Thursday 22 November 2012

Greenhouse~

Salam..

sedar tak sedar, sekarang dah week 10.. week 14 last kelas.. then final.. cepat masa berlalu.. terutama bila terlibat dengan projek tahun akhir.. hari ni berjaya tak masuk lab.. hehe.. sebab hari ni dah berjanji dengan pengawai pertanian universiti untuk tengok tapak rumah hijau untuk projek pet..

semalam dah berjumpa ketua pengawai pertanian universiti dan berbincang untuk tukar kawasan untuk rumah hijau.. selepas rujuk sini, rujuk sana, akhirnya pet dapat bawah pegawai pertanian unit hortikultur.. disebabkan pet memerlukan persekitaran terkawal, itu sahaja tempat yang tinggal dan terbaik untuk projek pet.. yang lain dah penuh.. haha..

ok la kan.. harap-harap supervisor setuju :D


disebabkan berjanji pukul 2 petang untuk melihat kawasan, jadi dekat pukul 2 la baru nampak pet kat situ.. haha.. tapi sebenarnya pet tak larat nak jalan pun.. masa pet pergi Gua Niah minggu lepas, pet terjatuh sebenarnya.. tapi dah ok.. tapi hari ni entah kenapa sakit macam jatuh kat Gua Niah hari tu.. lepas melawat tapak tadi pet tak dapat jalan, sebab sakit sangat.. mencabar juga la nak melangkah sampai ke moto.. nak start lagi.. berpeluh juga la pet.. haha..

sampai je bilik benda pertama cari pain killer la.. sebab makin sakit kan.. tangan, kaki.. macam dah berjanji pula diorang.. sakit serentak.. pandai juga komunikasi mereka.. haha.. entah la.. kadang-kadang pet tertanya, sampai bila la perlu makan pain killer tu? pet sentiasa cari jalan untuk elak makan benda tu.. tapi pet makan sebab pet dah tak boleh bertahan.. selalu pet akan tido kalau pet sakit.. tapi pet banyak lagi kerja nak buat.. jadi tu la cara terpantas untuk pet bertahan.. tapi tido juga kejap.. sebab sakit sangat kan..

new pain killer~ pelik rasanya..

2 comments:

Chic Na said...

lasak sangat ni. bahaya la pet mkn pain killer banyak2.

Emma said...

x sedar kan.. -_____- x sngka sem ni dh nak berakhir.. huhuhu.. jaga kesihatan selalu pet!