pet update di kemudian hari.. insyAllah..

tentang master pet.. err.. entah.. haha.. cukuplah sekadar mengejar beberapa dateline yang penting untuk bulan Jun.. lain pada tu, pet dah abaikan.. banyak benda yang bermain dalam fikiran pet.. tapi biar la, steady sudah.. haha

apa yang menarik perhatian pet adalah di saat-saat genting dengan stress bermacam-macam hal, ada benda yang cukup mencuri perhatian pet.. haha.. setiap orang ada kawan-kawan yang memang istimewa.. erti kata lain, waktu susah dia ada di sisi.. salah seorang kawan pet dari form 4, sentiasa support pet.. cuma pet ni lebih kepada malas keep in touch sangat.. sebab? entah.. 

ayat "Kerana Allah, Aku Sayang Hang".. cukup menarik perhatian pet.. haha.. pernah ada kawan-kawan pet cakap macam tu, tapi ayat kali ni sangat unik.. tersentuh pet.. haha.. apa-apa pun kawan, kau memang istimewa daripada zaman sekolah lagi.. orang pertama yang bangun sewaktu berita pemergiaan abah pet.. dia antara yang pertama di samping pet selepas keluarga..

bila sebut tentang kawan, banyak benda selalu bermain dalam fikiran.. sebab kawan ni ada banyak jenis.. ada yang muncul hanya di waktu kita senang, ada yang muncul di waktu susah.. walau apa pun kategori mereka, percayalah setiap pertemuan dan perpisahannya ada hikmah.. mungkin untuk kita lebih mengenal siapa kita dan mereka.. 

ok la.. pet perlu tido, banyak benda pet belum siap.. terutama slide presentation pet.. till we meet again :)

:)
sempat la masak dan makan sebelum tido :D

Monday 30 March 2015

5

Salam..

Pet baru balik semalam dari Miri.. ada program Bengkel Penulisan Saintifik.. 3 hari 2 malam juga la berkampung di Parkcity Everly Hotel, Miri.. pet bersama kawan-kawan dan senior serta junior turut serta dalam program tersebut..

Majlis pembukaan program
Penceramah daripada UPM Serdang, Prof. Madya Dr. Ahmad Zaharin Aris

Dari segi kefahaman pet selepas habis program tu susah untuk pet ungkapkan.. haha.. hari pertama selepas dinner, sesi pertama.. pet duduk depan juga la.. hari kedua sesi pagi dan petang pet duduk belakang sekali termasuklah hari terakhir sesi pagi.. haha.. bila duduk jauh di belakang tu memang perhatian makin lama makin berkurang.. pet rasa pencapaian untuk permahaman pet dalam 40-50% ja kot..

tea break hari kedua.. bihun singapore bersama lala dengan tart cheese :P
bila dah makan, lupa nak capture tempat makan terbaik :P

Program tu best cuma pet kalau duduk belakang memang berlaku penularan yang berkesan.. hehe.. dengar kata before habis hari tu nak buat version kedua pula.. haish.. risau pet.. haha.. version satu ni pun kena cepat siapkan paper.. pet rasa kerajinan nak cari paper untuk edit dan correct manuscript ni agak menjunam..

kek waktu dinner hari pertama
bersama senior, junior dan kawan under supervisor yang sama
membuang masa tunggu lif :D
sunset waktu jalan-jalan dengan supervisor berserta team dan staff upm hari kedua

Tapi makan kat situ memang best la.. kambing dia sedap.. kegemaran pet kan.. termasuk la kek.. feeling makan tu, haish.. tak terungkap dengan kata-kata.. haha..

Sekian!

Friday 13 March 2015

4

Salam..

Cepat masa berlalu.. sedar tak sedar dah pertengahan bulan Mac.. pet pula masih belum siapkan proposal slide.. tapi proposal untuk apply mybrain15 dah submit ke supervisor hujung bulan lepas.. tapi rasanya belum sempat untuk pet submit bulan ni.. haha.. sv pet agak busy bulan ni, maybe bulan depan dapat kot..

Selamat datang ke LHNP :)
Miri hanya 30 minit daripada LHNP

Oh.. sepanjang awal bulan ni dari 2 Mac 2015 hingga 12 Mac 2015, pet berada di Lambir Hills National Park.. jauh la juga daripada Bintulu.. tambah tolak ada la perjalanan 2 hingga ke 3 jam daripada Bintulu.. jadi pet berkampung di sana dengan kawan pet, staff-staff MPOB, lecturer (waktu tertentu sahaja), researcher daripada Jepun dan beberapa Negara Eropah (pet tak ingat nama negara, tapi mereka datang dari 2 negara)..

Program ni adalah bersama MPOB Bintulu – Jepun.. kira pet ni penyibuk berdaftar la dengan sv pet.. dengan bahasa yang mudah, pet dan kawan dihantar oleh sv pet ke sana.. banyak benda yang menarik perhatian pet.. bagaimana bekerja dengan mereka-mereka berstatus “Dr.” yang dapat fund berbillion-billion ni..

carbon measurement dan soil moisture
proses digging core
proses mengambil bacaan before cabut core
proses hyphae separation from soil
blue cotton dye untuk warnakan hyphae
modification untuk turas hypahe
Dr. Makita in action
hyphae sample - mychorrizae
team bekerja.. 3 orang Jepun, 4 orang Malaysia (termasuk pet)

Dimulakan dengan proses masuk hutan.. boleh tahan la jauhnya, penat la juga nak sampai ke plot pertama.. time ni untuk record carbon measurement menggunakan EGM-4, soil and air temperature dan moisture untuk core setiap column *sila buat-buat paham*.. dalam jam 10.00 am, datanglah Dr. Makita untuk proses mengeluarkan core yang terpilih.. muda lagi Dr. Makita ni, baru 30 tahun.. dia pun mengorek la tanah.. disebabkan pet ni ada masalah nak mencuba, dengan gigihnya pet korek sampai keluar core tu.. haha.. jadi lepas balik dari hutan, terus prepare untuk belajar sorting dengan beliau..

sorting core root

Bab sorting ni ada banyak kategori.. biomass yang sorting akar berdasarkan prinsip tertentu, in growth core pula berdasarkan prinsip tertentu.. yang menarik perhatian pet, core tu ada 3 saiz.. pet cerita general je la.. size tu bahasa kampungnya ada macam besar, sederhana dan kecil.. haha.. bab harvest hyphae la paling pet suka.. semangat bermain dengan benda fungus masih tebal rasanya.. haha..

rumah tempat menimba ilmu sepanjang 11 hari di LHNP
with them.. enjoy our holiday :P
Latak Waterfall
BBQ before berpisah
staff MPOB setting BBQ (Mr. Steward dan Mr. Ham)
sedap :)
staff MPOB (Mr. Thus) bakar ayam dan ikan pansuh
BBQ bersama semua researcher, team sv, staff-staff MPOB dan student macam pet
kenangan makan semua benda

Oh ya, sempat la melawat Sarawak Oil Palm Berhad di Lambir.. tengok teknologi yang digunakan dengan kerjasama MPOB Bintulu.. menarik juga la.. Ganoderma disease juga ada di kawasan tersebut.. famous juga la nama sv lama pet.. Dr. Joseph.. dan pengakhiran lebih kepada makan-makan bersama semua researcher dan staff-staff terlibat..

motif kasut ni sila abaikan.. beli dekat Daiso dengan harga RM5 "always RM5 katanya"
sepanjang di LHNP, makanan hendaklah dimasak sendiri.. haha.. best la
sup terung asam.. sedap ni..
menu ni pet masak rasanya.. memang la tak sedap pet masak :)

Dalam banyak-banyak benda, pet nak sangat panjat crane dalam hutan tu.. tapi tak berkesempatan.. just sempat belajar sorting-sorting dengan Dr. Makita dan Dr. Katayama.. untuk imaging dengan Dr. Ohashi.. Dr. Kume tak sempat belajar apa-apa, sempat senyum-senyum je la.. haha.. untuk student-student daripada Jepun, macam Tetsuya dan Yuta.. sempat la bekerjasama bersama.. manakala in term pembelajaran entomology dengan Dr. Anita, Dr. Martin dan Dr. alisya? *lupa nama depa yang daripada eropah ni*

Maka, berakhir la entry hari ni J

bergambar sebelum bertolak semalam dengan Dr. Ohashi dan team sv pet
balik Bintulu, penuh barang dalam keta sv.. haha..

Tuesday 10 February 2015

3

Salam..


Hmm.. pet baru dapat call dari mak sejam yang lalu.. kucing kesayangan pet, Dabu dah tinggalkan pet untuk selamanya pagi tadi.. dia kemungkinan besar dilanggar tidak jauh dari pagar rumah pet.. hmm.. bercampur baur perasaan.. menangis pun dah tak boleh henti.. huhu..


Biarlah pet cerita tentang kucing kesayangan pet.. diberi nama Dabu sempena warna kelabu.. lahir dalam bulan 7, 2014.. kucing sepupu pet.. pet ambik masa bulan 8, 2014 selepas hari raya.. beberapa hari sebelum pet pulang ke Bintulu, Sarawak.. waktu ni, dia kecil lagi.. 3 beradik, dia paling kecik.. selalu kena buli dengan abang dan kakak dia.. masa tu, badan dia penuh gam dari pelekat lalat..


Time flies, he growing up fast.. pet jumpa semula penghujung bulan 10, 2014.. waktu pulang untuk pergi konvokesyen.. tapi tak lama.. seminggu lebih ja pet main dengan dia.. dia pendiam, tak akan berkasar dengan pet dan keluarga.. suka main, tido dengan orang dan sangat manja.. bila lapar baru la dia berbunyi.. pandai pergi toilet sendiri dan diam ja bila mandi.. oh dabu.. cepat kau pergi..


Mak dengan makcik tengah pujuk pet “nanti kita ambik adik Dabu ya.. sepupu bagitau tadi, mak Dabu tengah pregnant.. nanti mak pilih macam Dabu” hmm.. sedih sungguh.. tapi tula, macam mak dengan makcik cakap “ini perjanjian dengan Allah, dia dah masuk syurga” bengkak dah mata pet :(


Dabu, semoga kita berjumpa lagi.. Ogos 2014 – Februari 2015..