Sunday 9 February 2014

Berfikir sejenak

Salam..

Alhamdulilah.. selesai beberapa kerja sebelum pet pulang ke Sarawak.. haha.. risau pet dah nak balik.. lagi la pet rasa forever alone.. haha.. tapi pet boleh kot survive.. insyAllah.. haha.. yang penting, kesabaran tu perlu tinggi.. pet rasa la.. agak pet patah hati, pet pandai la selesaikan nanti.. hehe..

oh.. pet sebenarnya nak buat entry tentang sesuatu yang berkaitan dengan ceramah semalam dan pemerhatian pet hari ini.. tapi time pet membuang masa di google tadi untuk mencari maklumat tambahan, pet terbaca sesuatu.. err.. banyak benda pet baca.. tapi satu web ni menarik perhatian pet.. pet suka ayat-ayat tu.. buat pet berfikir dan fikir..

----------

entah apa motif gambar ni XD

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang...
setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya...
janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja...
kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu...
dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu. ..

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya...
Apabila sekali dia melakukan kesilapan...
bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. ..
akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. ..
Sedangkan jika kamu memaafkannya. ..
boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya...

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan...
yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu...
Menyayangimu. Mengasihimu. ..
Mengapa kamu berlengah dan cuba membandingkannya dengan yang lain...
Terlalu mengejar kesempurnaan. ..
Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain
Kamu juga yang akan menyesal...

Adapted from CLICK ME!

----------

:')

1 comment:

mrnoble said...

Actually, bagus mesej dalam gambar tu, sangat mendalam mesej dia :)