Sunday, 30 June 2013

Cuti-cuti semenanjung

Salam..

lama tak update blog.. tapi tak la lama sangatkan.. haha.. yang paling penting, pet selamat sampai ke semenanjung.. hehe.. seperti yang telah pet war-warkan before ni.. pet balik semenanjung 28 Jun 2013.. flight dari kuching.. semestinya 27 Jun 2013 flight dari bintulu.. dengan pagi tu nak submit thesis lagi.. ingat lagi hari tu flight jam 10.45 am.. pet memang tak dapat tidur.. siapkan correction dan kemas bilik.. tu tak kira main tarik-tarik je baju yang nak bawa balik.. haha..

pagi 27 Jun tu boleh berada dalam keraguan nak balik or tak ke kuching.. takut thesis kena reject lagi.. haih.. sempat usha tiket flight mas.. dalam rm299 untuk 2 flight.. tapi kena turun KL.. memang lagi la pet malas.. haha.. tapi flight tu hari sabtu.. memang tak la.. sabtu kenduri kat rumahkan.. last sekali pet kuatkan hati pergi hantar thesis dan bayar untuk jilidkan thesis tu.. pastu pergi airport jam 9.10 am macam tu la..


masa kat airport.. susah betul hati pet.. tak tau la nak cakap macam mana.. haha.. tapi bila dah sampai kuching, perasaan takut tu dan berkurang dah.. sikit-sikit ja tinggal.. maklum la effect aura nak balik tu dah tinggi dah time kat situ.. hehe.. tu tak kira hampir tertinggal flight 28 Jun.. haha.. lagi parah keadaan pet hari jumaat hari tu.. haha.. bila ingat balik rentetan peristiwa balik, macam nak ketawa pun ada.. maybe keadaan menakutkan.. lepas tu pet gelabah lagi.. bertambah-tambah la dramatik kejadian tu kan.. haha.. tapi tu semua tak penting pun sebenarnya.. haha.. tapi tetap kelakar la.. haha..

apa-apa pun jejak je kaki kat airport penang.. hilang la semua perasaan susah hati walau pun hakikatnya memang pet susah hati pun.. haha.. dan kalau di imbas kembali peristiwa hari khamis tu, pet dalam keadaan gembira walaupun penuh dengan kesedihan.. haha.. 

sekian ^^

No comments: