Tuesday 1 October 2013

Urusan visa

Salam..

pet baru habis tengok movie.. "Europa Report".. best juga.. tapi tak rajin nak buat review movie.. haha.. jadi pet rajin nak cerita kisah praktikal hari ni.. haha.. tapi tu la.. kisah yang sama.. masih sibuk identification.. pet dah hantar dan explain pasal species yang pet identify.. nampak macam pet kurang keyakinan.. jadi Dr. An bagi scale untuk ukur pula.. haha.. dah macam Final Year Project pet pula.. haha.. before ni lagi 3 species, mudah pula pet confirmkan.. terutama Fusarium oxysporium.. haih.. esok cuti.. hari Khamis la baru fikir.. haha..


oh ya.. esok dalam 6.30 am staff datang ambil nak bawa buat visa.. visa pet tamat 4 Oktober 2013.. tadi lepas lunch, department awal pet duduk bertungkus lumus siapkan semua keperluan untuk kami renew visa.. dasyat la diorang.. siapkan gambar.. buat surat.. buat itu buat ini semata-mata untuk visa.. kagum juga la pet tengok staff yang bertungkus lumus semata-mata untuk kami ni.. terharu pun ada.. rasanya pasal visa ni, satu QSBG tau kot.. haha..

before urusan visa, kami mengadap Dr. An dulu.. sebab nak minta cuti renew visa.. sambil tu beri tahu dulu progress kerja.. ada la dalam sejam.. lepas tu staff department lain call la.. haha.. suruh siapkan visa.. haha.. style kot dok sini.. semua jenis ambil berat.. dasyat layanan diorang.. rasanya tak mampu nak balas.. tu tak kira bahasa-bahasa kelakar.. pet kadang-kadang tercakap bahasa kita.. nanti mula la staff guna bahasa tu kenakan pet :P

ok la.. macam nak tido awal.. dan dalam masa yang sama, sejuk sangat setiap hari.. aduh.. mungkin sebab hujan hari-hari kot.. entah la.. tadi Duck mesej.. dia cakap, lebih kurang la musim sejuk macam ni.. err.. May pun ada cakap, sejuk nanti bila musim sejuk.. pet pula kata, bukan musim sejuk hujung bulan 10 ke start? kenapa awal bulan 10 dah sejuk semacam? haha..

sekian!

No comments: