Thursday, 8 August 2013

Hari Raya!

Salam..

tiba-tiba hari ni rajin nak update entry di pagi raya.. haha.. waktu sekarang 6.53 am waktu Thailand.. Malaysia dah 7.53 am la jawabnya *time taip entry*.. haha.. ok.. di pagi raya ni agak sedih.. benda pertama sekali pet dengar adalah takbir raya.. dalam laptop ja la.. menitik la air mata.. sebab rare nak dengarkan.. sini nak dengar azan pun payah.. apatah lagi takbir raya.. sebab kawasan pet duduk peratus orang islam sangat sikit dan nak jumpa hanya di 1 kawasan sahaja.. Halal town or something la namanya.. pet lupa.. haha..

tak tahu la apa mood pet pagi raya sambil bekerja nanti.. haha.. kawan pet di Canada berjaya dapat cuti sehari.. tu pun payah la nak apply.. tapi diorang raya esok.. Eropah kan lewat sehari.. pet di Thailand langsung tak dapat cuti.. haha.. lagi rare :').. haha.. yang di Poland pet tak pasti la diorang dapat cuti atau tak.. haha.. tapi jujurnya pet tak la mengharapkan cuti sebab ni minggu ke 2 internship.. pet agak, agar sukar nak apply cuti.. especially bila orang islam terlalu sikit di sini.. tempat pet tak ada langsung beragama islam..

di pagi raya ni, nak siap pergi kerja pun agak malas.. selalu pet mandi 7.30 am dan jam 8.00 am dah siap semunya.. basuh baju ka, sedai baju ka, semua dah complete.. tunggu staff datang ambil jam 9.30 am ja.. 9.15-9.30 am diorang datang ambil kerja..

ok la.. dah lewat.. kena siap ni :) nak kemas katil lagi, bilik lagi.. then nak mandi.. Selamat Hari Raya Aidilfitri dari Mae Rim, Chiang Mai, Thailand :')


sekian

1 comment:

baby comel said...

Beraya di perantauan.. aduh sedihnya,