Sunday 23 June 2013

Fire Drill :D

Salam..

masih mengisi masa yang lapang dengan menyiapkan Final Year Project bersama-sama menghabiskan sisa-sisa masa yang ada dengan makan tanpa henti.. haha.. disebabkan makan tanpa henti berat badan pun naik macam belon la.. hehe :P

oh ya.. semalam pet keluar dengan kawan-kawan dan lecturer dan makan bersama-sama di Ayam Asia Steamboat.. tak berapa jauh dari Kedai RM5 yang pet selalu lepak dan makan.. hehe.. jujur la pet katakan, pet selalu lepak makan Steamboat Jun Rong berbanding Ayam Asia Steamboat sebab yang pet sendiri malas nak taip.. haha.. tunggu la kalau pet rajin pet bagitahu kenapa.. haha..



dan malam semalam juga first time pet jejak kaki ke salah sebuah *** la.. jujur juga pet katakan pet dalam ketakutan masa jejak kaki masuk situ.. sempat kawan pet tanya pet "kita tak berdosa kan masuk sini" err.. pet pun cakap tak la.. sebab sekadar ingin tahu kan.. tak lebih dari itu.. huhu.. pening kepala pet masuk dalam tu.. silau mata pet.. huhu..

malam semalam juga boleh pula ada Fire Drill.. berdrill-drill la pet dalam bilik.. haha.. dalam 12.30 am macam tu adik pet mesej cakap ada Fire Drill dan wajib turun.. pet time ni rasanya dah tertido dengan aman dan damai.. pet baca dan reply dalam jam 2.50 am macam tu la.. dalam 3.15 am ke 3.30 am macam tu mula la bunyi Siren Kebakaran dan Healer blok.. tu tak kira main suis utama elektrik ditutup dan bilik diketuk dengan sekuat hati -.-" pet yang kepanasan dalam bilik bangun la.. pakai tudung bagai.. then busy cari kunci bilik.. ntah mana pet campak atas meja pet.. haha..

dah jumpa kunci, pet pun buka la pintu bilik.. buka ja, tercegat adik pet depan pintu bilik.. ingatkan dia nak ajak pergi ke macam mana.. rupanya-rupanya dia ajak pet masuk bilik dan tido.. haha.. pet pun buang la tudung, buka tingkap dan tido atas katil.. haha.. kejam-kejam.. dan paling kelakar, adik pet takut gelap.. pet agak tak percaya la pada mulanya.. tapi bila tengok keadaan dia pagi-pagi tadi, betul la dia takut gelap :D

ok la.. tunggu entry esok pula.. esok nak submit Final Year Project untuk check format yang digunakan.. mohon lulus.. nak balik ni hari khamis.. hehe :)

No comments: