Monday, 12 August 2013

Hari ke-8 internship

Salam..

entry ni ditaip malam raya.. 10.35 pm waktu Thailand.. sejam yang lalu cakap telefon dengan mak.. syahdu dan penuh kesedihan.. 30 minit juga bercakap.. cakap dengan mak.. hari raya kena kerja.. haha.. mak cakap tu satu pengorbanan..

selepas berbuka tadi, pet sibuk solat maghrib dan isya'.. lupa pula.. isya' sini cepat.. jadi agak kalut la lepas berbuka nak mengemas dan kejar antara maghrib dan isya'.. lepas dah siap semua, pet sibuk main game dalam handphone dan pasang lagu raya dalam bilik.. tapi pet sekadar dengar-dengar tidak ja.. haha..

oh ya.. ni pengalaman pertama bekerja di hari raya.. di 1 syawal.. tak pernah lagi pet rasa bekerja di 1 syawal.. walaupun berstatus "intern".. 2010 yang lalu pet beraya di rumah keluarga angkat di Sarawak.. sekarang beraya bersama kawan di Mae Rim, Thailand.. tak ada ketupat, rendang, soto dan macam-macam lagi juadah hari raya.. yang bakal ada adalah kerja menyusun semula mengikut genus, family, order dan sebagainya di entomology department.. haha

sebut pasal cakap dengan mak.. mak pet risau betul pet kat sini.. tiap-tiap hujung minggukan keluar ke town.. tapi pet tak beli apa.. mak pet suruh pet beli apa-apa untuk diri sendiri.. ok.. sejujurnya mak pet tahu anak dia ni mana reti beli barang.. haha.. yang pet tau makanan dan menyusun bajet.. lama ni kat Thailand.. sampai awal Januari 2014.. risau over budget nanti.. haha..

ok.. untuk internship hari ke 8 ni.. masih repeating hari ke 6 dan 7.. jadi tak perlu la pet taip entry ulasan pasal tu kan.. lagi pun ni kan malam raya.. haha.. im trying to enjoy every second :) dan waktu taip ni, rasa sedih sungguh.. tapi stay cool and calm.. don't want to cry la.. malam raya kan :')

rindu sangat-sangat dekat family.. wish i could celebrate "raya" with them :')

sekian

No comments: