Thursday 29 November 2012

Addiction~

Salam..

masih berada di dalam mood auto publish.. haha.. there is something that I love to do when I'm alone.. haha.. tak la alone sangat.. tapi 1 of my hobby.. selalu juga pet sebut dalam blog.. addiction pet terhadap the sims 3.. hehe..

since semua cd/dvd game pet berada di tempat lain, pet pun cari alternatif lain dengan download daripada torrent.. semua expension pack.. kecuali the sims 3 season.. yang ni baru release minggu lepas.. dah ada yang upload masuk torrent.. tapi pet hold dulu.. minggu study week ke baru pet nak download.. hehe.. selalu kalau download memang 2 hari kot tak off internet.. sebab nak fasten the download process.. thanks to my VPN :)

tapi malangnya, pet dah tak main the sims 3 sekarang.. sibuk sikit.. hehe.. last pet main before puasa kot.. sekarang sibuk dengan final year project, memang tak boleh main la.. bahaya.. nanti melekat tak pergi mana-mana dah.. hehe.. tapi target pet nak main puas-puas time cuti semester ni.. nak beli makanan, minuman ready to eat/drink, penuhkan almari.. then boleh la main dengan tenang.. kadang-kadang 2-3 hari pet tak tido main game tu.. hehe..

semua expansion pack dah ada dalam HDD.. hehe
in progress downloading the sims 3 store update :D
p/s: esok ada class trip to Miri.. hehe..

Wednesday 28 November 2012

wordless promises ^^



^^

Tuesday 27 November 2012

MAHA dan TOCIE

Salam..

excited pula nak update blog.. haha.. entah kenapa excited semacam.. dulu tak la macam ni.. haha.. mesti ramai tahu sekarang MAHA sedang berlangsung dengan jayanya.. Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism International Show.. last pet pergi tahun 2009.. sangat-sangat teruja.. haha.. masa tu pet ada di Melaka.. 

kira 3 tahun la pet dah tak jejak kaki di MAHA.. 2010, 2011 dan 2012.. serius.. kalau pet belajar di Serdang, mesti pet pergi setiap tahun.. hehe.. pet suka pergi MAHA.. banyak benda akan buat pet kagum kat situ.. terutama perkara-perkara melibatkan tanaman.. macam mana arrangement tanaman landskap, tanaman sayur-sayuran, makanan, buah-buahan.. sangat menarik perhatian pet.. hehe..


keterujaan pet bertambah bila ramai kawan-kawan pet upload gambar pergi MAHA tahun ni.. haha.. I wish to be there.. unfortunately it not worth to buy ticket and be there.. haha.. mungkin beberapa tahun lagi, pet akan ke sana juga.. hehe.. 2015 ke.. pet boleh la pergi MAHA.. sambung keterujaan pet tu.. haha..

stop MAHA sambung TOCIE pula.. haha.. yang ni langsung tak teruja.. tapi tersedih kot.. haha.. same as MUET.. tapi just melibatkan speaking la.. discussion in a group.. ada Band 1 sampai Band 6.. UPM dah tetapkan Band 4 hingga Band 6 baru boleh bergraduat.. sila bayangkan jika perlu extend semester semata-mata tak dapat Band 4 dalam TOCIE..

paling kelakar, pet baru daftar 22 november hari tu.. test tu 2 disember.. haha.. semalam ada taklimat berkenaan TOCIE ni daripada Serdang.. err.. dasyat la syarat dia.. tak dapat bergraduat.. huhu.. semester ni sahaja pet dapat ambil TOCIE.. lepas ni dah tak ada.. pet praktikal.. kalau tak silap, ujian ni waktu semester ganjil.. macam 1, 3, 5 dan 7.. 


hai la TOCIE.. hope can have a good Band this coming test.. huhu

Monday 26 November 2012

Tree Planting Ceremony 2012

Salam..

ni aktiviti menarik berlaku tengahari semalam.. dalam pukul 1 petang.. Tree Planting Ceremony 2012, UPM-Mitsubishi Corporation di hutan UPM-Mitsubishi.. kira dalam kampus la hutan tersebut.. haha.. projek ni since 1990 or 1991.. pet pun tak pasti.. every year, Mitsubishi akan bagi peruntukkan untuk projek ni.. from Japan to Malaysia..

ini sebahagian daripada staff Mitsubishi, Japan

pet tanam 3 batang pokok.. kalau tak silap pokok berlian.. lubang semua dah dikorek.. tinggal buang plastik anak pokok then tanam dalam lubang then letak sungkupan.. siap la.. hehe.. 20 orang staff Mitsubishi daripada Japan.. sempat la berbual.. err.. pet tak berbual pun.. haha.. tapi ada perbualan ringkas la..

Japan : What we call "how are you" in Bahasa Malaysia?

pet : we call "Apa khabar"

tu je la perbualannya.. haha.. not bad.. dia ada perasaan semangat untuk belajar bahasa kita.. tapi pet, apa pun tak tau.. hehe.. bahasa sarawak pun sampai sudah tak pandai sangat.. sikit-sikit je tahu.. hehe..  paling tak boleh lupa, jatuh tergolek dari longkang atas.. hmm.. asyik jatuh je.. sebab tu la sakit tak baik-baik.. huhu..

dari kawasan atas longkang yang bersimen pet tergolek ke rumput bawah.. T.T

tengah-tengah planting tu, ada sorang lecturer tanya pet berkenaan bisnes pet.. hmm.. terdiam juga pet.. tapi pet jawab juga.. still on going, but stopped for a while until im finished my thesis.. hmm.. entah la.. im doing all those thing for somebody.. not for my self.. yet, im not sure i will start over or wait till im ready to start it over again.. sebenarnya bila pet buat benda tu, 100% akan mengingatkan pet tentang sesuatu.. that why i always hold all the planned to start it over again..

teka mana lecturer? haha
proses Tree Planting Ceremony 2012
dapat t-shirt, topi dan tuala kecil :)

sekian ^^

Sunday 25 November 2012

Masak bersama-sama

Salam..

lama tak buat entry makan.. hehe.. sebenarnya semalam pet bersama-sama kawan pet masak beramai-ramai.. tak la ramai sangat sebenarnya.. 5 orang ja.. pet dan 4 orang kawan pet.. hehe.. menu utama tom yam campur.. dan side menu nasi putih, telur goreng dan umai ikan.. hehe..

bahan tom yam sangat banyak.. sampai 2 periuk.. ada udang biasa, ada lobster, ada ayam, ada sotong, ada brokoli, ada kubis bunga, ada cendawan, ada tomato dan ada macam-macam.. hehe.. susah nak listkan.. tapi kemahiran memasak pet dah berkurang.. haha.. kesian kawan-kawan pet.. beriya-iya nak makan pet masak tom yam.. tapi dah tak sedap la tom yam pet.. hehe..





p/s: teringat masak tom yam bersama-sama.. memories remind me lot of things..

Friday 23 November 2012

Jeli kacang

Salam..

finally officially updated to Jelly Bean a.k.a si jeli kacang.. haha.. orang lain dah dapat official update 2 minggu lepas.. haha.. tapi pet malas nak update.. sebab utama pet update sebab annoying dengan notification updater tu.. haha..

sambil makan-makan kat kedai makan tadi, sambil update.. not bad.. terlalu smooth buat masa ni.. touch sikit, habis lari.. err.. haha..

habis semua account dia list down dalam settings

sila abaikan wallpaper disebalik jelly bean tu.. haha

cantik juga eh.. haha


awal lepas update.. hehe

don't forget to click confirm :)

Thursday 22 November 2012

Greenhouse~

Salam..

sedar tak sedar, sekarang dah week 10.. week 14 last kelas.. then final.. cepat masa berlalu.. terutama bila terlibat dengan projek tahun akhir.. hari ni berjaya tak masuk lab.. hehe.. sebab hari ni dah berjanji dengan pengawai pertanian universiti untuk tengok tapak rumah hijau untuk projek pet..

semalam dah berjumpa ketua pengawai pertanian universiti dan berbincang untuk tukar kawasan untuk rumah hijau.. selepas rujuk sini, rujuk sana, akhirnya pet dapat bawah pegawai pertanian unit hortikultur.. disebabkan pet memerlukan persekitaran terkawal, itu sahaja tempat yang tinggal dan terbaik untuk projek pet.. yang lain dah penuh.. haha..

ok la kan.. harap-harap supervisor setuju :D


disebabkan berjanji pukul 2 petang untuk melihat kawasan, jadi dekat pukul 2 la baru nampak pet kat situ.. haha.. tapi sebenarnya pet tak larat nak jalan pun.. masa pet pergi Gua Niah minggu lepas, pet terjatuh sebenarnya.. tapi dah ok.. tapi hari ni entah kenapa sakit macam jatuh kat Gua Niah hari tu.. lepas melawat tapak tadi pet tak dapat jalan, sebab sakit sangat.. mencabar juga la nak melangkah sampai ke moto.. nak start lagi.. berpeluh juga la pet.. haha..

sampai je bilik benda pertama cari pain killer la.. sebab makin sakit kan.. tangan, kaki.. macam dah berjanji pula diorang.. sakit serentak.. pandai juga komunikasi mereka.. haha.. entah la.. kadang-kadang pet tertanya, sampai bila la perlu makan pain killer tu? pet sentiasa cari jalan untuk elak makan benda tu.. tapi pet makan sebab pet dah tak boleh bertahan.. selalu pet akan tido kalau pet sakit.. tapi pet banyak lagi kerja nak buat.. jadi tu la cara terpantas untuk pet bertahan.. tapi tido juga kejap.. sebab sakit sangat kan..

new pain killer~ pelik rasanya..

Wednesday 21 November 2012

wordless~



a lesson for life~ T.T

Monday 19 November 2012

Trichoderma spp~

Salam..

whew.. selesai hari pertama selepas cuti mid sem.. tak la crowded sangat life.. by the way, pet dalam keadaan frust dengan fyp.. haha.. bukan frust.. tapi pet kejar masa.. tak sangka Ganoderma spp semua yang batch pertama dah siap.. dah nak tua la kalau macam tu kan.. so kena discuss balik dengan supervisor, sama ada nak ambik peat soil oil palm dari Tatau or macam mana.. Trichoderma spp yang trial hari isnin minggu lepas pun dah fully grow.. pergh.. seminggu dah full 100 g rice..


probably pet kena grow semua Trichoderma spp yang pet ada.. 6 potential Trichoderma spp.. so 1 Trichoderma spp lebih kurang 4 kg beras.. so 6 Trichoderma spp X 4 kg beras = 24 kg beras.. amboi.. macam nak masak nasi pulak.. satu beg 10 kg beras = rm25.. so 2 beg beras = rm50.. amboi.. meriah duit nak guna beli beras.. haha.. in the end nanti just nak guna 2 jenis Trichoderma spp je yang paling kuat.. aduh.. parah macam ni.. haha..

pet bajet minggu ni tunggu Ganoderma spp yang pet isolate tadi.. then jumaat ni isolate kesemua Trichoderma spp yang pet ada.. so next week lepas test 2 paper BIP2402, terus start buat In vitro dual culture.. so this week mesti buat banyak-banyak plate PDA dan slant agar.. 3 Ganoderma spp pet tak maintain culture dalam slant agar lagi..

kalau pet sempat buat semua benda tu minggu ni, so tak perlu la pet buat semua Trichoderma spp pet.. jimat sikit.. hehe.. 

sekian ^^

Sunday 18 November 2012

Trip to Miri

Salam..

Alhamdulilah.. selamat sampai sabtu 9 pagi ke Bintulu semalam.. haha.. plan bertukar.. hehe.. sepatutnya pergi Miri, 9 pagi hari khamis, dan pulang hari jumaat.. tapi pulang hari sabtu.. haha..

penat pun tak hilang lagi.. pet keja tido je dari malam semalam sampai hari ni.. serius penat.. lebih kurang 830 km.. pergi balik sana lebih kurang 440 km rasanya.. so baki 390 km kira berjalan-jalan dalam Miri la.. hehe.. sini tak macam semenanjung.. ada R&R.. sini road sahaja.. ada 2 road nak ke sana.. jalan pendek dan jalan panjang.. pet guna jalan panjang.. jalan Bintulu-Miri.. kalau jalan pendek, jalan melalui pantai..

so far memang kotor la kereta pergi sana.. hehe.. lubang besar-besar.. hehe.. laluan lori.. tapi memang menarik.. hehe.. first destinasi kami ke Gua Niah.. dalam pukul 12 sampai sana.. guna kad matrik masuk dalam rm3.. dengan tambang bot lebih kurang rm2.. so dari sana bertolak semula ke Miri pukul 3 petang..

here we are ^^

ada buaya.. hehe.. nasib kami tak jumpa buaya tu~

sekitar Gua Niah~

on the way ke Miri, singgah makan di Station Niah.. malangnya.. makanan ada sesuatu yang amat pelik.. huhu..

pilih la kedai yang bersih dan diyakini :D

then perjalanan diteruskan ke Miri.. stay di Park Hotel dengan harga rm110 double standard room.. ada 2 double bed.. no bad bilik tu.. hehe.. selesa.. just check in.. mandi dan gerak ke Mall yang ada cinema.. beli Mcd, Big Apple Donut, Sugar Bun dan lain-lain.. pet beli Mcd ja.. hehe.. tapi Samurai burger still tak masuk Sarawak lagi kot.. bila tanya, masih tiada di sini..

6 tiket late night movie :D

ni la filem yang kami tengok, pet beround-round tido dalam tu XD

akhirnya pulang ke bilik 3 pagi.. dan keluar semula 8 pagi keesokkan harinya.. destinasi pertama adalah Muzium Petroleum.. then terus ke Mini Crocodile Farm.. lepas tu sempat juga makan nasi lalapan.. not bad la.. haha.. then pergi ke Republic Beach.. tengok sunset..

atas bukit ni muzium ni~

rm16 per entry~

nak makan daging buaya? hehe

ni sate buaya

ni Aril.. umur dia 4 tahun.. hehe

cantikkan sunset sini :)

hotel ni sangat cantik.. mesti mahal

then singgah beli Mcd, Famous Amos, Big Apple Donut.. pet macam biasa masih setia dengan Mcd.. haha.. then dah pukul 10 malam.. nak balik Bintulu tapi takut sebab jalan tu hutan sawit dan tak ada lampu jalan.. jalan lama tu kira laluan lori.. jalan baru tu bahaya.. banyak perompak tahan waktu malam.. huhu.. then kitorang semua sepakat tido semalam lagi.. double room rm70.. tapi esok pukul 5 pagi bertolak balik.. sebab pet kena masuk lab..

kereta baru QTK.. baru 870 km kereta ni digunakan.. hehe

disebabkan terlalu letih, kami bangun pukul 5 pagi.. haha.. 6 pagi baru bertolak dari Miri.. sampai 9 pagi.. non stop drive.. hehe.. yang bestnya pet la.. dapat priority tido atas katil sebab driver.. haha.. kemain kawan-kawan pet.. haha.. kitorang tido pukul 2 pagi.. no wonder la bangun 5 pagi.. haha.. dalam kereta semua tido.. tapi diorang gilir-gilir la bangun teman pet drive.. yang best tu, bila lagu best, diorang menyanyi kuat-kuat sambil mata pejam.. tu yang paling pet tak tahan nak ketawa tu XD haha..

sampai 9 pagi, masuk lab 10 pagi.. pergh.. penat sungguh.. haha.. 3 petang keluar lab.. selesai 30 blok kayu.. 

sekian ^^

Thursday 15 November 2012

Blok kayu~

Salam..

ini entry terakhir untuk beberapa hari ni.. sekiranya umur panjang, ada la entry baru.. hehe :D seharian pet dalam lab.. penat sangat.. mengadap mikroskop.. mengadap blok kayu.. mengadap culture, mengadap buku.. hmm.. boringnya life time cuti.. haha.. tapi hari ni berjaya balik 30 minit awal.. haha.. semalam pet balik 6.30.. hari ni pet balik 5.45.. lebih kurang 45 minit awal la.. haha..

baru pet perasan gambar ni tak rotate.. malas dah nak upload yang baru.. hehe :D
boleh tahan gigih buat kerja XD *nampak sangat tipu.. haha

penat sangat.. dari pukul 8 dalam lab tak keluar ke mana-mana.. tak makan, tak minum.. mengadap kerja.. workerholic betul.. haha.. jadi balik tu dah gelap, terus keluar.. makan.. dengan serabut kereta tak dapat-dapat.. memang serabut.. haha.. tapi boleh pula pet pergi makan dengan tenang.. teruk betul perangai.. haha..

buat pertama kali, pet makan tak habis! :D
lepas balik makan, beli selipar.. dan lingkup selipar lama.. mahai sungguh.. 39.90..

tapi syukur juga, seorang kawan pet dapat cari kereta last minit.. kalau tak, memang marah la kawan-kawan pet.. haha.. semua dah siap, tinggal kereta saja.. sebenarnya macam-macam jadi hari ni.. culture blok lama contaminant dengan asparagilus.. err.. betul kot ejaan nama.. malas nak buka buku.. dah buat sebersih mungkin.. tapi kena juga.. memang frust pet..

daripada 102 blok sesi pertama, 4 dah contaminant

lepas tu pet dah siap ukur philiades dgn conidia Trichoderma spp pet.. tapi 40x la.. tiba-tiba supervisor pet calibrate mikroskop tu untuk 100x oil.. terus kena calculate semula.. tapi baru siap 4.. masih ada 4 lagi.. sabtu ni kena habiskan 30 blok kayu dengan pengiraan tu.. disebabkan pet tak ada esok dan lusa, jadi pet terpaksa masuk lab waktu cuti.. minggu depan pet dah sibuk dengan test 2.. dan pet kena siapkan identify Trichoderma spp tu.. sebab blok kayu dengan Ganoderma spp untuk ketiga-tiga pathogenic dah hampir sempurna.. nak kena ambik tanah di Tatau dan autoclave.. entah la berapa guni.. peat soil dan top soil..

105 blok kayu.. 75 dah siap.. tinggal 30 lagi!!

tu tak kira kunci bilik hilang tadi.. serius.. kelam kabut tadi.. buat report semua.. tapi syukur sangat lepas sejam jumpa kunci tu.. tak tau la nak cakap macam mana.. 

serabutnya hidup pet.. tak sabar nak habis fyp ni.. esok pagi-pagi nak bertolak ke Miri.. kitorang beramai-ramai sewa kereta dan pergi Miri.. pet cuba dapatkan kereta manual.. tapi tak berjaya.. haha.. driver 3 orang.. tapi 2 orang pandai bawa manual.. sorang pandai bawa auto.. pet la tu yang auto.. pet dah tak pandai sangat bawa manual.. pet usaha cari manual sebab takut nak bawa 6 orang lain dalam kereta termasuk pet.. err..

last-last dapat auto.. memang pet takut la juga.. sebab pet bertanggungjawab terhadap 5 orang kawan pet.. kawan-kawan semua dah siap kemas barang.. pet masih menaip blog.. serius pet serabut.. muka senyum tapi serabut macam sabut XD

sekian ^^

Tuesday 13 November 2012

Chemical~

Salam..

err.. hehe.. entah nak cakap macam mana.. haha.. hari-hari dari 8 pagi sampai 6 malam.. pet dalam lab je.. haih.. susah betul.. tak sabar nak masuk field.. pet punya fyp ni 3 phrase rasanya.. phrase 1 dalam lab.. phrase kedua dalam greenhouse.. phrase ketiga dalam lab balik.. waa.. haha.. 

pet tak suka duduk dalam lab.. dikelilingi chemical.. pet dah start pening kepala dengan bau chemical.. macam pet, banyak guna chemical yang merbahaya..

i) rose bengal agar -> may cause cancer.. toxic.. respiratory system..

yang di dalam botol ini

ii) lactophenol blue -> affects central nervous system, liver and kidneys.. (inhaled or absorbs through skin)

yang biru itu

dan beberapa chemical yang lain.. bab hidu tu jangan kata la.. haha.. kena skin tu pun jangan cakap la.. memang berkaler-kaler la jari semua.. memang tak bagi kesan sekarang.. tapi akan datang tu yang pet risau..

sejak beberapa menjak ni, pet dapat rasa la kalau pet main dengan lactophenol blue sehari tu, malam mesti ada masalah.. walaupun dah precaution yang sangat-sangat.. cuma masa awal tu memang tak ada precaution la.. haha.. sebulan hidu.. sebulan kena jari.. lepas tahu tu, memang pakai penutup hidup, glove semua.. takut woo.. haha..

dengan keadaan paha yang tak baik-baik.. ntah la.. pet dapat rasakan, i will be like this forever.. sebab paha makin lama, makin tak kuat.. hari-hari sakit.. hari-hari angkat benda berat.. sakit paha lebih hebat dari sakit tangan.. sakit tangan boleh balut, sakit paha, memang makan ubat je la.. haha..

but.. i will stay strong :) InsyAllah..

Sunday 11 November 2012

Cuti mid sem/term?

Salam..

lamanya pet tak update.. mostly semua auto publish dan semua auto publish dah habis.. haha.. nak update pun tak berkesempatan.. haha.. sekarang adalah masa cuti mid term.. haha.. tapi.. cuti la sangat.. tak ada cuti pun sebenarnya.. haha.. secara officialnya pet mula bercuti pada 7 november 2012 sampai 18 november 2012.. sebab pet dah tak ada kelas masa tu.. tapi sepanjang masa tu pet sangat sibuk..

7 november, sibuk dengan slide preparation untuk capture gambar using compound microscope.. nak letak dalam projek tahun akhir pet.. malangnya Trichoderma spp pet terlalu tua.. huhu.. benda tu terlalu cepat matang.. 3 hari sahaja.. hari ke 5 dah tua bebenar.. haih.. 

ni slide preparation beberapa minggu lepas

8 november, sibuk masuk hutan getah.. haha.. ambik kayu untuk pertambahan blok kayu getah.. 2 minggu yang lalu dah proses 102 blok kayu getah.. time ni nak hasilkan lagi 100 blok kayu.. *pet tak masuk pun.. tengok dari luar.. haha.. takut jatuh :D

malu dengan beliau.. tak pandai cakap Sarawak~ huhu

another rubber wood :D
 9 november, potong kayu getah ke blok getah.. dapat hasilkan 105 blok getah.. masukkan dalam oven.. sepanjang hari minggu letak dalam oven.. hehe..

potong di bengkel teknologi kayu

finally masuk lagi 105 blok kayu

tu la kerja pet.. berehat pada hari sabtu dan ahad.. haha.. esok dah banyak benda nak buat.. nak rendam blok kayu getah.. nak buat slide preparation Trichoderma spp untuk capture gambar pukul 2.30 petang esok.. nak poured agar PDA yang dah habis stock.. nak check isolation Ganoderma spp minggu lepas.. waa.. esok dari 8 pagi sampai 5 petang memang confirm di lab.. dan kena siap-siap identified species Trichoderma spp tu sebab minggu ni kena start buat In vitro dual culture before proceed to mass production..

err.. ni gambar beberapa minggu lepas semasa penyediaan PDA dan Slant agar.. haha

ini adalah 3 buah buku rujukan yang dipinjam dari supervisor dan telah dicopy untuk rujukan :D

pening kepala pet fikirkan projek tahun akhir ni.. penat betul.. walaupun benda ni menarik.. serius.. assignment pun banyak nak kena submit on 19 november~ huhu..

akhirnya semalam makan besar bersama-sama kawan :D

sekian~

p/s : have a save journey sister :) we always pray for u :)