Salam..
rasanya dah agak lama juga pet tak update.. macam biasa.. final kan.. haha.. dan atas beberapa sebab yang tak dapat di elakkan.. haha.. habis final pun pet tak dapat nak update disebabkan ada beberapa benda yang dah hilangkan kegembiraan pet.. err.. tak la hilangkan sangat pun sebenarnya.. haha..
18 Jun 2013 - hari terakhir exam dan last paper jam 8.30 am sampai 10.30 am.. ok.. dah habis, pet nak jumpa second reader Final Year Project pet.. tapi beliau tak ada.. then jumpa Penyelaras Final Year Project.. nak tanya correction tapi masih tak ada.. just dapat kata putus sahaja.. tiket burn atau final year project :') pet senyum ja.. dan turun jumpa Supervisor pet pula.. paling kelakar, boleh pula pet silap print Literature Review zaman jahiliah *tak editing lagi*.. haih.. macam-macam berlaku kan..
19 Jun 2013 - pet masih tak putus asa.. pagi dalam 8.30 am.. pet jumpa second reader.. pet tanya bila dapat corrected paper Literature Review.. then Dr. cakap paling lambat hari Isnin (24 Jun 2013).. pet senyum ja.. lepas tu Dr. cakap lagi paling awal hari Jumaat ni (21 Jun 2013) lepas solat Jumaat.. pet pun senyum lagi.. tapi masa tu kecewa juga la.. sebab macam berharap dapat feedback positive kan..
20 Jun 2013 - semalam pet tak dapat tidur.. fikir nak modify tiket la, sakit la.. malamnya pet kemas barang untuk pos hari ni.. tapi nasib baik adik bantu pet kemas kan semuanya.. membebel-bebel la dia pet tak pandai kemas.. haha.. biasa la.. pet tengah serabut.. haha.. pet tengok ja.. haha.. senyum juga pet tengok dia.. sebab awalnya dia marah pet.. sampai nak tak nak je bercakap dengan pet.. haha.. tapi biasa la.. perempuan kan.. sampai bila nak marah bila pet senyum kambing tak henti-henti.. haha..
conclusion dari 3 tarikh di atas - akhirnya pet tukar juga flight pet dari Kuching ke Penang pada 28 Jun.. patutnya 22 Jun ni balik sana.. tapi dah macam-macam jadi.. pet pun mengalah.. family pet pun suruh tukar.. haha.. baru la 3 jam yang lalu pet tukar.. haha.. sekarang tiket Bintulu ke Kuching tak dapat modify daripada akaun flight pet.. sebab sebarang pertukaran tarikh mesti 48 jam sebelum flight.. jadi pet ingat nak pergi airport hari ni lepas perjumpaan dengan lecturer jam 11 am nanti..
mahal kot tukar tiket T.T |
tu la rentetan peristiwa yang berlaku sepanjang habis final.. pet rasa yang paling tertekan dengan pet sepanjang beberapa hari ni adalah adik pet.. haha.. rasanya dari hari pet habis final lagi dia marah pet tak henti-henti.. kemuncaknya malam semalam.. memang dia marah sangat-sangat.. haha.. mungkin sebab pet ni degil.. sebab tu jadi macam tu.. cakap orang tak nak dengar kan.. haha.. pet banyak susahkan dia kan.. buat dia risau, marah, geram dan semuanya.. tapi pet tahu, marah macam mana pun adik pet tetap sabar juga.. haha.. untung kan ada adik kat sini :P
sekian ^^
p/s: semalam semua warga UPM kampus Bintulu dikejutkan dengan pemergian salah seorang lecturer Jabatan pet.. Dr. Faizal.. rasanya 7 Jun hari tu pet ada mention pasal beliau dalam blog post pet.. muda lagi.. kalau tak silap kawan pet cakap umur 39.. pet dengan kawan-kawan plan nak pergi melawat dia kat hospital Bintulu time petang semalam.. lepas bincang, terus dapat panggilan cakap dah meninggal.. kami semua terus pergi hospital dan penuh lecturer, staff dan student di hospital.. sebab time tu semua sibuk nak uruskan jenazah untuk disolatkan di masjid UPM jam 3 petang dan akan dibawa pulang ke semenanjung pada malam semalam.. kalau tak silap, dikebumikan di Melaka.. takziah untuk keluarga Dr. Faizal.. Al-Fatihah..
No comments:
Post a Comment