Tuesday 24 December 2013

Botanic Festival Day 4

Salam..

bertemu lagi di hari ke empat Botanic Festival.. haha.. pet hari ni langsung tak jejak kaki ke booth UPM bersama-sama kawan pet.. lalu dan pandang sipi-sipi ja.. haha.. hari ni juga pet macam biasa sibuk tolong Mon dan Beer jual pokok.. macam hari-hari yang lain sepanjang Botanic Festival.. haha..

Section "Rose Bud Tea"
ni banner Botanic Festival
papan lagi.. haha

disamping jual pokok, pet dengan Mon dan Beer kena lekatkan label compost di pack compost yang berharga 20 baht.. sempat la juga bergambar dengan P'Oi.. staff bahagian nursery.. pet agak rapat la juga dengan beliau.. hehe.. selalu buat kerja bersama di nursery.. hehe..

lekatkan logo compost
P'Oi dan pet.. hehe

oh ya.. hari ni pertama kali pet tengok rakaman video klip dibuat di QSBG.. area bunga rose.. menarik.. artis tu mimic mulut sambil diorang pasangkan lagu tersebut.. err.. entah.. tapi pet dapat tengok la proses pembikinan video klip lagu.. haha..

nampak tak rakaman dibuat dengan penyanyi.. hehe

then.. waktu petang, ada segerombolan pelajar kurang upaya.. pet tengok diorang gunakan bahasa insyarat.. mungkin bisu dan pekak.. pet pandang ja diorang.. diorang terlibat dengan melukis dalam Botanic Festival.. sangat menarik perhatian pet.. kegigihan dan ketabahan mereka buat pet terpukau seketika.. hebatnya diorang diuji dengan kekurangan pacaindera tapi mereka mampu untuk berdikari..

sedang kusyuk melukis dan mewarna
cantikkan.. nampak real :D

waktu tu juga, Mon ada menceritakan sesuatu kepada pet.. susah pet nak cakap.. sebab pet rasa, sabar itu jauh lebih penting dari buat keputusan drastik.. huhu.. sebab kadang-kadang sesuatu keputusan tu bakal mempengaruhi orang lain.. never mind la.. huhu..

ni la kerja Mon.. haha
Mon dengan kulap tak boleh berpisah.. haha
Pet pun tumpang juga :D

oh ya.. esok hari terakhir before present full intership di QSBG.. 26 Disember.. 27 Disember dah tamat internship.. sempat la pet update tentang Botanic Festival sampai 27 Disember.. lepas ni entah la macam mana.. haha..

sekian!

No comments: