Tuesday 3 June 2014

Char kuey teow dan Whoscall

Salam..

minggu study week yang amat-amat membosankan.. haha.. jadi pet plan aktiviti makan pet.. bermula dengan pekena "char kuey teow penang" di food court shell dan cheesy wedges KFC.. untuk char kuey teow, RM5.00 ada lebih kurang 4 ekor udang.. kalau nak kerang sila bayar RM6.00.. haha..

ni la bannernya :)
char kuey teow dan cheesy wedges!
unboxing char kuey teow
4 ekor udang yang ada dalamnya
2 pack cheesy wedges
sedap!

pet just beli yang biasa.. untuk rasa, pet hanya mampu cakap cukuplah sekadar nak rasa dan kalau dah ketagih sangat nak makan char kuey teow.. hehe.. then kerana pet dah dapat teka tahap rasa makanan tu, pet pun beli la 2 pack cheesy wedges.. sambil dalam hati berkata *bila kau nak kurus pet?*.. hehe..

---

oh.. pet sebenarnya lebih kepada nak share 1 applikasi yang penting bagi pet.. pet rasa dah banyak kali pet mention nak share tapi sampai ke sudah pet tak share.. pet rasa la.. haha.. pet kadang-kadang pelupa sikit.. haha..


applikasi tu adalah "whoscall" oleh LINE.. pet terjumpa applikasi ni secara tak sengaja waktu pet main-main dalam google play.. pet pun cuba dan guna dari awal tahun 2014.. Alhamdulilah, banyak panggilan scam or whatever yang jenis menjual insurance dan sebagai-bagainya dapat pet block dan tak perlu angkat.. hehe..




cuma pet rasa applikasi ni perlukan akses internet sewaktu sesuatu nombor itu tertera di skrin handphone.. setiap kali nombor yang menghubungi pet, dalam 2-3 saat akan tertera siapa yang call.. dengan icon LINE yang menjerit tu dan description berkenaan nombor tersebut.. selalunya pet akan ignore call tersebut.. once selesai pet teruk block.. dan dalam tu juga akan senaraikan complain-complain berkenaan nombor tersebut..

once dah block, bila nombor tersebut call.. ia akan naik notifikasi memberitahu nombor tersebut menghubungi dan automatik diblock oleh applikasi tersebut.. kiranya tak sempat pun nak bunyi ringtone.. haha.. best la bagi pet.. tak perlu pet dengar segala macam panggilan jual insurance dan macam-macam.. kadang-kadang annoying.. haha.. applikasi ni juga listkan semua panggilan dan carrier yang kita guna waktu terima mesej..

klik untuk download: Android

sekian!

No comments: