Salam..
dah seminggu rupanya blog tak berupdate.. haha.. pet pun tak pasti nak klasifikasikan keadaan ni sebagai sibuk atau buat-buat sibuk.. haha.. tapi pet sedang dan tengah mengejar banyak benda dalam sebulan ni..
Alhamdulilah.. pet dah beli tiket untuk pulang konvo pada bulan hadapan.. selepas berbincang dengan supervisor, akhirnya cuti diluluskan.. pet akan pulang dalam 28 Oktober 2014.. InsyAllah jika tiada apa-apa berlaku.. lebih kurang sebulan sebelum pet pulang.. jadi kerja tu makin bertimbun..
"chapter 1 - introduction"
"chapter 2 - literature review"
"slide proposal"
"paper plant - Ganoderma spp.; Trichoderma spp."
"drying solid POME"
"filter liquid POME"
"weighting dry solid POME"
"cuci incubation bottle 250 mL 216 bottle"
ok.. tu semua kerja yang perlu dan harus pet siapkan sebelum balik bercuti konvo.. pet target chapter 1, proposal dan paper mesti siap sebelum balik.. introduction pet ni masuk kali ketiga revise.. hehe.. teruk penulisan pet.. slide proposal bakal revise kali kedua.. manakala paper masih belum dibuat.. format semua dah download.. maaf sv lama.. saya masih belum berkesempatan nak siapkan..
untuk kerja-kerja di lab, besar kemungkinan pet mampu siapkan dalam masa 2 minggu lagi.. InsyAllah.. pet hanya mampu merancang.. semoga perjalanan tu dipermudahkan.. kadang-kadang, sampai satu tahap pet rasa malas nak buat apa-apa.. sebab banyak sangat benda.. semua nak kena siapkan serentak.. walhal boleh je siapkan, tapi pet sibuk membuang masa..
keadaan kesihatan pun bukanlah menyenangkan hati pet.. dah 2 hari pet kurang mampu untuk berjalan dengan baik.. paling kemuncak hari ni.. sakit tu sukar untuk pet ungkapkan dengan kata-kata.. kaki dah start bengkak.. pet kena berehat untuk reduce penggunaan kaki.. tapi kerja pet masih banyak.. perlu ulang alik kesana kemari.. haish.. pet harap pet kuat untuk teruskan projek pet.. pet harap sakit ni mampu pergi meninggalkan pet sebentar..
daripada tengah hari tadi, pet sedih.. sedih dengan keadaan pet.. pet tak mampu nak lawan sakit pet.. pet tak mampu ignore kesakitan tu.. semakin kuat pet ignore, semakin sukar untuk pet berjalan.. sedih.. sangat sedih.. tapi pet harap, pet tetap tabah.. mohon bengkak di kaki dan lutut berkurang secepat mungkin..
ok la.. pet kena draft secara kasar flow introduction.. pet tengah susun planning kerja minggu ni.. supaya pet mampu siapkan apa yang patut dan perlu.. till we meet again :)
No comments:
Post a Comment