Salam..
selesai
sudah event rasmi di kampus pet hari ni.. haha.. habis semua kelas batal untuk
memberi laluan event tersebut.. Majlis Perasmian Universiti Putra Malaysia
Kampus Bintulu Sarawak.. err.. pet agak confuse juga sebab kalau tak silap,
UPMKB ni dah 13 tahun beroperasi secara rasminya.. jadi pet masih blur untuk
memahami kenapa ia dirasmikan di tahun 2014..
|
harvest si kacang hijau dalam seed tray :P |
|
bergambar sebelum gerak ke DSK |
|
bawah khemah pun sempat.. haha.. |
jadi
seperti biasa.. jam 8.15 am pet masih ke JST untuk ambil data untuk Seed
Germination.. mungkin sejam dua selepas itu pet pulang ke bilik.. haha.. macam
biasa.. melepak dalam bilik.. disebabkan kami student ni kena ada di Dewan Sri
Kenyalang jam 1.30 pm.. zohor sini 12.40 pm.. selesai solat terus la bersiap
sedia.. gerak beramai-ramai ke DSK dan sampai dalam jam 1.35 pm..
|
Sultan Selangor - Canselor UPM |
|
Sejarah UPMKB |
|
bakal menempatkan 2 lagi course bacelor selepas BSBI :) |
|
perancangan UPMKB 2014 - 2025 |
|
err.. pet lupa.. haha.. tanda tangan atas sesuatu.. hehe.. |
disebabkan
pet malas nak beli baju putih.. pet pakai baju kurung biasa.. haha.. selendang
UPM pun tak perlu la pet pakaikan.. haha.. nampak tak :P jadi kitorang tak
dapat la kelebihan untuk duduk dalam DSK.. jadi duduk la kitorang di luar dewan
di depan TV.. dapat la tengok perasmian tu.. sebelum tu, tunggu la kitorang..
hehe.. dalam jam 3.50 pm baru nampak kedatangan Sultan Selangor.. maka majlis
pun bermula sekitar jam 4.00 pm dan berakhir 4.30 pm.. haha.. 30 minit je
majlis perasmian tu.. hehe..
|
Tuanku menanam Pokok Engkabang di depan DSK.. |
selesai
majlis, Sultan Selangor menanam Pokok Engkabang depan DSK.. hehe.. itu je la
rentetan cerita dia.. hehe.. sekian.. melaporkan :)
1 comment:
Patut la UPMKB ni nampak 'slow' sikit, rupanya blom rasmi lg. Rentetan dari perasmian lepas ni bertambah maju dan berdaya saing dgn IPTA lain. lokasi dah cun2 dah cuma tak menyerlah lagi.(ari tu sembang dengan pensyarah UKM yg rajin datang Sarawak, dia pun tak tau kewujudan UPMKB kat Bintulu,sedih2,huhu)adios..
Post a Comment