Monday 4 August 2014

Syawal 8

Salam..

hari ni dah masuk syawal ke 8.. cepat sungguh masa berlalu.. bermakna beberapa hari sahaja untuk berada di semenanjung.. sedih sungguh hati ni.. entah la.. berat rasanya nak pulang ke kampus.. macam-macam bakal berubah.. 

to be honest.. pet sendiri dalam kekeliruan.. keliru dengan semua benda di sekeliling pet.. keadaan ni berlarutan sejak beberapa hari sebelum raya sehingga sekarang.. sejak peristiwa sepupu-sepupu mula melontarkan pertanyaan seperti

kenapa sambung di Bintulu?
kenapa tak sambung di Serdang?
kenapa tak sambung di IPTA lain?
kenapa sambung bidang pertanian?
kenapa buat research dan tak ambil coursework?
rugi la masa ambil research, coursework lagi cepat habis master
ni kalau dah sambung kena sampai phd.. sambung dengan lecturer sama je..

dan soalan-soalan tersebut semakin bertambah dari hari ke hari.. tiap kali dilontarkan soalan seperti tu, pet jadi kelu untuk menjawab.. yang pet mampu, hanya senyum.. sampai 1 tahap, pet dah mula risau dengan semua pilihan yang telah dibuat.. 

oh ya.. dek kerana dalam proses apply sambung master ni, maka soalan tentang kawen telah jatuh nombor 2.. haha.. walaupun ejen cari jodoh tak bertauliah mula tumbuh bagai cendawan selepas hujan, tapi pet buat muka blur dan berpura-pura tak paham.. haha.. penat dengar soalan yang sama.. disebabkan menjaga hati ejen-ejen cari jodoh tersebut, maka luahan hati pet diabaikan.. 

kalau mampu baca isi hati pet.. mungkin dapat paham kenapa pet ignore tentang perasaan.. apa-apa pun, matlamat utama pet adalah keluarga dan masa depan.. selain dari tu, biarlah masa yang tentukan.. InsyAllah pet mampu bersendirian.. terutama lepas kes eksiden.. cukuplah sakit dan luka yang dah diberikan.. haha.. :)

keluar hari ni, jalan dah tak jam! hehe..

No comments: