Wednesday 24 July 2013

Ramadhan 15

Salam..

Alhamdulilah.. berjaya sampai ke pertengahan ramadhan.. hehe.. hari ni sepanjang bawa kereta, tak henti-henti dengar lagu raya di dendangkan di corong radio.. bila masuk Tesco lama dengan Village Mall pun lagu raya tak henti-henti.. hehe.. meriah sungguh nak dekat raya ni kan.. hehe.. 

Alhamdulilah juga.. business online sedang berjalan dengan baiknya.. sekarang dah buat drop ship.. dah macam ada ejen kat bawah pula.. hehe.. tapi tak kisah la kan.. janji duit masuk.. hehe.. permintaan masih tinggi untuk sesetengah barang.. pet tak dapat nak order sebab pet dah nak pergi internship.. cuma kakak pet volunteer nak continue urusan postage.. pet masih ambil order.. melalui whatsapp la.. haha.. dan besar kemungkinan akan mula order barang baru/lain selepas raya.. hehe.. InsyAllah..

hari ni hari menguruskan semua urusan.. beli barang yang masih tak cukup.. just beli pendrive dan universal adapter untuk digunakan di sana.. kakak suggest beli 1 ja.. pet kena ada 2 la.. hehe.. 1 memang khas untuk laptop.. 1 lagi untuk charger handphone, camera dan macam-macam.. haha.. barang pun pet tak kemas pun lagi.. bersepah-sepah depan bilik.. haha.. tak cukup kekuatan nak kemas.. haha.. passport pun tak cari lagi kat mana letak.. haha.. kemain teruk perangai pet.. hehe..


tadi dah singgah Maxis Center dan Celcom Center.. Maxis automatik roaming bila pet di sana.. Celcom memandangkan pet pengguna postpaid, jadi kena apply roaming.. dan pet tak dapat apply sebab nombor tersebut bukan nama pet.. jadi pet pun mesej la empunya nombor untuk bantu pet roamingkan beliau.. hehe.. harap-harap roaming la pada 27 Julai ni.. haha.. untuk Digi pula, InsyAllah automatik roaming.. err.. banyak je nak bawa nombor ke sana.. haha.. pet nak guna handphone Digi tu untuk simkad sana.. hehe.. tu yang betul :P 

esok dah 25 Julai.. kejap je masa berlalu.. bersedia ke pet nak mula internship di negara orang? mampu ke pet beraya di negara orang? mampu ke pet nak survive luar Malaysia? boleh ke nak tinggal family nun jauh di sana? macam-macam la persoalan yang bermain di fikiran pet.. haha.. susah nak huraikan persoalan satu persatu dalam fikiran pet.. haha.. bukan kejap di negara orang.. sampai 3 Januari 2014.. 4 Januari baru jejak kaki semula di Malaysia.. kalau ikut tiket flight yang dah dibeli UPM.. berdebar hati pet.. Jumaat dah kena fly ke KL.. haih.. permudahkanlah perjalanan dan semuanya..

malas la nak susah hati.. mesti entry esok dan lusa entry pet susah hati.. haha.. tak mau la malam ni.. nak pergi makan lopeh :P sedap wooo.. hehe.. menu berbuka bersama lopeh, ketam goreng cili, cucoq termenung dan sebagainya.. malas nak ingat.. haha.. dan yang penting, im still waiting for the answer.. bila la nak dapat.. haha.. why you always keep me waiting meh? haha..

selamat berpuasa.. :) jom download lagu raya! hehe..

No comments: