Monday 26 May 2014

Seed Technology Week 14

Salam..

hi week 14.. semoga kau baik-baik sahaja.. haha.. terlalu banyak submission sepanjang minggu ini dan minggu pertama final exam.. pet agak bertungkus-lumus juga la menyiapkan kerja.. tapi pet bernasib baik sebab ada yang pet dah mula siapkan waktu mid semester break yang lepas.. so sekarang lebih kepada siapkan part result serta discussion..


hari ni kelas terakhir Seed Technology oleh Dr. Joseph.. will miss him.. as a supervisor and lecturer.. kitorang sempat la bergambar beramai-ramai.. macam-macam aksi.. rasa nak campak je orang belakang pet tu.. haha..

semalam, pet busy print semua assignment nak submit hari ni.. tiba-tiba.. memang tragik la.. bila 9 helai kertas tak cukup untuk printing semua assignment untuk submit.. masa tu dah 11.30 pm rasanya.. macam nak menjerit je dalam bilik.. haha.. macam mana pet boleh tak sedar kertas A4 dah nak habis? haha.. lepas kelas pagi ni, terus pergi mencari kertas.. macam biasa RM13.90 untuk 500 helai kertas Double A..


nampaknya tinggal hari Selasa dan Rabu sahaja.. Selasa mungkin kelas terakhir Plant Tissue Culture dan Rabu presentation tentang subjek tu.. wish me luck.. haha.. report pun belum buat lagi.. nampak gaya memang bertungkus-lumus lagi la hari ni dan esok.. haha..

oh.. Alhamdulilah.. duit zakat UPM untuk cover yuran baru nak dapat.. tapi tak dapat la ke akaun pet.. UPM terus bagi dalam bentuk cheque ke UPMKB.. tapi pet dah bayar yuran minggu lepas.. so staff UPMKB akan clearkan cheque tu ke dalam akaun.. awalnya beliau nak bawak ke depan untuk semester depan tapi pet beritahu ini semester terakhir pet.. just 25 days left untuk menamatkan pembelajaran sebagai pelajar Bacelor Sains Bioindustri opsyen Primer :)

sekian!

No comments: