Tuesday 22 May 2012

Kelebihan berpuasa di bulan Rejab


Salam :)

Bulan Rejab.. Rejab = mulia dan agung..

PERISTIWA PENTING BULAN REJAB

1. Hijrah Pertama Dalam Islam

Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung apabila pihak Musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Baginda dan orang yang beriman. Lalu Rasulullah memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah. Tujuan hijrah ini untuk menyelamatkan iman, keselamatan diri dan mencari tapak baru untuk agama Islam berkembang. Di antara yang berhijrah ialah Saidina Othman RA dan Isterinya Roqiah anak Rasulullah dengan jumlah kesemuanya adalah 14 orang. Habsyah dipilih kerana rajanya dikenali dengan sikap terbuka dan bertoleransi.

2. Israk dan Mikraj

Israk dan Mikraj ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmaqdis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT.
Terdapat khilaf ulamak mengenai tarikh sebenar berlakunya peristiwa ini tetapi jumhur ulamak bersepakat menerima ianya berlaku pada 27 Rejab. Tetapi berlakunya peristiwa itu tidak penting kerana apa yang lebih penting ialah umat Isla wajib meyakini bahawa peristiwa ini adalah benar-benar berlaku ke atas diri Rasulullah SAW berdasarkan dalil qatie dari al quran dan hadis sahih.

3. Peperangan Tabuk

Peperangan Tabuk berlaku dalam tahun 9 hijrah di satu kawasan bernama Tabuk di utara Semenanjung Arab dengan bala tentera Rasulullah SAW seramai 30,000 orang. Akhirnya peperangan tidak berlaku kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dangeru n kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi pelbagai cabaran.Ia juga peperangan terakhir yang disaksikan oleh Rasulullah SAW.

4. Pembebasan Baitul Maqdis

Baitul Maqdis telah dibuka pada zaman pemerintahan Saidina Umar bin Al Khattab RA. Akibat kelalaian dan perpecahan umat di zaman pemerintahan Abbasiyah,orang kristian(tentera Salib) telah melakukan serangan bertubu-tubi ke atas Baitul Maqdis dan akhirnya berjaya ditawan setelah 500 tahun dikuasai pemerintahan Islam. Tentera Salib telah mendudukinya selama 50 tahun sebelum dibebaskan kembali     tentera Islam di bawah panglima perang Salehuddin Al Ayubi yang berjaya ditawan pada hari Jumaat 27 Rejab 583H. Pada tahun 1967/1387H, umat Yahudi pula menawan Baitul Maqdis dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.

5.Lahirnya Imam Syafie RH

Nama sebenar Imam Syafie ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghuzah, Palestine pada tahun 150H bersamaan 767M. Merupakan salah seorang daripada imam mazhab yang empat dan Malaysia adalah antara negara yang majoriti mengamalkan mazhab syafie. Salah satu peninggalan beliau yang amat berharga dan tidak ternilai harganya hingga menjadi rujukan hingga kini ialah Kitab Al Umm.

Jom berpuasa d bulan rejab :)

a) puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa 40 tahun dan diberi minum air dari syurga.

b) puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat diatas titi Sirotolmustaqim di hari kiamat.

c) Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.

Sekian :) sumber utama sebelum diolah 10%..  klik sini

21 comments:

Korn Ahmad said...

perkongsian yang menarik

Emma said...

maka beruntunglah org yang berpuasa di bulan rejab kerana Allah Taala :)

pet said...

ty :)

pet said...

betul :)

Nauraahhh ✌️ said...

Selamat berpuasa :D
اللهم بارك لنا فى رجب وشعبان وبلغنا رمضان

pet said...

ty :) selamat berpuasa juga :)

Noor Fatin said...

selamat berpuasa oopet! mari kita sama2 kumpul pahala ;)

pet said...

jom2.. pet nk cuba berpuasa bnyk skit dlm bulan rejab :) tp rini penat la.. g fisio.. aktiviti dasyat kot rini XD

Anonymous said...

Waduh jadi malu karena saya puasa biasanya bulan ramadhan doang hehe

pet said...

jom la kita berpuasa d bulan rejab beramai2 :)

Anonymous said...

Emang dibulan rajab berapa hari puasanya?

pet said...

terpulang kpd kita.. sunat puasa d bulan rejab :)

Chic Na said...

jom sama2 kita meningkatkan amalan puasa & yg lain2 juga. :)

adeputra said...

nice info

pet said...

betul tu chic na :)

pet said...

ty :)

Anonymous said...

bnyak fadhilatnya .
mogga2 kita sama2 peroleh mnfaatnya (:

pet said...

InsyAllah :)

Unknown said...

sip :D sunah puasa di bulan haram = mulia,
jazakumulloh khoir

9n0L4 said...

very nice sharing. :)

pet said...

ty :)