Wednesday 4 December 2013

King's Birthday!

Salam..

express update.. haha.. pet sekarang agak malas nak menaip.. tambah-tambah time sejuk macam ni.. haha.. walau pun sini bukanlah turun salji, tapi cukup la sejuk yang ada ni.. haha.. air panas tak ada, beku dah pet setiap kali mandi.. haha.. duduk dalam bilik pun pakai sweater.. haha.. pergi kerja, macam duduk dalam ais.. sejuk tu jangan cakap la.. haha.. Mae Rim sekarang memang boleh tahan sejuk.. dengar kata tengah turun untuk capai 5 celcius.. tak tahu la pet sempat rasa atau tak.. haha..

dari kiri, Kukai - pet (gemuk dah sekarang) - Rey

oh ya.. hari ni hari terakhir Kukai dan Rey.. diorang present hari ni dan menamatkan training mereka.. sempat la pagi tadi bergambar kejap.. esok diorang dah bertolak balik University diorang.. sempat la berkenalan dalam seminggu dua.. haha..

konon buat kerja dengan bersungguh :D

malam ni pula pet sibuk update buku log internship pet.. Alhamdulilah siap sampai esok.. haha.. oh ya.. esok cuti sempena Birthday Raja Thailand.. sebut pasal Raja Thailand ni, pet teringat Duck.. beberapa hari lepas, rasanya hari Isnin yang lepas.. Duck ada share video dengan pet.. berkenaan raja mereka.. kenapa orang Thailand sangat sayangkan raja mereka..

watak lelaki Thailand ni sebenarnya menarik perhatian pet.. hensem :P

pet pun tengok video ni.. kagum pet.. raja mereka sanggup bersusah payah nak bersama rakyat mereka.. before ni pet pernah tengok tv di Thailand.. ye la.. still kat sini kan.. haha.. dalam ni dia cakap la macam mana raja dan permaisuri jumpa rakyat.. baca surat yang rakyat bagi depan-depan rakyat tersebut.. terima apa sahaja yang rakyat bagi.. sanggup bersusah payah untuk rakyat.. patut la raja mereka sentiasa di hati.. kalau di office, boleh dikatakan 99% staff akan letak logo, gambar or apa-apa yang melambangkan perasaan sayang mereka kepada raja.. 

oleh yang demikian, pet yang berada di Thailand ni rasa kagum dan terharu dengan kepimpinan raja mereka.. Happy Birthday Raja Thailand :)

p/s: esok cuti! yeay.. haha

No comments: