Saturday, 29 March 2014

Weekend 29 March

Salam..

sambil menunggu masuk waktu isya', boleh la update kejap.. hehe.. oh.. ni entry ke 10 pada bulan March.. rasanya entry terakhir kot di bulan March.. pet rasa la.. sebab pet bosan la pula update setiap hari.. hehe.. pet macam biasa la.. weekend yang membosankan.. hehe..

semalam, pet tido awal.. then pet bangun kejapkan update blog.. haha.. hari ni pet keja tido je.. pagi tido, tengah hari tido, petang tido.. Astaufirullahalazim.. buruk benar perangai.. haha.. pet cepat penat kalau banyak berfikir.. dengan itu nak fikir, ini nak fikir.. memang serabut la kepala pet.. haha.. entah bila pet nak study Seed Technology dan siapkan home test Plant Botany dan Economy Botany.. plan malam ni sebelum tido kena siapkan Plant Botany..

oh ya.. pet belum introduce jadual semester ni kan.. haha.. ke dah? pet pun dah lupa.. ha.. baru pet ingat.. pet macam akan tukar nama blog pet.. sekarang nama blog bukan main pinky lagi.. pelik pet.. zaman kanak-kanak blog ni.. pet nak ubah kepada sesuatu yang lebih proper.. cuma.. susah la nak ubah nama.. kena ubah banyak benda yang linkkan dengan nama blog ni.. macam akaun Nuffnang dan beberapa applikasi lain.. sesungguhnya pet amat malas untuk ubah semua tu.. tapi sekiranya azam kuat besar kemungkinan, pet akan ubah pada cuti mid semester ni.. tengoklah pada keadaan dan masa pet.. 

March punya planner
Jadual semester 8..

ok la.. dah masuk pun isya'.. haha.. nak kena cepat.. kejap lagi nak siapkan home test.. oh.. lupa pula.. pet nak share 1 applikasi yang berguna dalam handphone pet.. tengok la esok or bulan April nanti pet update :)

Friday, 28 March 2014

28 March 2014

Salam..

mengantuknya! pet baru bangun dari tido.. tido bangun, tido bangun.. gara-gara lupa silent handphone.. haha.. kalau tak silent, memang ada ja potensi nak berbunyi.. haha.. kadang-kadang berdoa dalam hati semoga handphone habis bateri dan dead semalaman.. haha..

hari ni, pet pergi discuss berkenaan PCR.. lulus.. dan came out dengan jadual baru.. 6 April pet perlu culture fungus dalam broth.. ok.. pet tak pandai.. kena belajar minggu ni.. then PCR berlangsung pada 9 April dan entah bila tamatnya.. hehe.. malasnya pet nak buat PCR.. haish.. nyah kau perasaan malas dari diriku.. haha..

petang lepas asar, pet plan nak pergi beli makanan kucing.. pet kesian tengok kucing-kucing ni dah mula datang bilik.. ada seekor tu pet namakan dia "Noneng".. haha.. entah kenapa.. tapi pet tersuka nama tu.. hehe.. tadi sembang dengan mak.. cerita la pasal Noneng.. mak pet dah mula kurang senang.. yela.. pet ada alahan sebenarnya dengan bulu kucing.. tapi tak la serius.. kadang-kadang alahan tu buat pet irritation kulit, mata dan sometime can't breath properly.. tapi bukan la selalu..

here we go.. for Noneng dan yang lain-lain..
ni Noneng :) 

as long pet tak peluk kucing tu.. tak sayang dia dan bawa dia tido dengan pet, rasanya ok kot.. at least, pet just bagi makan kan.. wish everything will be fine!

target DIET baru! haha
shopping!

Thursday, 27 March 2014

End of week 6

Salam..

officially end of week 6.. haha.. minggu depan last week before bermula mid semester break.. bestnya masa berlalu dengan cepat.. rasa penat dah asyik pergi kelas, buat assignment, jawab test dan bla bla bla.. student life yang agak memberikan tekanan kepada mental dan fizikal pet.. hehe..

semalam.. pet boleh melepak bilik kawan pet sampai jam 11.00 pm lebih.. haha.. topik yang dibincangkan bermula dari program diet atkins, makanan untuk support diet, lawatan ke Kuching, merawat rabun jauh, cerita excident pet dan macam-macam lagi.. terlalu banyak untuk diingat semula intipati cerita semalam.. paling hot, berkenaan test la.. haha.. unexpected katanya.. hehe..

oh.. semalam pet tido lewat.. pet cari maklumat home test pet.. pet just buat draft jawapan.. pet belum tulis dengan pen lagi dalam paper.. semalam juga hujan dengan lebatnya di Bintulu.. angin memang kencang habis la.. hehe.. pet tido pun dalam jam 5.00 am.. haish.. memang tido mati la pet lepas tu kan.. pet dah tak dengar bunyi jam.. pet sedar bila handphone pet bunyi mesej beberapa kali.. pet pun tekan la skrin.. tiba-tiba..

"Kelas Dr. Franklin tiada jam 8.00 am"

terus pet pengsan balik atas katil.. haha.. lepas setengah jam kot baru pet bangun.. buat kerja dan pergi amali jam 4.00 pm.. patutnya amali 2.30 pm.. tapi pet malas betul nak pergi.. haha..

oh.. pet jumpa kucing cacat.. sedih pet tengok.. pet tanya adik-adik ni.. katanya disebabkan oleh tulang patah.. dulu normal katanya :(



Wednesday, 26 March 2014

1st Test CAG4102

Salam..

Alhamdulilah.. tamat sudah test 1 untuk subjek CAT 4102 atau panggilan comel dia Plant Tissue Culture.. haha.. ada 7 soalan semuanya.. 2 jam waktu menjawab.. 2.30 pm - 4.30 pm.. pet keluar awal.. sebab mungkin pet patah hati tak boleh jawab.. haha..

soalannya lebih kurang entah la.. mudah.. tapi tak jangka soalan macam tu.. huhu.. soalan pertama berkenaan penerangan tentang kenapa monocot susah untuk buat kultur tisu.. 5 markah tu.. then cara untuk decontaminate tissue culture.. 5 markah juga.. lepas tu makna term-term yang disenaraikan.. lepas tu kegunaan tissue culture, nutrient affect certain-certain situasi, amino acid dan hormone.. haha.. general la soalan tu.. pet malas nak flashback..

paling pet kecewa.. sangat-sangat kecewa bila pet silap tulis jawapan soalan nombor 6.. jawapan dia Tryptophan tapi pet padam jawapan tu dan tulis semua Trytophan.. tanpa huruf "P".. MasyAllah.. kecewa betul pet.. lepas kawan pet tanya Dr. Nur Ashikin jawapan, dia cakap Tryptophan.. entah kenapa pet pergi cross jawapan tu dan tulis semula.. 2 markah tu soalan tu :(

tak pe la.. maybe tak ada rezeki.. let see apa markah.. total 60 markah yang akan diconvert menjadi 12.5%.. semoga kau baik-baik sahaja.. huhu.. sekarang fikir test CAT4101 hari selasa ni.. 2.00 pm - 3.00 pm.. dan home test CAG4002 dan CAG4003 yang kena submit isnin dan selasa ni..


sekian..

Monday, 24 March 2014

Seed Collection

Salam..

bertemu di post seterusnya selepas beberapa hari pet malas nak menaip.. haha.. semalam pet menaip 2-3 baris je.. lepas tu tak jadi nak publish dan habiskan cerita semalam.. haha.. pet agak busy.. agak je.. sebab rabu petang ni pet exam Tissue Culture buat kali pertama dengan Dr. Nur Ashikin.. hope for the best.. haha..

Imperata cylindrica - seed kawan pet.. haha.. 

oh.. sekarang ni sibuk dengan seed collection.. pet tengah drykan seed pet dalam oven pada 60C.. sepatutnya 2-3 hari sahaja.. tapi ni dah genap seminggu.. hehe.. pet malas nak masuk makmal dan ambil seed dari oven.. esok time amali, pet kena ambil.. hehe..

pet dah lupa la nak cerita apa sebenarnya.. haha.. ok la.. nanti la update lagi :)

*Takziah kepada semua ahli keluarga penumpang dan krew MH370.. Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali.. Al-Fatihah*

Wednesday, 19 March 2014

Konon DIET!

Salam..

pet ni.. tengah gigih dengan misi dan visi yang baru.. haha.. Al-kisah.. pet nak mula berDIET.. ikut pula diet atkins.. MasyAllah.. sukar untuk dilafazkan dengan kata-kata.. hehe.. pet mula tinggal nasi dari hari sabtu yang lepas.. so hari ini adalah hari kelima.. malangnya hari kelima, pet gagal!

pet confuse kenapa time pet sibuk buat Final Year Project, pet tak kisah pun tak makan nasi selama lebih kurang 35 hari +.. masa tu, seminggu pet turun 6 kg.. secara kasarnya.. sekarang ni sampai semalam just 3 kg je turun :( *patah semangat*

sepanjang pet diet minggu ni, pet hanya minum air lebih kurang 2 L sehari.. buat senaman selepas solat subuh.. then pet lunch dengan ayam goreng atau sayur hijau.. balik kelas lepas solat asar, pet teruskan dengan senaman lain.. then selesai.. cuma kadar penurunan akan rendah.. besar kemungkinan disebabkan oleh pet kurang senaman kardio macam hari tu..

senaman selepas subuh XD
senaman waktu petang yang pertama
senaman waktu petang yang kedua

benda ni memang buat pet sedih.. haha.. nak dijadikan cerita.. ada sesuatu menganggu pet.. sakit perut.. haha.. sejak amalkan diet ni, ada masalah besar pet hadapi.. maybe sebab angin kot.. then dalam masa sama, pet kehilangan gula yang membuatkan pet letih dan pening kepala.. haha.. hari tu elok je.. sekarang tak boleh pula! grr..

jadi pet cuba keluar dari zon induction atkins.. pet mulakan dengan sarapan oat bersama susu di pagi hari.. sebab pet kena balance life pet.. usaha tu tangga kejayaan.. tapi pet dah kurang kuat untuk berusaha.. mungkin pet patut cuba teknik balancekan makanan pet baru pet boleh teruskan induction atkins..

sekian!

Tuesday, 11 March 2014

Roundtable Discussion

Salam..




habis sudah aktiviti hari kedua pet.. haha.. Roundtable Discussion bersama Prof. Madya Murray Hunter.. haha.. berlangsung di Niah Ballroom, Hotel Kemena Plaza, Bintulu..



jadi program ini mendedahkan bagaimana untuk berjaya dalam perniagaan.. pet rasa la.. sebab pet dapat beri tumpuan sepenuhnya sejam yang pertama.. lepas tu, pet start buat benda lain.. haha.. program ini berlangsung dari 9.00 pagi sampai 4.00 petang.. secara kasar la time tu.. haha..

program ni diwajibkan untuk pet dan kawan-kawan yang berada di tahun akhir dan mengambil opsyen primier.. yang bestnya, kami diberi makan 3 kali.. haha.. breakfast makan roti cheese bun dan kek marble campuran banyak warna.. haha.. lunch makan nasi putih, ayam masak kicap, sayur bendi goreng, tofu masak kuah, fillet ikan goreng dan telur goreng ada udang serta cendawan.. manakala waktu petang pula kami disaji dengan kuih donut serta kek buah.. haha..


jadi discussion round table kumpulan pet memberikan 1 produk.. err.. betul ke ayat pet? haha.. produk tu minuman herba rosel bersama 7 bilah daun ke apa namanya.. haha.. then time nak ending tu, diorang panggil wakil untuk ambil sijil.. ok.. yang ni pet terkejut.. haha.. pet busy buat sesuatu.. tiba-tiba *jeng jeng jeng* nama pet dipanggil.. terkejut kot.. haha.. malu tu jangan cakap la.. dah sampai di depan, kena bergambar.. berpinar mata pet.. flash banyak sangat.. haha..

ok la.. pet tengah draf flow untuk PCR.. haish.. banyak kerja ni.. hehe.. till we meet again :)

Monday, 10 March 2014

Majlis Perasmian Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak

Salam..

selesai sudah event rasmi di kampus pet hari ni.. haha.. habis semua kelas batal untuk memberi laluan event tersebut.. Majlis Perasmian Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak.. err.. pet agak confuse juga sebab kalau tak silap, UPMKB ni dah 13 tahun beroperasi secara rasminya.. jadi pet masih blur untuk memahami kenapa ia dirasmikan di tahun 2014..

harvest si kacang hijau dalam seed tray :P
bergambar sebelum gerak ke DSK
bawah khemah pun sempat.. haha..

jadi seperti biasa.. jam 8.15 am pet masih ke JST untuk ambil data untuk Seed Germination.. mungkin sejam dua selepas itu pet pulang ke bilik.. haha.. macam biasa.. melepak dalam bilik.. disebabkan kami student ni kena ada di Dewan Sri Kenyalang jam 1.30 pm.. zohor sini 12.40 pm.. selesai solat terus la bersiap sedia.. gerak beramai-ramai ke DSK dan sampai dalam jam 1.35 pm..

Sultan Selangor - Canselor UPM
Sejarah UPMKB
bakal menempatkan 2 lagi course bacelor selepas BSBI :)
perancangan UPMKB 2014 - 2025
err.. pet lupa.. haha.. tanda tangan atas sesuatu.. hehe..

disebabkan pet malas nak beli baju putih.. pet pakai baju kurung biasa.. haha.. selendang UPM pun tak perlu la pet pakaikan.. haha.. nampak tak :P jadi kitorang tak dapat la kelebihan untuk duduk dalam DSK.. jadi duduk la kitorang di luar dewan di depan TV.. dapat la tengok perasmian tu.. sebelum tu, tunggu la kitorang.. hehe.. dalam jam 3.50 pm baru nampak kedatangan Sultan Selangor.. maka majlis pun bermula sekitar jam 4.00 pm dan berakhir 4.30 pm.. haha.. 30 minit je majlis perasmian tu.. hehe..

Tuanku menanam Pokok Engkabang di depan DSK..

selesai majlis, Sultan Selangor menanam Pokok Engkabang depan DSK.. hehe.. itu je la rentetan cerita dia.. hehe.. sekian.. melaporkan :)

Sunday, 9 March 2014

Canon PIXMA Ink Efficient E510

Salam..

here we go.. new printer untuk berberapa bulan di UPM.. haha.. printer lama pet yang diguna dari semester 1 dah died.. baru je rosak dia.. time bulan 1 selepas pet print report LI pet.. terus dia paper jammed.. roller dia problem.. haha.. jadi kesusahan nak print tu bukanlah teruk sangat.. tapi kemalasan pet nak bertenggek ke bilik ada printing service membuatkan perkara printing ni jadi suatu masalah.. haha..

hasil survey pet minggu lepas.. pet macam cari printer HP.. HP Deskjet Ink Advantage 2520HC yang ink dia kalau tak silap RM37 untuk hitam dan RM37 juga untuk warna.. katanya printing up to 1 500 pages.. tapi kita tak boleh la nak guna pakai 1 500 pages tu.. maybe dalam 700 pages la.. ekonomik la juga.. haha.. paling murah pet dapat dalam RM357..

hasil survey untuk mendapatkan harga yang comel.. haha..

malam minggu lepas, pet mesej kawan.. berkenaan model printer tu dan suggestion.. jadi lepas sembang-sembang, kawan pet suggest Canon PIXMA Ink Efficient E510.. lebih kurang 800 pages.. tapi besar kemungkinan 400 pages la.. in the same time ink dia little bit mahal la compared dengan HP.. RM37 untuk hitam dan RM47 untuk warna.. waktu pet survey,  pet tanya tentang pro dan cons printer ni.. macam lebih kurang la.. just katanya body Canon lebih solid compared dengan HP.. dia kata.. pet tak kata.. tokey kedai yang kata.. hehe.. ada juga kata Canon cantik print gambar compared HP.. tapi HP bagus untuk orang buat printing service.. haha..

new printer sedang di test oleh staff kedai..

jadinya.. pet survey harga printer.. last pet dapat Canon tersebut RM229.. ok la.. jimat duit.. haha.. kata kawan yang guna E500.. dia boleh print 1 200 pages ke 1 500 pages pet tak pasti.. dia guna external ink.. either CISS or MISS.. forget already.. tapi buat masa ini, pet tak bercadang nak guna external ink.. sebab pet guna personal je kot.. haha.. untuk print assignment dan seangkatan dengannya.. oleh yang demikian.. wahai printer baru.. mohon kau baik-baik sahaja untuk beberapa tahun :)

here we go.. dalam plastik lagi.. haha..
welcome home E510 :)
unboxing kot? err..
berat juga la printer ni.. haha..
paparan menu di printer.. 
RM229 di PCM - U2 Computer Sale & Services..

oh ya.. before ni pet memang pengguna Canon.. so far tak ada masalah.. so ni kali kedua pet ada printer Canon.. tapi HP, time pet di sini baru guna.. so.. pet tak pasti which 1 is the best.. haha.. just hope printer ni boleh guna 3-4 tahun ke depan..

sekian :)

Friday, 7 March 2014

Hey March!

Salam..

Hi March! haha.. lewat pet update.. yela.. macam-macam nak fikir.. sekarang baru habis week ke 3.. week ke 5 dan 6 dah mula first test.. otak dah berkarat.. haha.. entah la.. macam dah patah semangat pun ada.. haha..

sebenarnya pet rasa bersalah dengan diri pet sendiri.. haha.. pet gunakan 60% dari nilai pembiayaan duit pet *dari keseluruhan pinjaman pengajian pet* dalam sesuatu benda.. in the end.. gelap masa depan.. haha.. ni kalau mak pet tahu, mesti pet kena marah.. haha.. tunggu pembiayaan semester ni, entah bila masuk.. hehe..

kadang-kadang benda macam ni buat pet berfikir sesuatu.. adakah pet ni terlalu mengejar sesuatu atau pun pet buta kerana sesuatu.. haha.. puas juga pet fikir semalaman.. pet nak cakap tak sedih, tipu la.. haha.. cuma pet rasa natural.. sebab pet perhatikan je semua komen-komen positif dan negatif dalam tu.. ada komen buat pet geram la juga bila baca.. tapi pet geram je la.. tapi still baca.. haha..

entah la.. mungkin ini satu pengajaran yang pet kena pahatkan dalam minda pet.. haha.. keep calm and forget about it.. berfikir separuh hari pun belum tentu dapat penyelesaiannya.. haha.. pet yakin, apa yang berlaku tu mesti ada sesuatu.. macam pengajaran dan ikhtibar.. haha..

ok la.. pet kena pergi lab nanti.. mungkin ada perbincangan tentang PCR pet tu.. haha.. till we meet again :)