Sunday, 18 November 2012

Trip to Miri

Salam..

Alhamdulilah.. selamat sampai sabtu 9 pagi ke Bintulu semalam.. haha.. plan bertukar.. hehe.. sepatutnya pergi Miri, 9 pagi hari khamis, dan pulang hari jumaat.. tapi pulang hari sabtu.. haha..

penat pun tak hilang lagi.. pet keja tido je dari malam semalam sampai hari ni.. serius penat.. lebih kurang 830 km.. pergi balik sana lebih kurang 440 km rasanya.. so baki 390 km kira berjalan-jalan dalam Miri la.. hehe.. sini tak macam semenanjung.. ada R&R.. sini road sahaja.. ada 2 road nak ke sana.. jalan pendek dan jalan panjang.. pet guna jalan panjang.. jalan Bintulu-Miri.. kalau jalan pendek, jalan melalui pantai..

so far memang kotor la kereta pergi sana.. hehe.. lubang besar-besar.. hehe.. laluan lori.. tapi memang menarik.. hehe.. first destinasi kami ke Gua Niah.. dalam pukul 12 sampai sana.. guna kad matrik masuk dalam rm3.. dengan tambang bot lebih kurang rm2.. so dari sana bertolak semula ke Miri pukul 3 petang..

here we are ^^

ada buaya.. hehe.. nasib kami tak jumpa buaya tu~

sekitar Gua Niah~

on the way ke Miri, singgah makan di Station Niah.. malangnya.. makanan ada sesuatu yang amat pelik.. huhu..

pilih la kedai yang bersih dan diyakini :D

then perjalanan diteruskan ke Miri.. stay di Park Hotel dengan harga rm110 double standard room.. ada 2 double bed.. no bad bilik tu.. hehe.. selesa.. just check in.. mandi dan gerak ke Mall yang ada cinema.. beli Mcd, Big Apple Donut, Sugar Bun dan lain-lain.. pet beli Mcd ja.. hehe.. tapi Samurai burger still tak masuk Sarawak lagi kot.. bila tanya, masih tiada di sini..

6 tiket late night movie :D

ni la filem yang kami tengok, pet beround-round tido dalam tu XD

akhirnya pulang ke bilik 3 pagi.. dan keluar semula 8 pagi keesokkan harinya.. destinasi pertama adalah Muzium Petroleum.. then terus ke Mini Crocodile Farm.. lepas tu sempat juga makan nasi lalapan.. not bad la.. haha.. then pergi ke Republic Beach.. tengok sunset..

atas bukit ni muzium ni~

rm16 per entry~

nak makan daging buaya? hehe

ni sate buaya

ni Aril.. umur dia 4 tahun.. hehe

cantikkan sunset sini :)

hotel ni sangat cantik.. mesti mahal

then singgah beli Mcd, Famous Amos, Big Apple Donut.. pet macam biasa masih setia dengan Mcd.. haha.. then dah pukul 10 malam.. nak balik Bintulu tapi takut sebab jalan tu hutan sawit dan tak ada lampu jalan.. jalan lama tu kira laluan lori.. jalan baru tu bahaya.. banyak perompak tahan waktu malam.. huhu.. then kitorang semua sepakat tido semalam lagi.. double room rm70.. tapi esok pukul 5 pagi bertolak balik.. sebab pet kena masuk lab..

kereta baru QTK.. baru 870 km kereta ni digunakan.. hehe

disebabkan terlalu letih, kami bangun pukul 5 pagi.. haha.. 6 pagi baru bertolak dari Miri.. sampai 9 pagi.. non stop drive.. hehe.. yang bestnya pet la.. dapat priority tido atas katil sebab driver.. haha.. kemain kawan-kawan pet.. haha.. kitorang tido pukul 2 pagi.. no wonder la bangun 5 pagi.. haha.. dalam kereta semua tido.. tapi diorang gilir-gilir la bangun teman pet drive.. yang best tu, bila lagu best, diorang menyanyi kuat-kuat sambil mata pejam.. tu yang paling pet tak tahan nak ketawa tu XD haha..

sampai 9 pagi, masuk lab 10 pagi.. pergh.. penat sungguh.. haha.. 3 petang keluar lab.. selesai 30 blok kayu.. 

sekian ^^

3 comments:

jaakechik said...

bestnya pet..sesekali kuar merendet reramai sonok kan? tadak ole-ole utk jaa ke? kikiki...

Chic Na said...

seronoknya. pet mkn sate buaya tu?

elisa rumpang said...

baca ni buat sy tsenyum sorang2.rndu nak jalan2 dgn korang.nth bila lagi dapat jumpa.