Monday, 30 March 2015

5

Salam..

Pet baru balik semalam dari Miri.. ada program Bengkel Penulisan Saintifik.. 3 hari 2 malam juga la berkampung di Parkcity Everly Hotel, Miri.. pet bersama kawan-kawan dan senior serta junior turut serta dalam program tersebut..

Majlis pembukaan program
Penceramah daripada UPM Serdang, Prof. Madya Dr. Ahmad Zaharin Aris

Dari segi kefahaman pet selepas habis program tu susah untuk pet ungkapkan.. haha.. hari pertama selepas dinner, sesi pertama.. pet duduk depan juga la.. hari kedua sesi pagi dan petang pet duduk belakang sekali termasuklah hari terakhir sesi pagi.. haha.. bila duduk jauh di belakang tu memang perhatian makin lama makin berkurang.. pet rasa pencapaian untuk permahaman pet dalam 40-50% ja kot..

tea break hari kedua.. bihun singapore bersama lala dengan tart cheese :P
bila dah makan, lupa nak capture tempat makan terbaik :P

Program tu best cuma pet kalau duduk belakang memang berlaku penularan yang berkesan.. hehe.. dengar kata before habis hari tu nak buat version kedua pula.. haish.. risau pet.. haha.. version satu ni pun kena cepat siapkan paper.. pet rasa kerajinan nak cari paper untuk edit dan correct manuscript ni agak menjunam..

kek waktu dinner hari pertama
bersama senior, junior dan kawan under supervisor yang sama
membuang masa tunggu lif :D
sunset waktu jalan-jalan dengan supervisor berserta team dan staff upm hari kedua

Tapi makan kat situ memang best la.. kambing dia sedap.. kegemaran pet kan.. termasuk la kek.. feeling makan tu, haish.. tak terungkap dengan kata-kata.. haha..

Sekian!

No comments: