Thursday 17 April 2014

Istiqomah

Salam..

hari ini, kelas dan amali dibatalkan.. hehe.. tapi pet nak ambil masa sikit, berbicara tentang "istiqomah".. apa yang pet tulis, hasil pemahaman pet daripada perbincangan dengan pensyarah pet.. Dr. S.. hehe.. semalam, pet beranikan diri untuk mohon penangguhan keputusan pet.. which is I believe, Dr. S pun perasan keadaan pet.. pet rasa la..

setelah berbincang, Dr. S banyak bagi nasihat.. berkenaan keputusan untuk memilih jalan.. pet jarang bercerita secara personal dengan lecturer.. tapi kali ni, perasaan tu lain.. tenang tu ada.. Dr. S banyak bercerita tentang pilihan dia waktu bergelar pelajar.. macam mana Allah tetapkan jalan dia.. dan sekarang inilah destinasi dia setelah tamat belajar..

pet juga ada utarakan berkenaan ketakutan.. Dr. S ada cakap, dalam hidup ni kita tak boleh lari dari masalah.. even kita bangun tido pun akan berdepan masalah.. berkenaan habiskan 2 tahun, Dr. S ada cakap.. boleh tapi kena seiiring waktu research dan writing thesis.. kena rajin.. berkenaan background pet, Dr. S cakap bukanlah masalah.. bermula dari bawah.. tanya senior dan lain-lain.. ada masalah kena jumpa Dr. S.. sebab work as a team dan kawan.. kata Dr. S lagi, layanan untuk student undergrad dan postgrad berbeza..

in the end.. Dr. S galakkan pet solat istikharah 7 malam berturut-turut sambil minta mak pet juga lakukan benda yang sama.. setelah dapat jawapan, bila hati dah memilih sesuatu.. istiqomah.. yakin dengan keputusan tu.. sekiranya di masa hadapan, banyak rintangan dalam jalan tu.. tetap yakin dengan Allah.. jangan ubah lagi keputusan.. haha.. jujurnya pet dalam delima di antara 3 pilihan.. tapi sebenarnya pet tetap rasa bersalah dengan Dr. S walaupun keputusan masih belum dibuat.. Dr. S sangatlah baik.. bila dengar semua nasihat semalam, pet rasa sedih sangat.. She is a good lecturer and adviser :) terima kasih Dr. S!

"Istiqomah - Berpendirian teguh atas jalan yang lurus, berpegang pada akidah Islam dan melaksanakan syariat yang teguh, tidak berubah dan berpaling walau dalam apa-apa keadaan sekali pun"

No comments: