Friday 12 July 2013

Ramadhan 3

Salam..

pejam celik pejam celik dah hari ketiga kita semua berpuasa di bulan ramadhan.. cepat sungguh masa berlalu.. pet sendiri rasa masa tu cepat sangat.. celik je mata.. buat kerja-kerja sikit, dah berbuka puasa.. tak rasa terlalu penat.. penat tu ada.. tapi tak la dahaga or sebagainyakan.. hehe..

semalam lewat pet balik.. lepas hantar mak ke hospital temankan kakak pet.. pet tengok tv sambil selimut.. haha.. dalam jam 11.45 malam baru pet keluar dari hospital.. hehe.. drive balik.. 12.15 am baru sampai.. sebenarnya dari rumah ke hospital metro kalau jalan tak sibuk dalam 10-15 minit dah sampai.. tapi paham je la pet.. bawa macam kura-kura.. melayan perasaan dalam kereta :P

hari ni pula sibuk ke maybank untuk buka akaun.. dalam jam 3 lebih la pet sampai maybank bertam.. boleh pula system down.. haih.. dia suh datang pagi isnin.. dah la susah nak cari parking area tu.. haha.. tak sempat singgah cimb.. nak apply untuk international.. boleh keluarkan duit di mana-mana.. hehe.. kemain statement :)

pet sebenarnya mengantuk yang teramat sangat.. tapi kejap lagi nak pergi hospital hantar mak dan lepak di wad sambil tengok tv.. hehe.. tu la keja harian pet.. hehe.. hari ni pula just masak roti kirai a.k.a roti jala dengan kari ayam.. tak dilupakan tom yam, citrus blended dan beberapa menu lagi.. dan ini adalah ramadhan ketiga yang pet tak capture gambar makanan langsung.. haha..

sekian ^^


#Note: listen and understand it.. maybe there is something special from the song.. :) McFly-LoveIsEasy

1 comment:

Chic Na said...

roti jala is my favret ok..