Thursday 29 August 2013

Lunch di Entomology

Salam..

bertemu lagi di entry seterusnya.. lewat update rini.. banyak kerja sebenarnya.. haha.. sampai ja rumah, kemas dulu.. then masak nasi.. lepas tu minum milo panas dan reka resepi baru.. haha.. bajet je tu.. haha.. kutip baju dan lipat, solat dan iron tudung.. siap tu semua on laptop.. buka email.. dapat la email dari UPM.. mula la fikir, macam mana nak jawab soalan temuduga tersebut.. haha..

selesai semua kerja, makan malam, kemas dapur dan naik ke bilik macam biasa.. mula la sesi menaip blog ni kan.. haha.. oh ya.. entry hari ni lebih kepada sesi makan tengahari di QSBG.. pet rehat jam 12.00 - 1.00 pm waktu Thailand.. sejak hari selasa, pet makan di pantry Entomology.. bukan la makan dalam pantry, tapi sekitar kawasan tu.. semua department sini ada pantry masing-masing.. siap tempat memasak, microwave, peti ais, air automatik panas sejuk dan macam-macam lagi la.. haha..

pet dan kawan-kawan pet suka makan som tam.. jadi staff kat situ hari-hari buatkan som tam untuk kami.. baik kan diorang.. haha.. bukan setakat tu, masak macam-macam.. kalau sayur, pet makan.. kalau dicampur ayam, daging tu semua pet tak makan.. sebab takut benda tu tak disembelih.. lagi pun kat sini susah nak jumpa orang islam.. begitu juga makanan mentah yang disembelih.. kena cari di Makro.. tu pun dah siap packing.. kalau Tesco Lotus agak susah la.. kalau ada ayam dah lama.. setahun yang lalu.. kalau The Big C Extra pula lebih kepada makanan segera (ready meal) halal.. 

sambung lagi cerita makan.. haha.. selalu yang buat som tam adalah P'Toi.. lepas tu P'Umph akan bantu.. P'Umph ni tua setahun ja dari pet.. dia suka bersembang dengan pet.. tapi kadang-kadang pet tak paham apa yang dia nak sembang dengan pet.. tiap kali kalau dia nampak pet sorang-sorang kat pantry, mesti dia datang nak sembang dan bagi pet makan macam-macam.. kadang-kadang pet serba salah nak tolak.. selalunya macam pisang dalam pulut, asam-asam, rebung rebus dan macam-macam..

tengah masak "Pad Phet" adalah P'Noi.. tengah buat som tam adalah P'Toi
in the making - som tam dengan budu
som tam hari selasa.. hari rabu dan khamis, pet malas nak upload masuk :D
baju purple, P'Umph. baju pink, P'Toi

pet paling tak boleh lupa bila dia cakap "you're funny".. pet pun terfikir, funny apa pula.. sedangkan pet jarang bercakap sangat sebab masing-masing tak paham.. haha.. last sekali P'Umph suruh kawan pet translate dari Thai ke English.. rupanya-rupanya dia nak tanya "Do you enjoy working here".. haha.. gelak je pet ingat balik.. macam nak suruh "Stop" jadi "Se'top".. hehe.. serius, pet senyum ja.. ingat lagi, bila dia nak cakap isteri P'Korn pregnant, dia tak tahu perkataan "Pregnant", dia buat gaya depan pet.. lepas tu puas la pet teka macam-macam perkataan yang hampir sama maksud dengan pregnant.. haha.. 

P'Toi pula sibuk google translate di Iphone dia.. hehe.. diorang berdua memang nak sangat bersembang, tapi sayangnya pet tak paham.. kadang-kadang pet dapat tangkap apa yang diorang nak cakap.. bila diorang buat gaya macam-macam.. haha.. terutama P'Umph.. haha.. oh ya.. semalam P'Umph belikan kami nasi beriyani ayam dari kedai halal.. terima kasih P'Umph.. sedap sangat :) nanti boleh la bawa kami naik Hilux eh :P

tak lupa juga P'Wat dan P'Wit.. P'Wat bahagian Entomology juga.. dia suka betul sebut nama pet.. haha.. tapi tak jadi izzah la.. jadi issah.. haha.. sebab diorang susah nak sebut "z".. tapi tak penting pun, janji ada bunyikan.. haha.. P'Wat pernah cakap, kalau dia pandai cakap English, mesti seronok nak sembang.. haha.. P'Wit pula bahagian Nurseri Orkid.. dia agak gigih belajar bahasa melayu.. haha.. tak lupa juga apa ntah nama.. serius banyak sungguh nama staff.. sampai pet lupa.. haha.. 

so far, staff kat sini baik-baik belaka.. jumpa kat mana mesti nak lambai tangan dan greet.. mostly yang muda la.. tak kisah lelaki atau perempuan.. staff section Entomology, section R&D dan section Culture Tissue.. sebab section tu ja nampak muka pet :P

sekian!

1 comment:

~cAhAyA kEmUL!aAn~ said...

haha..name diorg mmg de 'P' ke pet??