Monday 23 June 2014

30 minit lalu

Salam..

bukan main tajuk entry pet.. haha.. pet rasa pengalaman 30 minit yang lalu boleh pet gelarkan "near to death experience".. maybe tak la sampai macam tu.. tapi dapat sakit la.. itu pasti dan semestinya motor pet juga bakal cedera parah.. haha..

30 minit yang lalu pet on the way pulang ke kampus pet setelah pulang dari membeli desserts di Zenq Bintulu.. pet lalu jalan taman yang lalu rumah besar tu.. bukan laluan naik Farley.. laluan taman.. tengah pet membawa motor di jalan yang lurus, tiba-tiba sebuah kereta berwarna putih.. entah kereta apa pun pet tak pasti.. tapi bukan Malaysian car la kot.. keluar simpang mengejut.. 

pet yang tengah membawa motor ni tak ada jalan lain melainkan mengelak dengan masuk ke jalan sebelah dan membunyikan hon tanpa henti.. dalam hati "hoi, kau ni kenapa? tak reti nak tengok kiri kanan sebelum keluar simpang?" haha.. sebenarnya sikit je lagi nak kena pet.. sebab dia di kiri pet.. dan sewaktu dia belok, dia akan touch motor pet disebelah kiri dan of course pet akan jatuh di tengah jalan dan side kanan.. kaki kanan yang pernah patah 2 tahun yang lalu.. pergh..

bila dia sedar pet bunyikan hon, dengan serta merta dia angkat tangan tanpa henti.. mungkin insyarat minta maaf lepas pet pandang je dia.. haha.. tapi memang sipi sangat nak kena.. dan yang paling pet rasa nak cakap, tolong la tengok kiri dan kanan sebelum keluar simpang.. awak tu naik kereta, saya ni naik motor je.. kalau eksiden, saya yang naik motor ni dapat sakit dan motor saya juga turut sakit.. tapi kalau awak, kereta je sakit.. awak selamat dalam tu.. huhu..

kepada semua pemandu.. tak kisah la motor ke, kereta ke or apa-apa sahaja.. tolong la guna signal bila nak belok ke kiri or kanan serta pandang la kiri dan kanan sewaktu hendak keluar dari simpang! jangan disebabkan kecuaian anda, orang lain turut sama terima padah.. pesanan ini ikhlas dibawakan oleh saya sendiri :)

sekian!

No comments: