Salam..
finally, perjalanan semalam dari jam 7.50 am, Rabu tamat pada jam 12.45 am, Khamis.. boleh dikatakan perjalanan yang penuh cabaran.. haha.. bila ingat balik memang tak henti ketawa.. it really nice trip!
|
cari jeti untuk naik feri.. kongsi jalan dengan lori-lori sawit.. |
sebenarnya pet just teman lecturer pet ke sana.. dalam masa yang sama nak tengok bandar Sibu, Mukah, Matu, Daro dan sekitarnya.. first stop minum pagi di area Tatau.. pet rasa la.. pet pun kurang pasti.. lepas minum pagi, terus masuk Sibu.. time ni stop untuk lunch.. perjalanan diteruskan ke Tanjung Manis untuk cari jeti naik feri..
|
first feri.. beratur~ |
|
sikit lagi nak naik |
|
ekspress bot ke bahagian-bahagian tertentu di Sarawak |
|
sungai yang menghubungkan daerah-daerah di sini.. |
|
dalam feri.. |
apa yang menarik perhatian pet sepanjang perjalanan, jalan yang beralun disebabkan kawasan tersebut dibangunkan di atas tanah paya atau pun lebih biasa dikenali sebagai tanah gambut/peat soil.. waktu naik feri tu, memang buat pet teruja sebenarnya.. selama ni naik feri di Penang.. tapi kali ni di Sarawak.. banyak benda pet belajar sepanjang perjalanan..
|
sampai juga ke destinasi pemantauan lecturer pet.. |
|
beli minyak untuk teruskan perjalanan ke Mukah.. |
oh.. pet naik 2 feri untuk sampai ke Daro.. then waktu nak balik naik lagi 1 feri.. jauh sangat.. kedai minyak pun dah tak ada.. terpaksa beli minyak di kedai runcit yang jual seliter RM3.00 sebanyak 14 botol.. supaya kami sempat sampai ke Mukah sebelum jam 9.00 pm untuk isi minyak di stesyen minyak terdekat..
|
feri terakhir sebelum sampai ke Selangau.. |
selama ni pet ingat dari Bintulu ke Miri lebih kurang 203 KM.. tapi dari area Mukah nak balik Bintulu lebih kurang 220 KM.. tu pun dah separuh perjalanan.. apa-apa pun memang mencabar.. kita akan sedar betapa mencabarnya penduduk-penduduk di sini nak berulang alik pulang ke rumah.. bila perkhidmatan feri limited dan tutup pada jam 11.00 pm..
dan.. terima kasih Dr. W dan pemandu UPM sepanjang perjalanan ke sana.. pet rasa pet banyak belajar.. tentang kehidupan dan sebagainya.. semoga kita berjumpa lagi Daro.. InsyAllah :)
No comments:
Post a Comment