Thursday 26 December 2013

QSBG presentation!

Salam..

Alhamdulilah.. tamat sudah presentation keseluruhan di QSBG.. jadi esok adalah hari terakhir untuk pet bergelar staff atau trainee di QSBG.. sedar tak sedar dah hampir ke penghujung week 22.. Ya Allah.. rasa macam baru semalam register masuk QSBG untuk training.. time flies.. gitu.. haha.. jadi esok entry yang istimewa.. InsyAllah.. tribute to QSBG.. :P

ok.. macam biasa.. masuk dewan mesyuarat Horticulture Section.. setting semua.. then orang first datang, P'Ann dan May.. haha.. then tak lama lepas tu masuk P'Pailin, P'Dau, Mint dan ramai lagi.. pet ni lupa nama.. haha.. bermula dengan kawan pet then pet, kembali kepada kawan pet yang lain dan pet semula.. dalam dewan tu terlalu sejuk.. menggigil-gigil pet.. haha.. once siap semua ada la sikit sesi soal jawab.. err.. betulkan few species name dan others! haha..

dari kiri, P'Dau, May, P'Ann dan P''Pailin
dari kiri, Mint *time ni tak masuk lagi*, Peng, Eyes, staff yang pet tak ingat nama XD
bergambar dengan P'Ann

siap semua, P'Ann belanja kami minum air.. sedapnya.. haha.. pet macam biasa makan Kao Soi Kai.. haha.. then siap semua terus ke Entomology Section.. diorang ada buat jamuan perpisahan untuk kami.. dah kenyang tapi tetap makan.. haha.. then jumpa Pa'Kiaw untuk minta organization chart in english then pergi ke Muzium Department.. tangkap gambar semua dan balik semula..

dari kiri, P'Toi, P'Wit, Isteri P'Wit dan P'Umph
P'Umph sibuk membakar fishball chicken
bersama-sama staff untuk jamuan perpisahan
here we go :) punya la banyak orang tangkap gambar!
Pa'Kiaw carikan organization chart dalam English
bersama P'Noi di Muzium Department

then busy masuk festival.. just jumpa P'Oi dan few more staff.. pet lupa nama staff tu.. dia bagi pet belon bentuk bunga.. haha.. cantik! then pet terus ke geng jual pokok (P'Dau, P'KekHuwai, P'View, Mint, Beer, Mon).. tak lama kat situ, datang Tum (Toom).. hadiahkan pet pokok.. err.. sedih pet rasa.. sebab pet tak dapat bawa balik pokok tu T.T.. tapi pet hargai keikhlasan diorang.. oh.. ada yang nak jumpa esok untuk tangkap gambar dan lain-lain.. haha.. sedih je pet rasa :(

belon dari staff *tapi dah bagi dekat intern lain* dengan bunga dari Toom
cantik la bunga ni.. tapi tak dapat bawa balik Malaysia
"Toom for Pet" haha

oh.. sekarang ni krisis politik di Thailand semakin menakutkan.. pet rasa la.. kerisauan untuk ke Bangkok jelas kelihatan dekat kawan-kawan pet.. pet pun risau juga.. sekarang tengah planning semula macam mana nak ke Bangkok untuk flight pulang ke Malaysia pada 4 Januari 2014.. hmm.. nanti la pet update lain.. haha.. pet dah mengantuk.. sebab semalam pet tidur dalam 3-4 jam sahaja.. jom :D

sekian!

No comments: