Wednesday 8 October 2014

Gerhana bulan

Salam..

rasanya tahun ni agak bermakna.. hehe.. buat kali pertama, pet pergi masjid upm untuk solat gerhana bulan selepas maghrib tadi.. Alhamdulilah.. dari tengah hari pet diajak supervsior dan lecturer-lecturer untuk join bersama.. oh ya.. dalam jam 3.00 pm, pet dan kawan tolong masak bubur beras hitam bercampur beras putih..

ada sesuatu yang unik tentang bubur tu.. mula-mula, beras hitam direndam dan terus direbus dalam kawah.. beras hitam *dari kundasang* dicampur dengan beras putih.. warna dia memang seakan-akan pulut hitam.. lepas mendidih, sentiasa letak air untuk kembangkan bubur.. sambil-sambil tu, panaskan kuali.. letak minyak sikit dan tumiskan bawang putih bersama bawang merah kecil.. lepas tu masukkan ayam yang dipotong dadu dan goreng bersama.. bila ayam dah masak, masukkan ke dalam kawah tadi..

kawah pertama yang hangit disebabkan pet :P

kawah mesti sentiasa dikacau untuk elakkan hangit *pet teralit tadi, hangit dan terpaksa tukar kawah baru* then masukkan santan.. kacau sampai sebati dan masukkan garam secukup rasa.. lepas tu hidangkan.. tabur daun bawang beserta bawang goreng.. rupa dia macam bubur pulut hitam tapi sebenarnya bubur nasi hitam.. sedap! seakan-akan bubur lambuk rasanya..

kawah kedua.. dah tak hangit :)
kepsi oiii.. hehe

oh.. selepas kenyang makan, pet keluar beli kfc.. sebab teringin nak makan menu tokyo.. ok.. not bad.. sos cendawan dia sedap :)

ok la.. bye!

No comments: