Tuesday 26 November 2013

1/2 MS Stock Solution

Salam..

Alhamdulilah.. pet masih bernafas pada hari ini dan masih menikmati hari-hari yang gembira di QSBG.. haha.. hari ni, hari yang amat menggembirakan hati pet.. tak tahu la nak cakap macam mana.. tapi pet tetap gembira.. mungkin sebab pet dikelilingi orang-orang yang baik dan banyak bantu pet..

oh.. lupa pula.. pet masuk office hari ni agak lewat.. tapi tak la terlalu lewat.. lebih kurang dalam 9.10 am rasanya.. masuk tu terus buat kerja.. sumbat kapas dalam gabus.. susun botol untuk tuang 1/2 MS agar.. dan tadi staff ajar pet buat stock solution.. best sangat tapi masalah utama pet tak paham.. haha.. sebab staff tersebut banyak guna bahasa Thai daripada Inggeris.. haha..

Pet buat stock solution untuk media ni :)

siap semua time tuang dan letak plastik untuk cover bottle untuk autoclave, ada 2 lagi intern datang bantu.. Luk Kai dan Rey.. mereka daripada Naresuan Universiti.. tapi tak lama pet boleh mengenali mereka sebab 6 Disember 2013, diorang tamat internship.. tapi pet tetap happy kenal diorang lepas Mon dan Biya.. hehe..

dari kiri, Luk Kai - Mon - Biya - Rey :)

sempat juga la lepas lunch pergi hidu bunga rose.. haha.. mulanya pet dengan kawan dan Mon.. tak lama lepas tu datang staff.. Min dengan Fairy.. haha.. pakat join menghidu rose.. haha.. then time petang pet masih mencuci botol macam semalam.. habis tu busy tolong Mon asingkan botol yang contaminated oleh fungi atau bacteria.. tengah buat kerja tu, Mon suruh berhenti dan ikut dia..

ni la tempat membasuh pet.. haha

pet yang tak berapa nak blur ni pun ikut la.. haha.. kami pergi 4 orang intern dan seorang staff.. staff tu Min.. intern tu pet, Mon, Luk Kai dan Rey.. rupanya Min bawa kami masuk nursery yang ada tanaman rare.. nursery tu masih tak dibuka untuk umum.. jadi semua gambar yang diambil tak boleh share di mana-mana sehingga pembukaan rasmi bulan Disember ni.. haha.. tapi best pergi nursery tu! :)

ok la.. semoga minggu-minggu terakhir pet di QSBG akan di permudahkan.. InsyAllah :)

sekian!

No comments: