Monday 25 November 2013

Presentation Thai

Salam..

lewat pet update hari ni.. dari jam 8 pm pet nak update sampai sekarang dah jam 10 pm waktu Thailand.. busy booking tiket flight balik bulan Februari, sembang dengan mak, chat dengan kawan-kawan sampai bila nak bangun sidai baju boleh teringat blog buka dan tak siap lagi entry.. haha.. parah-parah.. haha..

mari mulakan dengan cerita QSBG pada hari ini.. dengan erti kata lain, sedang menghargai sisa-sisa masa yang ada dan tinggal untuk berada di QSBG dan Chiang Mai.. sedih la pula.. huhu.. bila perasaan dah berbelah bahagi nak balik Malaysia.. haha.. mungkin patut sambung belajar di Thailand? haha.. berangan je lebih ni.. haha..

pet masuk office dalam 15 minit before jam 9 am waktu sini.. then macam biasa, duduk-duduk di lab.. dalam 9.10 am, datang kawan intern dari section lain ajak tengok presentation intern yang dah habis latihan di QSBG.. pet memang rasa berat je hati nak pergi.. sebab pet tau presentation tu fully Thai.. haha.. tapi pergi je la.. haha..

muka depan slide mereka
introduction berkenaan QSBG - HM Queen Sirikit
yang depan sekali (kiri) P'Pailin.. head of department.. then yang 2 orang depan laptop - student intern
nampak Mon paling depan.. haha.. lelaki kat belakang tu pegawai sini

tak la ramai yang datang waktu presentation tu.. sebab kalau tak silap, ramai yang busy.. cuma minggu ni 2 orang dari Universiti mana entah.. pet lupa.. haha.. minggu depan ada seorang lagi.. disebabkan semua intern dalam section ni kena present, jadi pet dan kawan-kawan memang tak terlepas la kan.. haha.. disebabkan pet habis internship 27 Disember 2013.. jadi pet punya tarikh presentation adalah pada 26 Disember 2013.. mesti ada comparison between UPM dan QSBG.. technique berkaitan.. sebab dia nak tahu macam mana pembelajaran di Malaysia dan apa yang kami dapat sepanjang di Thailand.. dalam kontek budaya, knowledge dan macam-macam..

ni hasil lukisan Mon.. tu tak tengok lagi dia tulis Thai penuh buku pet.. haha

persoalannya sekarang, mana pet nak cari gambar-gambar tisu kultur masa kat UPM? haha.. P'Pailin dah cakap nak gambar comparison.. err.. lebih kurang la.. pet pun lupa dah.. malas nak buka buku catatan.. haha.. dah malam.. tak rajin nak hulur tangan dalam beg.. haha.. oh ya.. waktu present tu, pet minta kawan pet translate.. kalau tak, pet suruh Mon translatekan untuk pet.. haha.. kesian dia.. pening kepala jadi tukang translate untuk pet.. haha..

masa presentation tu, pet ajar Mon dan kawan-kawan Thailand pet bercakap bahasa kita.. memang tak larat pet nak ketawa.. haha.. dan pet sedar, macam ni la susahnya diorang ajar pet cakap Thai.. haha.. asyik salah sebutan ja.. haha.. dah habis semua, pet ajak Mon check culture tissue pet dekat rak.. boleh pula 8 bottle contaminated.. haha.. pasrah je muka pet.. haha..

jangkitan fungus dalam botol pet :(

then time petang, pet tolong Mon dan Biya decontaminated bottle dan cuci bottle untuk kegunaan esok.. time ni memang best sangat.. haha.. sampai staff pun join sekaki.. haha.. motif nak belajar bahasa kita.. penat pet ketawa.. dia macam berangkai.. ada staff yang memang tak boleh cakap bahasa inggeris, jadi dia minta Mon dan Biya translatekan.. lepas tu pet translatekan jadi bahasa kita.. haha.. sakit perut pet ketawa.. haha..

tapi pet happy.. happy sebab pet dikelilingi orang yang baik.. haha.. cara diorang cakap sangat polite.. kadang-kadang pet pula rasa malu.. haha.. plus.. ada soalan cepu emas dari staff.. haha..

1) kenapa pet pakai tudung? waktu tido pet pakai tudung tak?
2) pet boleh makan khinzir tak? kalau bagi khinzir panggang boleh tak?
3) kenapa tak boleh tunjuk rambut kepada lelaki?
4) kenapa lelaki islam boleh kawen 4?

ha.. jawab! haha.. susah oo nak jawab dalam english sebab nak kena cari term yang mudah difahami dan pet tak silap maksud.. haha.. ada lagi soalan lain.. tapi pet tak ingat.. cuma tu soalan yang agak panas la sampai pet pening kepala dek ligat berfikir macam mana nak jawab.. haha.. tapi.. pet happy menjadi sebahagian keluarga QSBG :)

sekian..

No comments: