Salam :)
Bulan Rejab..
Rejab = mulia dan agung..
PERISTIWA PENTING
BULAN REJAB
1. Hijrah Pertama
Dalam Islam
Ada di kalangan
sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung
apabila pihak Musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Baginda
dan orang yang beriman. Lalu Rasulullah memerintahkan agar mereka berhijrah ke
negeri Habsyah. Tujuan hijrah ini
untuk menyelamatkan iman, keselamatan diri dan mencari tapak baru untuk agama
Islam berkembang. Di antara yang berhijrah ialah Saidina Othman RA dan
Isterinya Roqiah anak Rasulullah dengan jumlah kesemuanya adalah 14 orang.
Habsyah dipilih kerana rajanya dikenali dengan sikap terbuka dan bertoleransi.
2. Israk dan
Mikraj
Israk dan Mikraj
ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmaqdis di waktu malam dan
diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5
waktu dari Allah SWT.
Terdapat khilaf
ulamak mengenai tarikh sebenar berlakunya peristiwa ini tetapi jumhur ulamak
bersepakat menerima ianya berlaku pada 27 Rejab. Tetapi berlakunya peristiwa
itu tidak penting kerana apa yang lebih penting ialah umat Isla wajib meyakini
bahawa peristiwa ini adalah benar-benar berlaku ke atas diri Rasulullah SAW
berdasarkan dalil qatie dari al quran dan hadis sahih.
3. Peperangan
Tabuk
Peperangan Tabuk
berlaku dalam tahun 9 hijrah di satu kawasan bernama Tabuk di utara Semenanjung
Arab dengan bala tentera Rasulullah SAW seramai 30,000 orang. Akhirnya
peperangan tidak berlaku kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut
dangeru n kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi
pelbagai cabaran.Ia juga peperangan terakhir yang disaksikan oleh Rasulullah
SAW.
4. Pembebasan
Baitul Maqdis
Baitul Maqdis
telah dibuka pada zaman pemerintahan Saidina Umar bin Al Khattab RA. Akibat
kelalaian dan perpecahan umat di zaman pemerintahan Abbasiyah,orang
kristian(tentera Salib) telah melakukan serangan bertubu-tubi ke atas Baitul
Maqdis dan akhirnya berjaya ditawan setelah 500 tahun
dikuasai pemerintahan Islam. Tentera Salib telah mendudukinya selama 50 tahun
sebelum dibebaskan kembali tentera Islam di bawah panglima
perang Salehuddin Al Ayubi yang berjaya ditawan pada hari Jumaat 27 Rejab 583H.
Pada tahun 1967/1387H, umat Yahudi pula menawan Baitul Maqdis dan menamakan
negara baru mereka dengan nama Israel.
5.Lahirnya Imam
Syafie RH
Nama sebenar Imam
Syafie ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghuzah, Palestine pada tahun
150H bersamaan 767M. Merupakan salah seorang daripada imam mazhab yang empat
dan Malaysia adalah antara negara yang majoriti mengamalkan mazhab syafie.
Salah satu peninggalan beliau yang amat berharga dan tidak ternilai harganya
hingga menjadi rujukan hingga kini ialah Kitab Al Umm.
Jom berpuasa d bulan
rejab :)
a) puasa sehari pada
bulan Rejab seperti puasa 40 tahun dan diberi minum air dari syurga.
b) puasa 10 hari pada
bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat diatas titi
Sirotolmustaqim di hari kiamat.
c) Puasa pada awal
Rejab, pertengahannya dan akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.
Sekian :) sumber utama sebelum diolah 10%.. klik sini
21 comments:
perkongsian yang menarik
maka beruntunglah org yang berpuasa di bulan rejab kerana Allah Taala :)
ty :)
betul :)
Selamat berpuasa :D
اللهم بارك لنا فى رجب وشعبان وبلغنا رمضان
ty :) selamat berpuasa juga :)
selamat berpuasa oopet! mari kita sama2 kumpul pahala ;)
jom2.. pet nk cuba berpuasa bnyk skit dlm bulan rejab :) tp rini penat la.. g fisio.. aktiviti dasyat kot rini XD
Waduh jadi malu karena saya puasa biasanya bulan ramadhan doang hehe
jom la kita berpuasa d bulan rejab beramai2 :)
Emang dibulan rajab berapa hari puasanya?
terpulang kpd kita.. sunat puasa d bulan rejab :)
jom sama2 kita meningkatkan amalan puasa & yg lain2 juga. :)
nice info
betul tu chic na :)
ty :)
bnyak fadhilatnya .
mogga2 kita sama2 peroleh mnfaatnya (:
InsyAllah :)
sip :D sunah puasa di bulan haram = mulia,
jazakumulloh khoir
very nice sharing. :)
ty :)
Post a Comment