Thursday, 2 July 2015

9

Salam..

Hi July! cepat betul masa berlalu.. secara kasarnya, dah setahun pet habis BSBI.. final pet tahun lepas habis hujung bulan June.. cepat pula masa berlalukan.. pejam celik dah setahun tinggalkan BSBI.. to be honest, teringat zaman BSBI bila tengok batch kedua habis semalam.. happy betul diorang.. teringin nak rasa happy habis belajar tu lagi kalau diberi kesempatan.. haha..

2nd batch BSBI
happy betul diorang :)

jujur pet cakap, sambung master tak sama macam sambung BSBI.. bila kawan-kawan dah semakin tiada.. ada yang sambung di main kampus, ada di universiti lain dan sebagainya.. seolah-olah kelompok tu semakin mengecil.. kawan tu satu masalah.. masalah tekanan dengan keadaan sekeliling.. pening juga la kalau difikirkan.. kadang-kadang malas nak ambil tahu.. penat rasanya..

sebut pasal master ni, teringat peristiwa yang telah dan sedang berlaku.. haha.. oh ya.. pet pun dapat roommate intake diploma yang baru bulan lepas.. student diploma kejuruteraan pertanian.. pet tak jangka dapat roommate sebenarnya, tiba-tiba dapat.. tinggalkan soal roommate.. masuk chapter peristiwa ni.. disebabkan aras pet ni boleh dikatakan semua junior, jadi tiap kali jumpa di toilet mesti berlaku perbualan yang pet tak tahu nak jawab macam mana.. bila ditanya pet belajar jurusan apa, semester berapa pet akan susah nak jawab.. pet pernah jawab pet student master, tapi akan berlangsung lagi soalan-soalan lain seperti jurusan apa master, apa master dan lain-lain.. jadi sejak tu, pet prefer untuk senyum bila di tanya jurusan.. haha.. sebenarnya malu juga nak cakap student master.. haha

oh ya.. pet dah start masuk makmal untuk mula analisis.. pH je pun sebelum balik beraya.. hahaha.. bunyi macam analisis besarkan.. tak sabar nak balik 8 July ni! yeay! berbuka di rumah :)

sekian!

No comments: