Monday, 30 March 2015

5

Salam..

Pet baru balik semalam dari Miri.. ada program Bengkel Penulisan Saintifik.. 3 hari 2 malam juga la berkampung di Parkcity Everly Hotel, Miri.. pet bersama kawan-kawan dan senior serta junior turut serta dalam program tersebut..

Majlis pembukaan program
Penceramah daripada UPM Serdang, Prof. Madya Dr. Ahmad Zaharin Aris

Dari segi kefahaman pet selepas habis program tu susah untuk pet ungkapkan.. haha.. hari pertama selepas dinner, sesi pertama.. pet duduk depan juga la.. hari kedua sesi pagi dan petang pet duduk belakang sekali termasuklah hari terakhir sesi pagi.. haha.. bila duduk jauh di belakang tu memang perhatian makin lama makin berkurang.. pet rasa pencapaian untuk permahaman pet dalam 40-50% ja kot..

tea break hari kedua.. bihun singapore bersama lala dengan tart cheese :P
bila dah makan, lupa nak capture tempat makan terbaik :P

Program tu best cuma pet kalau duduk belakang memang berlaku penularan yang berkesan.. hehe.. dengar kata before habis hari tu nak buat version kedua pula.. haish.. risau pet.. haha.. version satu ni pun kena cepat siapkan paper.. pet rasa kerajinan nak cari paper untuk edit dan correct manuscript ni agak menjunam..

kek waktu dinner hari pertama
bersama senior, junior dan kawan under supervisor yang sama
membuang masa tunggu lif :D
sunset waktu jalan-jalan dengan supervisor berserta team dan staff upm hari kedua

Tapi makan kat situ memang best la.. kambing dia sedap.. kegemaran pet kan.. termasuk la kek.. feeling makan tu, haish.. tak terungkap dengan kata-kata.. haha..

Sekian!

Friday, 13 March 2015

4

Salam..

Cepat masa berlalu.. sedar tak sedar dah pertengahan bulan Mac.. pet pula masih belum siapkan proposal slide.. tapi proposal untuk apply mybrain15 dah submit ke supervisor hujung bulan lepas.. tapi rasanya belum sempat untuk pet submit bulan ni.. haha.. sv pet agak busy bulan ni, maybe bulan depan dapat kot..

Selamat datang ke LHNP :)
Miri hanya 30 minit daripada LHNP

Oh.. sepanjang awal bulan ni dari 2 Mac 2015 hingga 12 Mac 2015, pet berada di Lambir Hills National Park.. jauh la juga daripada Bintulu.. tambah tolak ada la perjalanan 2 hingga ke 3 jam daripada Bintulu.. jadi pet berkampung di sana dengan kawan pet, staff-staff MPOB, lecturer (waktu tertentu sahaja), researcher daripada Jepun dan beberapa Negara Eropah (pet tak ingat nama negara, tapi mereka datang dari 2 negara)..

Program ni adalah bersama MPOB Bintulu – Jepun.. kira pet ni penyibuk berdaftar la dengan sv pet.. dengan bahasa yang mudah, pet dan kawan dihantar oleh sv pet ke sana.. banyak benda yang menarik perhatian pet.. bagaimana bekerja dengan mereka-mereka berstatus “Dr.” yang dapat fund berbillion-billion ni..

carbon measurement dan soil moisture
proses digging core
proses mengambil bacaan before cabut core
proses hyphae separation from soil
blue cotton dye untuk warnakan hyphae
modification untuk turas hypahe
Dr. Makita in action
hyphae sample - mychorrizae
team bekerja.. 3 orang Jepun, 4 orang Malaysia (termasuk pet)

Dimulakan dengan proses masuk hutan.. boleh tahan la jauhnya, penat la juga nak sampai ke plot pertama.. time ni untuk record carbon measurement menggunakan EGM-4, soil and air temperature dan moisture untuk core setiap column *sila buat-buat paham*.. dalam jam 10.00 am, datanglah Dr. Makita untuk proses mengeluarkan core yang terpilih.. muda lagi Dr. Makita ni, baru 30 tahun.. dia pun mengorek la tanah.. disebabkan pet ni ada masalah nak mencuba, dengan gigihnya pet korek sampai keluar core tu.. haha.. jadi lepas balik dari hutan, terus prepare untuk belajar sorting dengan beliau..

sorting core root

Bab sorting ni ada banyak kategori.. biomass yang sorting akar berdasarkan prinsip tertentu, in growth core pula berdasarkan prinsip tertentu.. yang menarik perhatian pet, core tu ada 3 saiz.. pet cerita general je la.. size tu bahasa kampungnya ada macam besar, sederhana dan kecil.. haha.. bab harvest hyphae la paling pet suka.. semangat bermain dengan benda fungus masih tebal rasanya.. haha..

rumah tempat menimba ilmu sepanjang 11 hari di LHNP
with them.. enjoy our holiday :P
Latak Waterfall
BBQ before berpisah
staff MPOB setting BBQ (Mr. Steward dan Mr. Ham)
sedap :)
staff MPOB (Mr. Thus) bakar ayam dan ikan pansuh
BBQ bersama semua researcher, team sv, staff-staff MPOB dan student macam pet
kenangan makan semua benda

Oh ya, sempat la melawat Sarawak Oil Palm Berhad di Lambir.. tengok teknologi yang digunakan dengan kerjasama MPOB Bintulu.. menarik juga la.. Ganoderma disease juga ada di kawasan tersebut.. famous juga la nama sv lama pet.. Dr. Joseph.. dan pengakhiran lebih kepada makan-makan bersama semua researcher dan staff-staff terlibat..

motif kasut ni sila abaikan.. beli dekat Daiso dengan harga RM5 "always RM5 katanya"
sepanjang di LHNP, makanan hendaklah dimasak sendiri.. haha.. best la
sup terung asam.. sedap ni..
menu ni pet masak rasanya.. memang la tak sedap pet masak :)

Dalam banyak-banyak benda, pet nak sangat panjat crane dalam hutan tu.. tapi tak berkesempatan.. just sempat belajar sorting-sorting dengan Dr. Makita dan Dr. Katayama.. untuk imaging dengan Dr. Ohashi.. Dr. Kume tak sempat belajar apa-apa, sempat senyum-senyum je la.. haha.. untuk student-student daripada Jepun, macam Tetsuya dan Yuta.. sempat la bekerjasama bersama.. manakala in term pembelajaran entomology dengan Dr. Anita, Dr. Martin dan Dr. alisya? *lupa nama depa yang daripada eropah ni*

Maka, berakhir la entry hari ni J

bergambar sebelum bertolak semalam dengan Dr. Ohashi dan team sv pet
balik Bintulu, penuh barang dalam keta sv.. haha..