Wednesday, 19 September 2012

Basal Stem Rot (BST)

Salam..

err.. sambil-sambil baca journal-journal mengenai Ganoderma boninense, pet rajin pula nak update mengenai benda tersebut.. haha.. sebab fyp pet berkenaan perkara tersebut.. haha..

Basal stem rot (BSR) selalunya disebabkan oleh Ganoderma boninense.. penyakit yang hebat serangannya terhadap pokok kelapa sawit.. kawasan Asia ni tentulah di Malaysia dan Indonesia.. Ganoderma ni susah nak dikawal sebab dia ada banyak resting stages.. macam melanised mycelium, basidiospores dan pseudosclerotia.. 

selalunya untuk penanaman jangka masa panjang, kita akan gunakan variati yang resistan.. tapi untuk jangka masa pendek, selalunya kawalan biologi akan diguna pakai.. selalunya di tanah liat kawasan pantai kegemaran serangan ni.. progress penyakit ni perlahan sangat tapi second generation memang rapid betul.. dalam 50%.. Ganoderma ni tak memilih sangat.. dia serang semua peringkat umur sawit.. sebab tu Ganoderma ni penyakit yang agak digeruni dalam  production sawit.. sebab bila dia serang, pokok InsyAllah la mati.. haha..

maaf la.. agak susah nak translatekan dalam bahasa melayu penuh.. haha.. ni kira pemahaman pet sepanjang pet membaca journal-journal.. nanti pet share berkenaan agen kawalan biologi terhadap Ganoderma :)


5 comments:

muhammad asyraf said...

oh..ini adalah tentang penyakit pokok kelapa sawit ye? :)

kaishin said...

nasib baik tpt saya ni tanah gambut, maknanya bukan tpt kegemaran dia merebak la kan..selamat :D

jaakechik said...

penah tgk iklan Ganoderma ni dalam tv hari tuh...utk kelapa sawit...ghehee

Emma said...

susah nk faham~~ hohoho...

Chic Na said...

ingatkan manusia je sakit. pokok pun. ;)