Friday 1 June 2012

Hari Gawai 2012


Salam..

Selamat Menyambut Hari Gawai 2012

kepada semua rakan2 pet.. rakan2 blogger pet.. dan sesiapa shja y menyambutnya :)


Hari Gawai

Perayaan Gawai disambut oleh masyarakat Iban dan Bidayuh di Sarawak untuk meraikan tamatnya musim menuai padi. Pesta Gawai juga dikenali sebagai Gawai Dayak. Pesta Gawai pada kebiasaannya disambut pada akhir bulan May atau awal bulan Jun setiap tahun. Pesta Gawai di Sarawak disambut dengan meriah di bandar-bandar dan di desa dengan persembahan tarian, minuman tuak 'arak beras', dan bersuka-ria. Pesta Gawai di Sarawak telah disambut secara besar-besaran semenjak 1964.

Pada hari pesta Gawai, pelbagai jenis makanan dan air tuak akan dipersembahkan kepada Dewa Padi dan Kekayaan. Satu puisi khas untuk Pesta Gawai akan dibacakan oleh salah seorang daripada mereka sebelum merenjiskan darah ayam jantan ke atas bahan persembahan. Bahan persembahan yang basah dengan darah ayam jantan itu dianggap sebagai pembuka rasmi Pesta Gawai.

Setelah upacara persembahan selesai, perayaan Gawai secara tradisi dimulakan. Seluruh masyarakat berkumpul sekitar 'ranyai' atau pokok istiadat yang dibawa masuk kedalam dan diletakkan di serambi umum di rumah panjang. Perayaan berpusat sekitar ranyai dengan makanan dan minuman tuak. Perayaan Gawai merupakan masa untuk semua orang bersuka-ria sambil menjamu hidangan bersama air tuak.

Salah satu acara paling menarik pada perayaan Gawai adalah Ngajat Lesong. Penari akan menunjukkan kekuatan dengan mengangkat lesung menumbuk padi dengan menggunakan giginya.  Ketika perayaan Gawai, perhiasan tradisional Orang Ulu yang diperbuat daripada manik-manik yang diwarisi turun temurun dan tidak ternilai harganya, akan dipakai untuk dipamirkan. Anak dara orang Iban juga akan mengenakan perhiasan perak yang menonjolkan lagi kecantikan paras rupa mereka. Pesta Gawai dianggap berakhir apabila ranyai atau pokok istiadat dibuang.

Sumber utama : klik sini

46 comments:

Nyue said...

selamat ahri gawai dayak kpd org2 sabah :)

Unknown said...

sambut jgk ke opet oi ?

Unknown said...

Selamat Hari Gawai :D hehe

Hidayatul afzam said...

Selamat Hari Gawai kpd yg menyambutnya =)

budak coklat said...

teringin nak menari ngajat lesong :D

Noor Fatin said...

waaah ngajat lesong tu mcm menarik je ;D

Norzie hany said...

Selamat Hari Gawai kpd masyarakat Iban dan Bidayuh.

AZMI KHAN said...

Sambut hari gawai gak ke?
Selamat Hari Gawai KEpada Yg Sambut....

misyamissyou said...

uhh good info! xtahu sebelum ni mcm mane smbutan hari gawai

9n0L4 said...

ohhh. arini ehhhhh. huhu. lupe. selamat hari gawai to all Malaysian. ;)

ME CTCT said...

selamat hari gawai bg yg menyambutnya...
menakotkan je ngajat lesong tu..hehe

Muario said...

saya tak sambut haha

Scha Aryana said...

Selamat hari Gawai bg yg sambut! thanks, gud info ;)

Unknown said...

uih tak tercabut ke gigi angkat lesung tu hehe...selamat hari gawai kpd yg menyambutnya :D

tirahzairi said...

selamat hr gawai jgk...hehe

pet said...

haha.. xla.. pet tujukan khas utk kwn2 sekelas y menyambutnya :D

pet said...

selamat hendaknya :) sabah dan sarawak

pet said...

sally dok sarawak xsambut ke?

pet said...

selamat :)

pet said...

haha.. g la sana.. kaum iban menyambutnya :)

pet said...

jom wei.. p sana.. kwn aku join nk tgok adat diorg :P

pet said...

selamat :)

pet said...

xla.. pet ucap kpd y menyambutnya :)

pet said...

ty.. :) sumber info tu y memberi fakta :)

pet said...

aah.. 1 june :)

pet said...

haha.. tradisi mereka :P

pet said...

hehe.. pet pun :P

pet said...

ty :)

pet said...

haha.. xtaw la.. pet xdpt join lg.. nnti nk try juga.. nk tgok :P

pet said...

selamat :)

Muario said...

haha tahu tp 1 Malaysia kann .kne amek tahuu .thanks congrates tuu ;) insyaAllah

pet said...

haha.. betul2.. kdg2 just nk taw budaya diorg.. keunikkan sesuatu budaya :D sama :)

Korn Ahmad said...

knapa kat semenanjung xde pesta gawai.. eh ade ke pesta gawai?

pet said...

err.. xda kot.. pet slalu kt sabah sarawak ja :P

Muario said...

yeah :)

amranaiman said...

info yg menarik.. :D bagus2.. tuak tu arak la kan.. wu~~

jaakechik said...

kt kelantan hari gawai x cuti...sob..sob..kalo cuti kan ke best!

pet said...

tuak tu bkn arak.. dye mcm air tapai.. smpan bnyk hari.. nnti dye mcm bergas.. so memabukkan :D

pet said...

yeke? hehe.. tp bkn jumaat ke hari gawai?

Unknown said...

1 Jun birthday gua der :)

Eein Azryn said...

Ingatkan pet sambut gawai tadi. Hehehe.

pet said...

Happy Birthday :) y kbrapa la nh? :)

pet said...

xla.. kwn2 pet sambut :)

Fariz Reza [FR] said...

Assalamualaikum (^_^) datang follow blog ni. Follower yang ke- 1125.

Nanti jikalau ade kelapangan , awak tinggalkan jejak link blog awak di sini ya Exchange link

nanti saya dapat Blogwalking awak selalu (^_^)

Hope dapat jadi rakan yang sejati dalam blogger ni ya , kita gunakan peluang ini sebaiknya untuk mengeratkan lagi hubungan antara 2 blogger (^^_)
Salam perkenalan ; ) sekali lagi dari Fariz Reza .

Fariz Reza [FR] said...

EH SILAP 1125 ; )

pet said...

wslm :) terima kasih follow blog ini.. hehe

nnti sy exchange link kt situ..

InsyAllah :)