Monday 21 May 2012

UPM kampus Bintulu, Sarawak

Salam :)

hye.. rini pet nak update pasal pengajian d UPM sarawak.. haha.. sbb beberapa hari lepas ada org search pasal DPNT.. let start from here

------------------------------------------------------------------

BACELOR SAINS BIOINDUSTRI

Memberi penumpuan kepada ilmu mengenai sumber biologi utama negara iaitu dari sudut pertanian, perhutanan dan perikanan serta integrasinya dengan industri melalui teknologi terkini. Pelajar juga akan didedahkan kepada menjalankan penyelidikan bebas dalam bioindustri dalam pada akhir tahun pengajian. Dengan pendedahan yang menyeluruh, graduan Bacelor Sains Bioindustri bersedia untuk menampung pasaran guna tenaga negara samada sektor kerajaan, swasta atau persendirian.

------------------------------------------------------------------

DIPLOMA PERTANIAN

Diploma Pertanian memberi penumpuan utama kepada bidang berkaitan pertanian seperti sains tumbuhan dan haiwan, pengeluaran tanaman makanan dan ternakan, pengurusan perosak, pengurusan tanah, ekonomi dan pengurusan ladang, keusahawanan tani dan pengembangan.

DIPLOMA PERIKANAN

Diploma Perikanan ditawarkan untuk melatih graduan dalam bidang perikanan dengan penumpuan kepada pembiakan ikan, teknik penangkapan, limnologi dan oseanografi, kualiti air dan tanah, penyakit ikan, ekologi akuatik, ilmu perkapalan dan pelayaran, pengendalian dan pemprosesan hasilan perikanan, dan keusahawanan.

DIPLOMA KESIHATAN HAIWAN DAN PETERNAKAN

Diploma Kesihatan Haiwan dan Peternakan ditawarkan untuk melatih graduan separa profesional dengan kemahiran dalam pengeluaran ternakan dengan penumpuan kepada pengurusan ternakan, foraj dan pastura, kesihatan haiwan dan pengurusan penyakit serta keusahawanan.

DIPLOMA PENGURUSAN PERLADANGAN MAKANAN

Diploma Pengurusan Perladangan Makanan ditawarkan untuk melatih graduan yang menjurus kepada agriteknologi dan keusahawanan serta berkemahiran dalam pengurusan pengeluaran makanan. Penekanan program ini adalah kepada sistem pertanian perladangan, amalan pengurusan tanaman, tanaman makanan industri, pengendalian dan pemprosesan hasilan pertanian, pengeluaran dan pemprosesan ternakan, pengurusan ladang dan perniagaantani, pemasaran dan keusahawantani.

DIPLOMA PERHUTANAN

Diploma Perhutanan ditawarkan untuk melatih separa profesional dalam sektor perhutanan. Peluang pekerjaan merangkumi syarikat swasta, agensi kerajaan dan bukan kerajaan. Penekanan program ini adalah kepada pengurusan hutan mapan, pengurusan hidupan liar, pengurusan industri perkayuan serta pengurusan taman hutan dan rekreasi.

DIPLOMA KEJURUTERAAN PERTANIAN

Diploma Kejuruteraan Pertanian ditawarkan sejajar dengan matlamat ketiga pelan strategi UPM 2001-2010 iaitu untuk meningkatkan keupayaan UPM sebagai Pusat Pengajian dan Perkhidmatan Pertanian serta Biosumber terkemuka di Peringkat Antarabangsa. Matlamat program ini adalah untuk melahirkan graduan yang berketrampilan dalam mengusaha dan mengendalikan sumber pertanian negara secara efektif dan efisyen serta menghasilkan tenaga kerja separa professional yang berkeupayaan untuk memajukan bidang pertanian dengan berbekalkan ilmu serta teknologi moden dalam merealisasikan sektor pertanian sebagai pemacu utama ekonomi negara.

DIPLOMA PERNIAGAANTANI

Program Diploma Perniagaantani ditawarkan untuk melahirkan tenaga separa profesional yang berketerampilan dalam mengurus, mengendali dan memanfaat sumber pertanian negara.
Penekanan diberi dalam melahirkan graduan yang mampu mengurus organisasi selain menangani cabaran perniagaan dalam bidang pertanian terutamanya berkaitan dengan rantaian bekalan agro-makanan (agro-food supply chain). Diploma Perniagaantani memberi tumpuan kepada bidang seperti pengurusan, pemasaran, kewangan dan keusahawanan dalam pertanian. Graduan mempunyai prospek kerjaya yang cerah dalam sektor awam atau swasta selain menjadi usahawan tani.

------------------------------------------------------------------

Done! semua tu drp website UPMKB.. Klik sini

since pet pun lepasan DPT dan sedang belajar BSBI di UPM kampus Bintulu, Sarawak~ Selamat Datang kepada semua adik2..

p/s : ada gambar pet kat BSBI punya description :D tp sipi2 je la.. haha

23 comments:

shuhadaothman said...

bru taw pet stdy kt sarawak. hihi :)

pet said...

haha.. aah.. pet study kt sarawak :D

Unknown said...

rasa nak study balik bessnyer

Adibah Amalina said...

Aihhh.. malasnya nak balik upm bintulu...
Tapi dekat dduk dkat miri je.. hakhak..

pet said...

jom3 :)

pet said...

uit.. jgn mlas :D org miri?

Unknown said...

Study kat UPM Bintulu rupanya :D hehe. Tak jauh dari Miriiii ^_^

pet said...

aah.. pet study kt sarawak :D tp skrg pet tgah extend.. bln 9 bru balik sna :)

AZLA said...

wah, saya setuju dengan artikel yang melibatkan perikanan

terima kasih, sangat okey kawan
terima kasih

http://penyuluhpi.blogspot.com/search/label/METHODE

Miss N™ said...

jauhnyer pet study... :)

sharul izam said...

owh sarawk....inga upm kat sini...one day teringin nak stdy kat upm..=)

pet said...

hahaha.. nk wat camner :P rezeki kt stu.. haha

pet said...

aah.. tp tula.. satu ja degree kt sna.. sedih la juga :D tp ade adik2 dip kira ok la.. hehe.. jom study sana :)

Chic Na said...

laa br tau upm ada kampus kat sarawak. bestla xyah jauh2 ngn famly ye tak pet? :)

pet said...

haha.. psai pa xjauh? jauh la.. pet blajaq sana.. hehe :D

caliph shuriken said...

oic, kursus2 yg menarik.. tp wktu dulu2, kursus cmni sukar nk cari tempat intern kn, huh...

pet said...

yeke? pet dlu time dip senang cari.. mcm skrg xtaw la.. sbb sem dpn bru nk start fyp.. then baru kuar.. hehe

Unknown said...

info yg bgs..

pet said...

ty :)

Noor Fatin said...

semua berkaitan perhutanan, perikanan. hehehe jauh tu sarawakk!

oopet nak kek lapis :p

pet said...

haha.. jauh kn? jauh pn dh 2 tahun woo kt sana.. haha.. susah ar blaja jauh2 wei..

nk kek lapis perisa apa? hehe.. kena tggu pet balik kampus dlu la.. time cuti sem pet turun kuching, bleh msg pet t :)

9n0L4 said...

tak pernah pun sampai sini. jauh sangat. hehe.

pet said...

haha.. jom la p sana :)