Wednesday 30 May 2012

Ice cream goreng


Salam :)

hye semua.. sory2.. lewat update.. *mcm ade y tggu :D haha.. ni la ice cream gorengnya :) nk buat dye, mudah sgat..


1) roti gardenia or apa2 brand *pet guna 4 keping biasa + 2 keping wholemeal
2) ice cream apa2 *pet guna ice cream mat kool magic sbb y tu ja tggl
3) air utk lekatkn roti *tepung jagung pn boleh.. xda pun xpe.. jari ade :D
4) whipping cream/choc rice/cherry/badam or apa2 utk hiasan *pet xguna.. hbis :D

-mula.. keluarkn roti ada.. pet buat version bulat.. tekapkan muncung gelas kt roti smpai putus dn dpt bentuk bulat..

-then pet ambik ice cream.. guna sudu sbb xda scoop tu.. agak2 la eh.. jnji muat nnti nk tutup..

-apitkan 2 roti tu.. nnti letak la air kt keliling roti tu.. tekan dgn jari.. nk tekan dgn garfu pn boleh :D

-then masukkn dlm freezer.. pet letak semalaman.. make sure dye keras.. simpan la dlm container or plastik..


-esok tu, panaskan minyak dan goreng.. jgn lama taw.. sbb ice cream tu cair kang.. hehe.. siap la..


-boleh la hiaskn korg punya ice cream goreng tu.. hehe

p/s : pet makan kt kedai nasi kandar penang island.. sedap woo ice cream goreng dye :D

Tuesday 29 May 2012

Nuffnang galaxy s3

Salam :)

hye semua.. semalam xsempat nk update.. bajet bz la kn :D baru sudah makan gardenia vanilla.. promote gardenia pula.. haha..

pet pun tido ja rini.. balik lepas buat fisioterapi kul 1.30 ptg tdy, mmg penat.. pet tido dari pkul 4 ptg smpai 5.30 ptg.. terlepas spongebob pet~

tadi buka email.. 1st time pet buka email drp nuffnang.. haha.. pet slalu delete ja.. pet susah nk baca email kalau nk taw.. pet just pilih email.. nama2 org y pet kenal shja.. y lain semua pet delete atau pet spam terus.. sbb nnti pet xdpt nk cari email y penting.. haha


pelancaran samsung galaxy s3 by celcom.. tp dekat sgt venue tu.. ipoh.. muahaha.. lg pun hari khamis kot.. pet xberkesempatan nk g.. ty nuffnang invite :) *nnti bgi la buffering.. hehe.. xdpt2 lgi nh :D


semalam pet masak berbuka.. pet buat tempe goreng tepung + sambal kicap dan ice cream goreng.. tp gambar tempe goreng ja.. haha.. sbb ice cream goreng dok dlm freezer.. nnti pet upload gambar next post with resepi :)

ha.. pet ade benda nk kongsi.. pet tgah main kt sold.my.. haha.. bid on9.. hehe.. membazir rm30 utk 20 token.. haha.. pet xpndai main.. just suka2.. benda nh mcm nasib la.. klau xrmai org on9, selamat la.. haha.. nk try? meh join.. klik sini :)

apa makanan kegemaran anda?

Sunday 27 May 2012

Lavender

Salam~

hye.. haha.. nh baru berkesempatan nk update.. bz la kononnya :D pet tgh bz dgn tumblr.. tp xla bz sgat pn.. bajet je tu.. haha..


lavender

hehe.. taw x.. pet nh suka gila2 lavender.. pet bkn xsuka bunga rose.. tp pet suka sgt lavender.. klu nk taw, pet kalau beri brg, semua nk bau lavender.. sbb pet addict sgt ngn lavender XD

softland lavender

sabun lavender

pewangi almari lavender

semua benda nk lavender.. hehe.. bunga dye pet suka sgat.. dulu time g MARDI cameron highland, excited gila pet tgok lavender.. kemain bergambar, hidu dll.. hehe.. tp nnti nk beli kt florist la lavender.. bau dye mcm therapy je.. hehe

apa bunya kegemaran anda?

Friday 25 May 2012

25 may 2012

Salam :)

hye semua.. rini pet bangun awal.. kul 4 pagi.. haha.. org last bangun :D rini hantar mak cik pet naik bus ke KL.. kul 4.30 ptg nh flight dri KUL ke HK.. Cathy Pasific.. pastu dari HK ke JEDDAH..

pergh.. sayu sgat pgi tdy.. sbb mak cik pet cacat.. dye xleh jalan.. tp y laen dye bleh buat.. 2 mggu dye kt sna.. sepupu pet bwa dye pgi.. kesian mak cik pet kalau nk egat peristiwa 2005.. ptutnya time tu dye dh smpai sana.. tp xda rezeki.. mcm2 xjadi.. jdi tahun ni dye pergi juga :)

y bawa sbnarnya bkn la sepupu pet sepenuhnya.. dulu masa mak pet keja, mak pet jaga diorg.. sbb msa tu zmn susah kn.. then satu fmly mereka baik dgn keluarga pet.. smpai la jadi mcm sepupu2.. dlu hdup mkcik pkcik pet susah.. siang kerja, mlm berniaga.. berkat kegigihan diorg, dh kaya raya skrg :)

skali beli kereta 2 biji.. haha.. mahal2 plak tu.. duit banyak :) rezeki susah dulu.. mak pet crita dlu, balik kerja terus siap2 berniaga.. sambil pegang anak.. tp rahsia kejayaan bnyk bersabar, xpernah tggal solat wlapun bz berniaga.. terbaik kn :)

pak cik pet ckp sejak dye nk bwa mak cik pet wat umrah nh, rezeki dye xpernah putus2.. setiap masa ada ja berita gembira.. b4 diorg bertolak, isteri pak cik pet ckp "sama2 susah sama2 senang" <-- masa pet tanya diorg nk naik kereta g KL or x.. haha.. sbb diorg xnk mak cik pet susah.. diorg nk susah sama2.. terharu :)

sbgai anak buah mak cik pet.. pet terharu dan sgat2 bersyukur.. akhirnya mak cik pet berjaya juga sampai ke mekah.. pet doakan mak cik pet selamat pergi dan kembali.. pet sempat minta mak cik pet doakan pet+mak+kakak dan :) *ramai hantar pg tdy :D

p/s : pet menangis sbb pet terlalu gembira :) tp xda org taw pn.. mesti la pandai cover kn XD

mak cik pet+kakak+mak+mak cik

Wednesday 23 May 2012

Alasan break up famous amos


Salam :)

rini pet nak membebel pasal Alasan Putus Cinta or Putus Apa2 y famous.. haha.. sbb semalam kt twitter jdi trending nh.. haha

(a) Saya dah tawar hati dengan awk..

senang je kn.. haha.. xbaik la ckp mcm tu.. even mmg niat kita nk ckp mcm tu.. sbb org y kita gtaw tu pun ada perasaan.. bayangkan kalau org y kita ckp mcm tu ckp kt kita mcm tu.. agak2 berkecai xhati? haha.. just imagine :D

(b) Awk terlalu baik.. kita xsepadan

knp lepas dh lama kenal baru nk ckp? kn.. haha.. knp xtggu kawen dulu ka baru gtaw mcm tu.. haha.. bgi pandangan pet, xkisah la sapa baik, sapa jahat.. y penting niat kita tu.. kalau sorg baik sorg sederhana baik still can be together.. xkisah la sbgai bf/gf ka.. kwn2 baik ka.. still capable..

(c) Kita dh xserasi mcm dulu

err.. kalau dlu mcm belangkas, xkn tetiba xserasi dh? err.. tp tu la manusia.. xda siapa pun terlepas drp membuat kesilapan dlm apa2 perhubungan..

(d) Awk xpernah paham saya/bagi peluang utk saya

pet xtaw nk ulas mcm mana.. tp bgi pet, peluang tu ada d mana2.. bila kita syg sesorg tu ikhlas, kita tahu mcm mana nk grab peluang tu.. smua tu atas diri kita.. kalau hati kata nak, InsyAllah peluang tu terbuka luas.. xpercaya, try la.. haha

(e) Saya dh jumpa org lain

ni y part paling pet xsuka.. haha.. dulu time xda org lain, kemain syg.. janji itu ini.. dh jumpa org lain, kemain buang mcm sampah je.. haha.. tp sebenarnya lebih baik kita dgar berterus terang drp dengar bahasa bunga2 utk sedapkan hati.. hehe

(f) Kita dh xd jodoh/xditakdirkn bersama

ok.. nh part pet xtaw nk ckp apa.. betul.. ajal, maut, jodoh dan pertemuan di tgan Allah.. tp pernah xkorg terfikir, apa perasaan org y dgar kata2 tu? haha.. so pet no komen :D

-------------------------------

itu la alasan paling famous bgi pet.. tp kn.. kita xbleh nk menunding jari kat sapa2 pun y ckp mcm tu.. sbb kdg2 kita sendiri pernah buat dekat org lain.. if it happen, just let it be.. try utk baiki hubungan tu.. tp kalau terlalu complicated, just let it go.. jangan seksa diri sendiri..

tapi bagi pet, lelaki atau perempuan sama ja.. maksud pet soal putus2 nh.. kdg2 lelaki tu baik, perempuan pula buat hal.. kdg2 tu perempuan tu baik, lelaki pula buat hal.. same goes to best friends.. kdg2 benda tu kecil ja, tp salah sorg ckp benda y xpatut kita dgar.. so dye jdi complicated..

jadi.. kpd rakan2 blogger kt luar sana.. hargai la org2 y korg syg :) sbb kehilangan mereka xmungkin ada y dpt ganti.. xkisah la sebagai bf/gf or kwn2 baik.. mmg kita bleh nyanyi lagu adele-someone like u..

"Never mind I will someone like u.. I wish nothing but the best for u too.."

tp.. org y kita jumpa xmungkin dpt ganti sama mcm org y kita pernah ada.. :) percaya la.. pet dh pernah alami semua tu.. haha.. sampai pet dh xda perasaan nk fikir semua benda2 mcm tu.. hehe


Tuesday 22 May 2012

Kelebihan berpuasa di bulan Rejab


Salam :)

Bulan Rejab.. Rejab = mulia dan agung..

PERISTIWA PENTING BULAN REJAB

1. Hijrah Pertama Dalam Islam

Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung apabila pihak Musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Baginda dan orang yang beriman. Lalu Rasulullah memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah. Tujuan hijrah ini untuk menyelamatkan iman, keselamatan diri dan mencari tapak baru untuk agama Islam berkembang. Di antara yang berhijrah ialah Saidina Othman RA dan Isterinya Roqiah anak Rasulullah dengan jumlah kesemuanya adalah 14 orang. Habsyah dipilih kerana rajanya dikenali dengan sikap terbuka dan bertoleransi.

2. Israk dan Mikraj

Israk dan Mikraj ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmaqdis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT.
Terdapat khilaf ulamak mengenai tarikh sebenar berlakunya peristiwa ini tetapi jumhur ulamak bersepakat menerima ianya berlaku pada 27 Rejab. Tetapi berlakunya peristiwa itu tidak penting kerana apa yang lebih penting ialah umat Isla wajib meyakini bahawa peristiwa ini adalah benar-benar berlaku ke atas diri Rasulullah SAW berdasarkan dalil qatie dari al quran dan hadis sahih.

3. Peperangan Tabuk

Peperangan Tabuk berlaku dalam tahun 9 hijrah di satu kawasan bernama Tabuk di utara Semenanjung Arab dengan bala tentera Rasulullah SAW seramai 30,000 orang. Akhirnya peperangan tidak berlaku kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dangeru n kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi pelbagai cabaran.Ia juga peperangan terakhir yang disaksikan oleh Rasulullah SAW.

4. Pembebasan Baitul Maqdis

Baitul Maqdis telah dibuka pada zaman pemerintahan Saidina Umar bin Al Khattab RA. Akibat kelalaian dan perpecahan umat di zaman pemerintahan Abbasiyah,orang kristian(tentera Salib) telah melakukan serangan bertubu-tubi ke atas Baitul Maqdis dan akhirnya berjaya ditawan setelah 500 tahun dikuasai pemerintahan Islam. Tentera Salib telah mendudukinya selama 50 tahun sebelum dibebaskan kembali     tentera Islam di bawah panglima perang Salehuddin Al Ayubi yang berjaya ditawan pada hari Jumaat 27 Rejab 583H. Pada tahun 1967/1387H, umat Yahudi pula menawan Baitul Maqdis dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.

5.Lahirnya Imam Syafie RH

Nama sebenar Imam Syafie ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghuzah, Palestine pada tahun 150H bersamaan 767M. Merupakan salah seorang daripada imam mazhab yang empat dan Malaysia adalah antara negara yang majoriti mengamalkan mazhab syafie. Salah satu peninggalan beliau yang amat berharga dan tidak ternilai harganya hingga menjadi rujukan hingga kini ialah Kitab Al Umm.

Jom berpuasa d bulan rejab :)

a) puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa 40 tahun dan diberi minum air dari syurga.

b) puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat diatas titi Sirotolmustaqim di hari kiamat.

c) Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.

Sekian :) sumber utama sebelum diolah 10%..  klik sini

Monday 21 May 2012

UPM kampus Bintulu, Sarawak

Salam :)

hye.. rini pet nak update pasal pengajian d UPM sarawak.. haha.. sbb beberapa hari lepas ada org search pasal DPNT.. let start from here

------------------------------------------------------------------

BACELOR SAINS BIOINDUSTRI

Memberi penumpuan kepada ilmu mengenai sumber biologi utama negara iaitu dari sudut pertanian, perhutanan dan perikanan serta integrasinya dengan industri melalui teknologi terkini. Pelajar juga akan didedahkan kepada menjalankan penyelidikan bebas dalam bioindustri dalam pada akhir tahun pengajian. Dengan pendedahan yang menyeluruh, graduan Bacelor Sains Bioindustri bersedia untuk menampung pasaran guna tenaga negara samada sektor kerajaan, swasta atau persendirian.

------------------------------------------------------------------

DIPLOMA PERTANIAN

Diploma Pertanian memberi penumpuan utama kepada bidang berkaitan pertanian seperti sains tumbuhan dan haiwan, pengeluaran tanaman makanan dan ternakan, pengurusan perosak, pengurusan tanah, ekonomi dan pengurusan ladang, keusahawanan tani dan pengembangan.

DIPLOMA PERIKANAN

Diploma Perikanan ditawarkan untuk melatih graduan dalam bidang perikanan dengan penumpuan kepada pembiakan ikan, teknik penangkapan, limnologi dan oseanografi, kualiti air dan tanah, penyakit ikan, ekologi akuatik, ilmu perkapalan dan pelayaran, pengendalian dan pemprosesan hasilan perikanan, dan keusahawanan.

DIPLOMA KESIHATAN HAIWAN DAN PETERNAKAN

Diploma Kesihatan Haiwan dan Peternakan ditawarkan untuk melatih graduan separa profesional dengan kemahiran dalam pengeluaran ternakan dengan penumpuan kepada pengurusan ternakan, foraj dan pastura, kesihatan haiwan dan pengurusan penyakit serta keusahawanan.

DIPLOMA PENGURUSAN PERLADANGAN MAKANAN

Diploma Pengurusan Perladangan Makanan ditawarkan untuk melatih graduan yang menjurus kepada agriteknologi dan keusahawanan serta berkemahiran dalam pengurusan pengeluaran makanan. Penekanan program ini adalah kepada sistem pertanian perladangan, amalan pengurusan tanaman, tanaman makanan industri, pengendalian dan pemprosesan hasilan pertanian, pengeluaran dan pemprosesan ternakan, pengurusan ladang dan perniagaantani, pemasaran dan keusahawantani.

DIPLOMA PERHUTANAN

Diploma Perhutanan ditawarkan untuk melatih separa profesional dalam sektor perhutanan. Peluang pekerjaan merangkumi syarikat swasta, agensi kerajaan dan bukan kerajaan. Penekanan program ini adalah kepada pengurusan hutan mapan, pengurusan hidupan liar, pengurusan industri perkayuan serta pengurusan taman hutan dan rekreasi.

DIPLOMA KEJURUTERAAN PERTANIAN

Diploma Kejuruteraan Pertanian ditawarkan sejajar dengan matlamat ketiga pelan strategi UPM 2001-2010 iaitu untuk meningkatkan keupayaan UPM sebagai Pusat Pengajian dan Perkhidmatan Pertanian serta Biosumber terkemuka di Peringkat Antarabangsa. Matlamat program ini adalah untuk melahirkan graduan yang berketrampilan dalam mengusaha dan mengendalikan sumber pertanian negara secara efektif dan efisyen serta menghasilkan tenaga kerja separa professional yang berkeupayaan untuk memajukan bidang pertanian dengan berbekalkan ilmu serta teknologi moden dalam merealisasikan sektor pertanian sebagai pemacu utama ekonomi negara.

DIPLOMA PERNIAGAANTANI

Program Diploma Perniagaantani ditawarkan untuk melahirkan tenaga separa profesional yang berketerampilan dalam mengurus, mengendali dan memanfaat sumber pertanian negara.
Penekanan diberi dalam melahirkan graduan yang mampu mengurus organisasi selain menangani cabaran perniagaan dalam bidang pertanian terutamanya berkaitan dengan rantaian bekalan agro-makanan (agro-food supply chain). Diploma Perniagaantani memberi tumpuan kepada bidang seperti pengurusan, pemasaran, kewangan dan keusahawanan dalam pertanian. Graduan mempunyai prospek kerjaya yang cerah dalam sektor awam atau swasta selain menjadi usahawan tani.

------------------------------------------------------------------

Done! semua tu drp website UPMKB.. Klik sini

since pet pun lepasan DPT dan sedang belajar BSBI di UPM kampus Bintulu, Sarawak~ Selamat Datang kepada semua adik2..

p/s : ada gambar pet kat BSBI punya description :D tp sipi2 je la.. haha

Friday 18 May 2012

Kisah dulu2

Salam :)

hye semua.. rini pet nk buat post xmenarik.. just mengimbas kembali situasi y pet malas nk sebut lgi.. haha.. ada kwn pet.. tanya pet.. mcm mana nk lupakan seseorg y melukakan hati kita.. haha.. pet rasa mcm nk ketawa sekuat2nya.. haha.. 


ok.. pertama skali, menangis la sepuas2nya.. no matter how many liter it will be.. just cry.. free ur soul.. it for temporary ok.. mcm pet sendiri, berbulan kot.. haha.. but now i'm still cry sbb pet rsa pet bodoh pikir lebih2 :D


ok.. soal hati.. mmg terluka.. mungkin ada di antara kita xkn boleh melupakan.. tp..... cuba la.. mcm pet sendiri, even benda tu dh lepas bertahun, it will never erased from my heart.. haha.. mcm skrg, already got 2 scar.. 1 from 2007 and 1 from 2012.. haha.. just leave it behind.. nobody will care for our heart when they already break our heart :)


lagipun hati nh mungkin akan sembuh di mamah hari, tahun dn sbgainya.. xsemua hati baik semudah tu.. tu semua depend pada diri masing2.. jgn paksa diri utk melupakan.. just let the times fly, then u can smile :)


haha.. nh y terbaik.. xyah nk benci sapa2.. even dye pernah hancurkn hati kita ka, pernah kianati kita ka or apa2 ka.. xyah nk risau2 sgat la.. biar je.. egat, apa y kita pernah buat dekat org lain, akan ada org lain y akan buat mcm tu dkt kita.. always remember that.. so xyah nk berdendam sgt.. teruskn hidup.. senyum je :D

jujur.. pet skrg bz bergroup dgn FA.. we share same feeling.. same stories.. most of us dh bnyk makan hati, kecewa dan dh xnak fikir soal hati perasaan.. just being normal person and enjoy life while we can :)

Wednesday 16 May 2012

OST seindah sakura



Salam..

hari ni just simple update.. bz skit.. haha.. mesti ramaikn tgok crita seindah sakura kan? haha.. kalau pet xsalah, dye ade 2 lagu tema..


nak download lagu tu? klik nama lagu :)

p/s : all file stored in mediafire.. i'm not own the song.. i'm just give the link :) ty

Monday 14 May 2012

Entry bergambar



Salam..

hanya gambar sebagai pembuka bicara..

benarlah kata UAI

"Perempuan yang banyak cakap dan banyak gelak adalah perempuan yang pendiam bila ada masalah dan banyak menangis dalam diam"

sekian entry mengejut mlm nh

Sunday 13 May 2012

Selamat hari ibu~

Salam.. :)


Bersempena dengan sambutan hari ibu.. pet xda sambutan.. ucapan pn x.. sbnarnya ada kejutan.. tp.. dsbbkn pet xdbenarkn naik moto utk merempit, jadi xdpt la pet buat kejutan tu.. jdi kt sni je la pet luahkn :)

kepada insan y digelar mak bgi pet.. bgi ahli keluarga pet y lain.. terima kasih dh jaga pet smpai pet umur 23 tahun.. pet eksiden.. pet sedih.. pet gembira.. semua keadaan pet, mak pet sentiasa ada.. mcm mak pet pernah ckp keluarga xkan pernah buang ahli keluarganya wlau apapn berlaku.. ur right mom :)

she the strongest person i ever had! since 2005.. she cry a lot.. she suffer a lot.. on 1 may 2005, abah pet meninggal di umur 60 tahun.. 6 june 2005, abang pet meninggal di umur 27 tahun.. betapa besarnya dugaan mak pet.. kehilangan suami dan anak dlm tahun y sama.. 

jujur pet ckp.. mak pet kuat sgt.. dari segi mental dan fizikal.. like what i said.. she the strongest person that i have in my life.. i love u mom :)

xtaw mcm mna nk memblas jasa seorg ibu.. wlaupn sekadar ucapan terima kasih ttp xmemadai.. pet doakn mak pet sentiasa sihat.. di panjangkn umur dan semuanya :) selamat hari guru juga utk mak pet :) semoga mak sentiasa dlm keadaan gembira bersama kita sekeluarga :)

terima kasih

Saturday 12 May 2012

Kenduri arwah tahlil dan kesyukuran


Salam :)

hye.. bz skit rini.. ada kenduri.. hehe.. 12 may 2012 famili pet buat kenduri arwah, tahlil dan kesyukuran.. panjangkan nama kenduri.. haha

arwah dan tahlil utk abah pet, abang pet, nenek pet dan ahli2 keluarga y telah tiada.. kesyukuran pula utk pet sbb dh bleh berjln lepas eksiden 31 jan 2012.. dan utk keberangkatan mak cik pet utk menunaikan umrah.. 24 may nh..

bacaan yasiin pukul 11 pagi.. ramai org.. mcm tiap2 tahun.. wlpn hari nh ada 3 kenduri dkt kwsn rumah pet.. dalam pukul 3.30 kot.. makanan dh habis.. pet pn xsempat nk snap gambar sbb sesak dn pet pun xmampu nk berjln mcm berlari.. haha..

menu hari ni.. nasi daging, ikan kering masak cili, air asam, kari udang kacang buncis, ayam masak madu, nasi putih, cendol susu, air strawberi dll.. *jujur pet xtgok semua.. y nh apa y mak pet letak dlm pinggan pet.. haha..


kes pet duduk dlm bilik sbb tgan pet sakit.. tetamu2 y dtg terpegang kuat tgan pet y patah masa salam.. mmg sakit la pet.. d sbbkn sakit, pet terus xnk duduk luar.. so semua mknan mak pet y hantar.. haha.. ada unsur mengade2 skit XD

sambung crita mak cik pet.. mak cik pet nh adik mak pet y paling kecil.. mak cik pet nh kurang upaya sikit.. tp xdala sampai xbleh uruskn diri sendiri.. dye cuma xmampu berjln shja.. y lain semua dye bleh buat.. dh lama dye nk g mekah.. tp xda rezeki.. sbb tahun 2005 abang pet nak bawa dye pegi bersama2.. tp.. apakan daya, abang pet meninggalkan.. then d teruskan oleh bekas kakak ipar pet.. tp.. tetap xda rezeki.. then 2012.. sepupu pet nak sgt bwak mak cik pet pegi.. Alhamdulilah rasanya berjaya.. dh xlama dh..

mak cik pet nh y jaga pet, kakak pet, abg pet masa kecik.. sbb mak pet keje.. jdi mak cik pet tu mcm mak pet juga la.. mak pet pun InsyAllah tahun depan nk pegi buat umrah bersama2 anak2nya.. haha.. dh lama mak pet xsebut sbb last before abah pet meninggal, abah pet ajak mak pet g puasa sebulan dekat mekah tahun 2005.. tp lepas beberapa hari, abah pet meninggal.. mak pet dh xsebut lg..

dulu dh pegi masa bulan puasa.. tahun 1999 kot.. hujung tahun.. tp y g pet, mak dgn abah.. sbb abg dgn kakak dh pegi buat haji dgn abah dan mak.. so.. pet jela g wat umrah.. best.. sbb masa tu kanak2kn.. berkejar2 main.. haha..

apa2pun pet doa sgat umur mak pet panjang.. pet nak mak pet pergi lgi.. wlaupn tanpa abah dan abang.. :) doakan seruan umrah tu kekal sampai tahun depan :)


Wednesday 9 May 2012

Strok

Salam..

sihat semua? pet baru balik dari dating ngn doc ENT.. haha.. telinga sakit plak dah.. haha.. mcm2.. siap tanya lagi.. how ur accident, feeling better? haha.. maleh nk jwb.. cukup la sekadar senyum2 nangka masak :)

nk share 1 topik.. pasai strok.. pernah dengar?

Strok adalah sejenis penyakit otak yang sering berlaku dengan tiba-tiba.  Biasanya ia disebabkan oleh saluran darah yang tersumbat atau pecah.   Kebanyakan strok berpunca daripada darah beku didalam arteri. Ia merupakan penyebab utama kematian dan kehilangan keupayaan bekerja di Malaysia.  Strok boleh mewujudkan keadaan yang memerlukan pernafasan bantuan, tekanan dada atau kedua-duanya sekali.  Walaupun penyakit ini banyak menyerangi orang yang sudah berumur, ianya boleh berlaku pada mana-mana peringkat umur sekalipun. sumber

 

sebenarnya ada kisah knp pet crita pasal strok.. since pet buat fisioterapi, mcm2 kes pet jumpa.. sorg nh sebaya pet.. spm 2006.. she so clever + beautiful and everything.. lepas last paper biologi, she got headache.. malangnya, dye dapat strok d sbbkn tekanan belajar and consume instant drink (nama d rahsiakn)

she got 9A over 10 subject.. she will continue her study in overseas.. Doktor jantung.. tp.. kita hanya mampu merancang.. Allah y tentukan.. dye strok dari mulut, tgan dan kaki.. kesian sgat.. bf dye pun tggalkn dye.. tp satu pet terharu.. mak dye sentiasa ckp "....... be strong!" mak dye berulang2 kali sebut benda tu.. sama mcm mak pet ckp dkt pet masa pet kt hospital..

tp tula.. wlpn dye dari keluarga y amat2 berada, tp strok ttp xda ubat.. pet kesian sgat.. she paralyzed.. but she remember everything in her life.. mak dye crta dye aktif, feymes kt sekolah.. masuk gimnastik, berenang and mcm2.. rmai lelaki suka dye.. and she got a bf.. tp lepas dye sakit, bf dye tggalkn dye..

kes 2.. nh lelaki.. since baby dye strok.. mcm xpercyakn.. kes dye, kepala membesar.. ada air.. then strok.. now he still studying.. form brpa pet xpasti.. wlaupn dh fisio brtahun lamanya, ttp sma.. tp pet jmpe dye nh time kt hospital lgi.. so xbnyk crta pet tahu.. tp nh crta drp staff2 fisio..

as a conclusion.. there is no chance for them to become normal like us.. mungkin pulih 50%.. klu nk pulih more than that bergantung pada nasib dan kekuatan mental pesakit.. xda lgi y pulih 100%.. strok nh boleh serang sesiapa sahaja.. xkisah la tua atau muda.. vegetarian pun kena.. nh pet dh interview auntie tu..

nasihat pet, jgn stress.. xkisah la sbb apa pn.. bila kita stress, darah kita naik.. bila naik terlampau, salur darah xmampu tampung.. dye pecah.. bila pecah, jadi la strok.. <-- nasihat nh juga dtujukn khas utk pet.. haha.. sbb kita xtaw, hari ni kita sempurna dan normal, mungkin esok, lusa dan bila2, kita dh xmcm skrg.. faham kn maksudnya :)

hargailah kehidupan anda.. free from stress tuk hindarkn strok :)

prevention is better than cure


Sunday 6 May 2012

Satu hari di bulan may


Salam..

rini rajin nk update.. haha.. family pet smua puasa.. pet mlas nk puasa.. haha.. jdi pgi2, ada org bgi nasi lemak 4 bungkus.. mmg kenyang la pet sorg.. smpai pkul 12 dh hbis nasi lemak :P tghri pula, kakak pet belikan nasi kerabu.. pkul 3 la pet mkn nasi kerabu.. knyg! :P



time buka puasa pula.. mkn nasi dgn kerang stim + salmon grill + air asam limau + air asam bunga kantan + ayam ape ntah rasa *ayam ni beli smlam :P knyg kot.. haha.. bnyk mkn.. time nh best gaduh ngn kakak.. sbb dye crita psal ikan salmon time dye kt overseas, pet pula ckp la bkn ikan salmon, ikan salamon.. haha.. bertengkar la kami.. pet mmg suka.. sbb boringkn.. gaduh je la :P tp dye syg pet.. wlapn kami beza 10 tahun, tp dye xpernah lupa pet.. beli tu, beli ni.. xda duit, bgi *xpernah mntk wlapn dye slalu pesan :P

nk story skit.. sejak pet eksiden nh, ckp ja nk mkn apa.. nnti dtg la mknan tu.. haha.. before eksiden pun mmg mcm tu :P family pet xrmai.. pet pula y kecikkn.. minta la apa2pn, insyAllah pet dpt.. cpt atau lambat ja.. haha.. pling pet xbleh lupa time pet eksiden.. risau semua fmly pet.. tkut kehilangan pet.. tp Alhamdulilah.. umo pet pnjg lgi.. mak pet la paling fobia.. kakak pet diam membisu.. makcik pet susah hati bila dye tahu pet eksiden teruk.. rasa mcm nk menangis pula bla ingat..

wlau apa pn berlaku, merekalah segala2nya bgi pet.. y xpernah tinggal pet waktu pet sedih.. y xpernah henti bgi semangat.. bertuahnya pet :)

I <3 My Family



p/s : tgah tnggu rojak kakak pet siap :D

Saturday 5 May 2012

kucing oren~

Salam..

hi semua :) lambat update.. bz main game :P haha.. lgi xabeh challenger tu lgi tu la addict kt game tu xabeh2.. haha.. dh hbis 10 drp 15.. nnti nk teruskan lgi :P

tdy pet clean msg2 dlm fb.. err.. bnyk rupanya msg y xberblas.. haha.. teruk betul pet nh.. haha.. bertahun lak tu pet xblas.. sbb.. mmg pet malas.. kdg2 ja pet rjin msg dlm fb.. hahaha

pet ada seekor kucing.. kaler dye persis mcm singa kot.. tetiba terfikir, apa y ptut dikaitkan dgn kucing pet nh?


then pet suka2 edit to do list :P


last skali quote seterusnya :P


pet tgah berfikir, kalau seseorg tu beli brooch/kerongsang online, method apa y digunakn utk pos benda tu? kan benda tu fragile? xkn brooch tu letak dlm smpul dn pos? err.. pening kepala pet..

Thursday 3 May 2012

Buah naga

Salam~

hi semua :) pet tetiba rjin nk update entry hri ni :P pgi tdy hujan lebat.. sejuk wooo.. duduk dlm selimut mcm kepompong :P haha.. lepas hujan pet g tepi rumah.. tgok pkok naga.. dh keluar bunga.. xlama lgi berbuah la tu :)


nampak x? haha.. pet lupa nama saintifik pokok ni.. dlu hafal.. sbb nk exam kn.. lepas eksiden, lupa ingatan kejap.. *alasan~ haha.. ni buah dye isi merah.. sedap!


ok.. sambil tgok bunga buah naga, nmpk binatang ni.. tp pet xtaw nama apa.. haha.. mlas pet nk fikir :P jdi pet snap pic je la.. :p


sambil tu pet layan movie true or dare.. haha.. movie tahun lepas kot.. download semalam.. tp smpai skrg xhbis2 tgok.. sbb asyik pause :P

sekian~

Wednesday 2 May 2012

Restaurant city will be closed

Salam..

hi semua.. baru suda makan mangga cicah gula+belacan+cili+garam.. haha.. something i call it garam belacan.. mcm tu la bunyinya.. pet buat sendiri.. wlapn tgan patah, tp pet tetap nk buat sendri.. :P


haha.. katil sbgai meja mkn.. :P sebiji je.. dh cukup.. sbb dh mmg teringin nk mkn mangga a.k.a pelam kn :P boleh la bila dh mkn.. hati pun senang.. haha

next topic mmg sedih.. RC pet nk tutup!!! Restaurant City ni dlm facebook.. bengang betul pet.. dh 2 thun lebeh pet main tetiba nk ttup.. mmg xberhati betul :( 29 june dye ttup.. hbis smua resepi dgn item y pet beli.. nasib pet xgunakn duit betul utk beli cash.. apapn pet ttp sedih :(


reason.. sbb nk suh semua main the sims social.. mmg pet main games tu sejak awl pelancaran sims social tu.. tp membosankan.. best lgi main the sims 3.. ntah pape.. bosan la sims social tu.. sukati je nk ttup RC.. mmg mengamuk la semua pemain dlm forum.. effort tu.. pet pun mmg lepak forum.. skrg? apa pun xbleh.. hmm.. kecewa~